Erika pergi ke Universitinya dengan senyuman yang manis, dia sangat gembira meluangkan hampir seluruh waktunya bersama Xander semalam walaupun dengan menjadi Ika. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri.
Dalam perjalanan ke kelas, ahli kumpulan F4 lalu dihadapannya. Tiba-tiba dirinya menjadi kaku apabila Xander dan dia bertentangan mata. Namun Xander hanya memandang Erika sinis.
Waktu rehat,
Erika duduk di dalam perpustakaan sambil menunggu Anisa yang pergi ke tandas. Lama menunggu, Erika terus menuju ke bahagian rak buku yang menempatkan buku-buku perundangan. Lama mencari akhirnya matanya tertancap pada sebuah buku dan cuba untuk mengambilnya. Malang sekali apabila buku itu terletak agak tinggi.
Tanpa berfikir panjang, Erika terus terjinjat-jinjat sambil cuba menjapai buku tebal itu. Erika yang terkinja-kinja seperti kangaroo menyebabkan rak buku itu bergerak. Ganas jugak dia ni. Hahaha
Tiba-tiba buku itu terjatuh dari rak dan Erika terus menunduk sambil melindungi kepala dengan kedua-dua tangannya.
Lama dia berlindung, perasaan hairan mula menjengah mindanya. Erika yang berasa pelik terus mendongakkan kepalanya. Tubuhnya terus kaku apabila matanya sudah bertentangan dengan mata Xander. Posisi lelaki itu kini betul-betul menghadapnya Dan Erika pula sudah terperangkap di situ kerana belakangnya yang tersandar pada rak buku tadi.
" Woi," Kata Xander sambil memetik jarinya di hadapan wajah Erika.
" Dah puas tengok muka aku? " soal Xander tersenyum poyo. Erika yang sedar keterlanjurannya meneliti wajah Xander terus melarikan pandangan.
" Kau ni, dah tahu pendek janganlah menyusahkan diri sendiri. Macam beruk dah aku tengok kau melompat." Sindir Xander sengaja ingin menyakitkan hati.
" Kau kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ker?!" soal Erika bengang.
" Shuhsss... " tiba-tiba semua orang yang berada di situ memandang ke arah mereka berdua.
" Tak boleh. Aku akan ajar kau macam mana cara nak cakap sopan dengan orang." Kata Xander sinis membuatkan wajah Erika mula mencuka.
" Sudahlah kau, bak sini buku aku." kata Erika malas ingin memandang wajah Xander.
" Kau nak ker? cuba ambik." Kata Xander tersenyum lalu menyua buku itu kepada Erika. Namun sangkaan Erika meleset, Xander menarik buku itu setiap kali dia ingin mencapainya.
" Huh, malas nak layan orang perangai macam kau ni. Menyakitkan hati jer." Kata Erika lalu ingin beredar dari situ.
" Nah lah, kau ni asyik emo jer. Tapi lain kali dah tahu buku tu tinggi, tak payah susahkan diri melompat macam beruk tu, mintak jer tolong orang ambikkan. Selamat tadi aku sempat sambut buku tu kalau tak bengong kau setahun, kau tu dahlah tak berapa nak betul." Xander membebel sepeti mak-mak disitu.
" Dah habis cakap dah? " soal Erika seperti menyindir
" Tepi, aku nak sambung baca buku." Kata Erika lalu meninggalkan Xander yang masih terpinga-pinga. Xander hanya ketawa kecil melihat muka Erika yang sudah cemberut akibat usikannya.
" Comel jugak kau ni kan.." Bisik Xander di dalam hati. Selepas berjalan beberapa langkah, Erika pula tersenyum.
" Dia mesti tergelak tengok aku terlompat-lompat tadi. Malunya.." Bisik Erika lalu wajahnya merona merah.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...