" Ariq pergi mana malam-malam ni?" soal Tan Sri Aryan dingin kepada anak tunggalnya itu.
" Ariq melepaskan beban yang ada dalam kepala otak ni." Jawab Xander kasar tanpa melihat wajah lelaki itu.
" Jaga tutur kamu tu Ariq!" Marah Puan Sri Melissa membuatkan Xander hanya menunjukkan riak yang sinis. Baru sahaja tadi dia bertemu dengan Ika untuk menenangkan fikiran. Namun segalanya kembali mengganggu fikirannya setelah masuk ke dalam rumah itu.
" Ariq dah tahulah apa mama dengan papa nak bincang apa dengan Ariq. And my answer is still no!"
" But why?"
" Sebab Ariq tak nak terjebak dalam keluarga yang hanya akan merosakkan masa depan dan cita-cita Ariq! Ariq dah penat ikut arahan dan semua yang diaturkan oleh family ni. Please understand me... "
" Tapi Ariq tahukan apa akibatnya kalau Ariq membantah?" soal Aryan semakin hampa.
" Ariq akan dibunuh. I don't care! bunuhlah! Atok sanggup bunuh cucu dia sendiri hanya sebab ikutkan undang-undang mengarut keluarga kita ni!"
"Lagipun dah banyak yang jadi mangsa kekejaman dia kan? So I am ready since I was born. " sinis Xander ketika itu.
" Please Ariq... Mama pun tak nak kamu terlibat dalam semua ni. Tapi mama tak nak kehilangan kamu. Isk...isk... " Xander terkesima melihat air mata ibunya yang mula mengalir. Mak Tam yang berada di situ juga terkejut dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.
" Kenapa Ariq?" soalnya lemah. Dia tidak mampu mengharungi semua ini.
" Sebab Ariq cucu lelaki tunggal keluarga kita dan pewaris keluarga ni. Disebabkan papa berasal dari keluarga luar. Kamu yang kena ambil alih empayar keluarga ni. " Jelas Tan Sri Aryan dengan tenang.
" Cucu lelaki tunggal?" soal Xander sedikit hairan.
" Xaiden? Macam mana dengan -"
" Xaiden kan anak angkat, dia tak layak menerima jawatan tu,"
" Kamu ingat lagi tentang sepupu kamu?" soal Puan Sri Melissa. Ariq menggeleng perlahan.
" Dia akan dijodohkan dengan kamu." Kata Puan Sri Melissa lebih perlahan.
" Apa? Benda apa yang berlaku dalam keluarga ni!" Suara Xander naik seoktaf membuatkan mereka semua terkejut.
" Itu yang telah ditetapkan dalam wasiat keluarga kita supaya kedua-dua keluarga disatukan semula...." terang Puan Sri Melissa lemah. Dia juga tidak mampu mengawal kemarahan anaknya yang memuncak itu. Dan dia tahu yang semuanya tidak adil bagi kehidupan anak lelakinya itu.
Namun itulah yang sedang terjadi hanya kerana dia dilahirkan di dalam keluarga yang mempunyai seribu satu rahsia ini.
Xander yang tidak dapat menerima hakikat tersebut cuba menenangkan diri dengan menayangkan wajah sinisnya itu.
" Kenapa Ariq lahir dalam keluarga jahanam ni?" soalnya sinis lalu terus meninggalkan rumah.
Tidak lama selepas itu, kepala Puan Sri Melissa mula terasa berpinar membuatkan dia rebah di atas lantai. Mujur sempat disambut oleh Mak Tam yang dari tadi berada di sisinya.
Mak Tam turut kecewa mendengar kata-kata itu, memang tidak sepatutnya Xander berkata sedemikian, namun dia juga sangat kesiankan kehidupan tuan muda majikannya itu kerana perlu mengikut semua perancangan dan undang-undang keluarganya yang susah untuk diterima akal itu.
…
" Xander, awak cuba mainkan lagu ni boleh? Saya nak try combined dengan awak." Xander tidak menyedari kehadiran Erika ketika itu. Fikirannya masih ada melayang tentang peristiwa semalam.
" Ika... " Xander tiba-tiba menyebut nama itu membuatkan Erika jadi tidak senang duduk.
" Aku kena kenalkan dia dekat family aku..." terkejut Erika sekali lagi. Mulutnya terasa pahit.
"Hello? Aku kat sini! Agak-agaklah nak takutkan aku pun..." gumamnya sendiri.
" Xander... Xander? Ariq?!"Lamunanya tersentak. Dia memandang Erika lalu mengangkat keningnya sebelah. Erika menjuih mulutnya, penat sahaja bercakap.
" Dengar tak apa yang saya cakap tadi?" Xander menggeleng perlahan membuatkan hati Erika membara.
" Saya nak mintak awak mainkan lagu sekejap. Nak cuba combined dengan violin ni.. " Terang Erika sekali lagi.
" Ouhh okay-okay... "
Mereka mula memainkan lagu bersama-sama. Kadang-kadang, Xander mencuri pandamgan terhadap gadis di hadapannya itu dan ada kalanya mata mereka bertembung.
Sesi latihan berjalan dengan lancar dan mereka pulang ke rumah seperti biasa.
Di rumah Erika,
Erika's POV,
Erika melangkah keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Penat juga sesi latihan yang diadakan pada kali kedua ini.
Dia kemudiannya menuju ke meja belajarnya dan menyelak kalendar bagi mengetahui hari festival itu diadakan.
" Lagi dua minggu... Haih, penatnya.. "
" Ika... Aku kena kenalkan dia dekat family aku. " Kata-kata Xander menerjah ke dalam koyak pemikirannya membuatkan dirinya berasa lemah dan wajahnya berinah keruh.
" Kenapa sampai nak bawa aku jumpa parents dia? Takkanlah?" Erika tergamam seketika. Dia ciba berdalih dengan anggapannya sendiri.
Mengapa semua ini mesti berlaku? Dia mengaku hatinya telah dimiliki oleh lelaki itu. Namun apakah yang akan berlaku sekiranya kebenaran dari rahsianya terbongkar. Masihkah ada lagi ruang di dalam hati Xander untuknya?
Erika memandang jam pada dinding yang menandakan pukul 8 malam. Dia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan lelaki itu. Semakin lama dia mendekati Xander, semakin kurang keyakinannya untuk berterus-terang.
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...