" Hai sayang..." Xander dengan selambanya memeluk belakang Erika yang sedang mengemas katil. Mati terus perlakuan Erika dibuatnya.
" Ish awakni. Sejak saya bagi tidur sebilik ni sengaja nak berkepit dekat saya eh?"
jelingan dihadiahkan kepada lelaki itu.Xander pula of course lah buat tak tahu jer. Dekat lima bulan tau dia tak boleh peluk Erika macamni, tambah-tambah pulak bila diorang dah mula tidur sebilik balik sejak tiga hari lepas.
Itulah syarat yang Xander bagi. Diorang kena jadi normal balik macam dulu. Antaranya tidur sebiliklah! Bijakkan idea dia? Umum dan banyak kelebihan.
Bukan dia sahaja yang gembira, yang lain juga turut menumpang gembira dengan perubahan Erika. Disangka Erika sudah memaafkannya, tapi takpe nanti Erika akan maafkan dia jugak.
" Ish! Dahlah. Kata nak turun makan," tangan Xander yang masih memeluk Erika ditepis kasar lalu dia meninggalkan Xander yang masih terpaku di dalam bilik. Ariq Xander hanya memandang kepergian Erika dengan pandangan sayu. Takpe Xander, kita buat slow-slow. Sabar itu penting tahu?
Tidak lama selepas itu, senyuman cuba diukir untuk mengembalikan suasana positif antara mereka. Tahulah apa dia nak buat nanti.
Sewaktu di meja makan, pandangan Xander masih tertumpu ke arah Erika yang sedang menjamu selera di hadapannya. Tidak dihiraukan mata yang memandangnya ketika itu, semua demi rancangan dia nak pikat hati Erika tu balik. Nak malu apa? Bini dia lantak dialah nak tengok pun. Tak kan pernah luak punya!
" Amboi Ariq, sejak dua menjak ni mama tengok kamu suka berkepit dengan Erika yer, kalau boleh tak nak pergi kerja. Berkepit aje 24 jam," usik Puan Sri Melissa membuatkan yang lain turut memandang ke arah pasangan itu dengan pandangan yang nakal.
Mati terus lamunan Xander. Dengan pantas dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya selamba seperti tiada apa-apa. Namun sesekali pandangan Xander masih tertumpu ke arah Erika dengan senyuman manis.
" Ehemm!" sengaja Erika berdehem kuat bagi menyedarkan Xander yang masih memandangnya tidak berkelip. Hanya jelingan dibalas kepada suaminya itu tanda tidak selesa.
Xander masih tidak mengalah, sengaja dipandang Erika sehingga mata mereka bertembung kembali. Tiba-tiba sahaja Xander mengerdip matanya sebelah dengan wajah yang menggoda membuatkan Erika hampir tersedak.
Erika yang mula bengang dengan tindakan selamba bin biawak Ariq Xander juga membalas pandangannya dengan jelingan tajam tanda protes. Cucuk mata tu baru tahu!
Ingat benda tu boleh buat dia cair ker? Sorry benda tu dah lapuk. Hati dia sekarangni memang dah hampir keras macam ais batu. Entahlah sakit hati dia ni tak hilang sekelumit pun!
Xander pula hanya tersenyum sinis melihat jelingan maut yang dianggap manja padanya. Jeling aje kerja Erika ni, juling baru tahu. It's okay Erika...yang tu baru permulaan. Haihh Xander, entah apa yang merasuki mu. Aikk macam lagu jer?
Petang itu,
" Erika...aku mintak maaf sangat-sangat pasal haritu." Ujar Anisa dengan riak yang bersalah.
Disebabkan Erika tak boleh keluar rumah, dialah yang kena datang rumah Tan Sri Aryan kalau nak berjumpa dengan Erika. Lagipun keluarga Tan Sri Aryan memang dah anggap Anisa macam ahli keluarga mereka sendiri memandangkan Anisa tiada ibu bapa sejak kecil. Anisa hanya menumpang kasih pada Mak Su Dahlia, adik kepada arwah bapanya.
" Yer, Aku dah maafkan lama dah. Kau yang tak datang jenguk aku kat sini." Sempat lagi Anisa disindir oleh Erika.
" Kau dah maafkan aku? Serius? Yeayy!! Sayang kau sangat-sangat!!" Jerit Anisa teruja lalu memeluk Erika erat.
" Kak Erika bukan setakat maafkan kak Anisa jer, dia dah maafkan abang Ariq sekali kan..." Sampuk Alisa Xarra mengambil tempat di sisi Erika Airien. Anisa yang mendengarnya terus melirik ke arah Erika menginginkan kepastian. Hanya senyuman kelat ditayangkan kepada mereka berdua.
...
" Kenapa kau tipu diorang semua?" Soal Anisa memandang suasana petang melalui pintu sliding door rumah.
" Aku tak tipu sesiapalah. Apa benda kau mengarut ni?" Dalih Erika dari suatu sudut.
" Ouhh, kau tak tipu diorang cuma kau tipu diri sendiri kan?" Tebak Anisa sinis membuatkan Erika terkelu. Benarlah sangkaan Anisa.
" Aku kenal kau hampir 8 tahun Erika. Tengok seraut wajah kau pun boleh agak apa yang bermain dalam fikiran kau."
" Hahahaha, yakin sungguh kau." Sindir Erika masih tidak mahu kalah.
" Kenapa kau buat macmtu?" Soal Anisa lagi. Dia tahu Erika mahu mengubah topik. Akhirnya terbit keluhan kecil di bibir mungil Erika.
" Aku tak nak dera semua yang berada di sekeliling aku. Kita tak boleh fikir diri sendiri Anisa. Kita dah kena bertindak matang."
" Satu cara jer kau kena buat untuk puaskan hati semua termasuk diri kau." Anisa menjawab tenang sebelum mengambil tempat di sisi Erika.
" Macam mana?"
" Buka hati kau. Buang kepahitan kau dengan Xander jauh-jauh, buang yang keruh ambil yang jernih Erika. Bukan dia sahaja yang salah. Semuanya berpunca di atas kesilapan kau dan Xander 6 tahun lalu. Masatu kita belum matang lagi Erika, zaman dimana kita hanya memikirkan kepuasana hidup tanpa memandang jauh. Jangan biarkan kisah silam menghantui hidup kau dan Xander."
" Bukan senang Anisa. Bukan semua benda boleh kita lupakan macamtu jer." Jawab Erika masih berkeras. Takungan air mata cuba ditahan. Bukan semua benda yang Anisa boleh faham sebab bukan dia yang lalui semua tu.
" Ikut kaulah Erika. Cuma aku nak kau tanya hati dan fikiran kau. Apa yang kau nak dari Xander supaya semuanya jadi macam dulu? Bahagia macam dulu." Ujar Anisa lagi tidak berputus asa memberi nasihat.
" Memang aku masih tak berumah tangga. Tapi kita perempuan, aku tahu semua perkara yang kau lalui dulu Erika, mungkin peristiwa yang berlaku dekat kau baru-baru ini banyak yang aku terlepas. Tapi anggaplah ini ujian dari Allah. Hanya kau dan Xander yang boleh selesaikan sendiri. Buka hati untuk Xander..."
" Aku tahu cinta kau dekat dia tak pernah berbelah bagi. Mungkin keadaan yang membuatkan kau mula tawar hati. Cari balik kenangan indah kau dengan dia. Buang yang tak baik. Aku dah agak yang jodoh kan dengan dia kuat. Insya Allah, kalau kena dengan caranya hati kau boleh terima dia kembali. Jangan terima atas dasar kesian Erika. Kerana semuanya akan menjadi sia-sia. Macam yang aku kata tadi, buka hati kau untuk Xander kerana dia tak pernah lelah untuk membuka hati kau kembali." Segala nasihat Anisa cuba ditelan Erika walaupun pahit dan sukar untuk diterima. Benar, dia perlu cuba untuk melembutkan hati demi kebahagiaan yang dicari...
To be continued...
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...