" Kenapa awak baik sangat dengan saya Razif?" Soal Erika hairan kepada lelaki yang berada di sisinya ketika itu. Dia sudah terbiasa menggelarkan Adrian sebagai Razif malah Adrian juga senang dipanggil begitu.
" Kenapa, tak boleh ker?" Soal Adrian pula.
" Ishh... Saya tanya dulu awak tanya saya balik!" Erika mula mencebik membuatkan Adrian ketawa melihat telatahnya.
" Sajalah, saya nak kenal awak. Lagipun saya tahu awak baik."
" Cehh... yakin ker saya baik? Tak dengar apa yang orang kata pasal saya?" Soal Erika menguji.
" Biarlah apa orang cakap. Saya yang kenal dengan awak bukan diorang." Kata-kata Adrian membuatkan Erika tersenyum.
' Kalaulah dia yang cakap semua ni dekat aku...' Gumam Erika sendiri. Sudah hampir sebulan dia mula berkawan dengan Adrian dan Xander bagai tidak pernah mengenalinya.
' Kenapa kau mesti kisahkan orang yang dah tak kisahkan kau hah Erika? Cukup-cukuplah!' Bentak Erika di dalam hatinya namun tanpa disedari dia menggeleng seorang diri.
" Erika?"
" Ya?"
" Jauh termenung. Teringatkan siapa?" Usik Adrian dengan senyuman yang sukar ditafsir.
" Ma-mana ada apalah. Awak yang fikir lain."
" Hahaha...comellah awak ni." Kata Adrian membuatkan Erika terdiam.
" Saya melawak jelah...hahaha"
" Ouhh okay... hahaha"
" Wei Xander. Kau tak kisah ker diorang dah mula rapat?" Soal Ryan memandang ke arah dua orang yang berada sekitar mereka.
" Siapa?"
" Adrian dengan Erika." Sampuk Aaron pula.
" Apasal aku nak kisah pula? Tu life Adrian kan. Takkan nak halang pula?" Xander hanya beriak tenang. Namun dia sengaja mengubah posisi supaya tidak menghadap mereka.
" Ariq Xander. Aku tahu kau ada perasaan dengan Erika. Jangan poyo sangat boleh tak?" Kata Ryan menggeleng.
" Tu dulu...sekarang hati aku hanyalah penuh dengan kebencian dekat dia." Namun kata-kata itu hanyalah diucapkan di dalam hatinya. Dia hanya tersenyum menafikan apa yang dikatakan oleh Ryan.
" Sudah-sudahlah cakap benda yang merapu kau ni."
" Apa yang merapunya?" Dahi Ryan berkerut seribu mendengar apa yang dikatan Xander. Siapa yang merapu ni? Dia atau aku?
" Ni Xanderlah. Tak pernah dan tak akan sesekali jatuh cinta." Jawab Xander yakin membuatkan Ryan tersenyum sinis.
" Mulut boleh tipu, tapi hati tak boleh. Aku tak nak kau makan hati dekat Adrian jer... Aku kenal korang berdua Xander. Jangan sampai bermasam muka sebab perempuan pula nanti."
" Ahh! Sudahlah kau ni. Aku tak suka Erika punlah." Bentak Xander lalu beredar dari situ. Hatinya sakit apabila mendengarkan apa yang dikatakan oleh Ryan.
" Aku takkan perbodohkan diri aku dengan perempuan yang bernama Erika Airien lagi." Gumam Xander lagi.
" Sebelumni aku kena, lepasni siapa pula? Adrian? Kau memang perempuan murahan ker Erika?" Sebal Xander geram sambil mengepal penumbuknya.
To be continued...
Readers comment lah apa-apa. Sebab author nak tahu apa yang korang fikir tentang cerita ni supaya author boleh perbaiki Bab akan datang. So enjoy lah yerr.Sayonara...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...