Di rumah kelab F4
" Wei Xander, apa motif kau kacau hidup dia?" soal Ryan hairan. Semenjak dua menjak ni ada saja rancangan jahatnya untuk kenakan Erika.
" Siapa?" soal Xander mengalihkan pandangannya daripada iphone 7 miliknya.
" Erika..." jawab Adrian pula dengan selamba. Xander hanya berdiam dan kembali menyambung permainannya yang tergendala.
" Woi Xander, jawablah," tempik Adrian menunjal kepala Xander kuat.
" Ish, kau ni. Aku kalah dah! Tak gunalah kau ni!" marah Xander lalu menunjal kepala Adrian kembali dengan kasar.
Ryan dan Aaron hanya menggeleng melihat telatah mereka berdua. Di dalam group tu, Adrian sahaja yang berani melawan baran Xander sebab perangai diorangkan lebih kurang jer." Sakitlah bodoh!" tengking Adrian pula.
" Ouhh... sakit yer, mari sini aku tambah sakit kau tu," ujar Xander lalu menumbuk belakang Adrian dan akhirnya perlawanan tinju pun berlaku. Alaa... lawan manja jer tu.
" Dahlah, aku nak keluar," Xander akhirnya menamatkan pergaduhan itu.
" Laa... kau nak pergi mana?" soal Aaron.
" Adalah... sibuk jer kau ni." Xander berdalih.
" Alah, aku tanya je kot, tak boleh ker?"
" Hmm... boleh jer, okaylah aku cau dulu wei bye," ujar Xander lalu menutup pintu rumah.
...
"Erika!" Jerit Anisa riang sambil berlari ke arahnya. Harini, mereka berdua sudah berjanji ingin keluar sama-sama. Jadi sekarang dia orang dekat taman riadah iaitu tempat yang berdekatan dengan kawasan lepaknya hampir setiap malam. Saja nak ambil angin.
" Kenapa kau ni?" soal Erika pelik.
" Aku dapat biasiswa pergi luar negaralah!" jerit Anisa sambil melompat keriangan. Namun wajah Erika berubah mendung.
" Kau nak tinggalkan akulah kiranya?" soal Erika sebak. Anisa pula terdiam dan timbul riak bersalahnya terhadap Erika.
" Tak pelah, aku faham kalau kau kena pergi..." Kata Erika lagi namun kali ini matanya sudah berkaca.
" Ja-janganlah cakap macamtu. Aku bukan sengaja nak pergi ta-"
" Tak pelah Anisa, aku tak kesah pun. Asalkan kau takkan lupakan aku walaupun kita berjauhan," Erika mengukir senyuman nipis agar hatinya tidak terlalu sebak dan tanda dia menyokong keputusan sahabatnya itu.
" Serious ke kau ni?" soal Anisa pelik.
" Yelah. Kenapa?" soal Erika pula nengangkat keningnya sebelah.
" Yeayy! sayang kau Erika... Harini aku belanja kaulah," Anisa tersenyum lebar sambil menarik tangan Erika ke dalam pelukan. Erika pula sedaya upaya tidak mengalirkan air matanya yang sudah bertakung.
" Bila kau nak pergi?" soal Erika lagi.
" Bulan depan, so aku nak spend time sepuas-puasnya dengan kaulah. Hahaha.. " ujar Anisa sambil ketawa riang. Erika turut menumpang gembira walaupun Anisa perlu meninggalkannya kerana dia tahu impian Anisa selama ini adalah untuk sambung belajar ke luar negara.
To be continued...
Sorrylah kalau cerita bab ni membosankan. Idea tak nak keluar pulak sekarangni hehehe... Apapun harap korang teruskan membaca.
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romantizm⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...