" Wei Erika. Semenjak dua menjak ni kau senyap jer. Kau ada masalah ker?"
" Tak adalah,"
" Erika... kita berkawan dekat tujuh tahun tau. Tell me please..." Erika akur, dia menarik nafas dalam sebelum menceritakan peristiwa yang telah berlaku.
" Aku baru bertunang hujung minggu lepas."
" What? sampai hati kau tak bagitahu..." Anisa melipat kedua tangannya di dada sambil memuncung mulut mengalahkan itik.
" Aku bertunang dengan lelaki yang mama aku jodohkan enam tahun dulu tu. Kan aku pernah cerita dulu."
" Ouhhh...tapi dah lama senyap jer. Tup tup dah bertunang. Hahaha!"
" Apa yang kelakarnya?" Soal Erika geram.
" Taklah, kisah hidup kau macam drama."
" Dramalah sangat." Erika mencebik. Malas dia mahu melayan karenah Anisa yang masuk air ketika itu.
" So siapa lelaki yang tak berapa nak bertuah tu?" Perli Anisa manakala Erika mengetuk kepalanya gadis dihadapannya itu.
" Aduhh sakitlah. Aku melawak jer," sekali lagi muncung itik Anisa muncul. Erika hanya menjulingkan matanya ke atas. Sabar jelah dengan perangai minah seorang ni.
" Tapi ada lagi satu masalah," jawab Erika dengan wajah yang agak kesal.
" Pulak, kau tak suka ker?" soal Anisa hairan. Kalau Erika tak nak bolehlah past dekat dia. Alang-alang tengah single ni.
" Bukan macam tu..."
" Habistu? Haihh, betul lah kisah hidup kau macam-macam sangat. Macam drama pukul 7 yang selalu kita tengok tu tahu tak?"
" Ishhh, janganlah buat lawak bodoh time time camni!"
" Okay-okay sorry...sambung cerita balik," Anisa memberi Erika masa untuk bercakap.
" Kau ingat tak kes besar yang aku menang baru-baru ni?"
" Ouhh, kes pecah amanah jutawan muda tu? kenapa dengan kes tu pula?"
" Jutawan tu Xander,"
" What? Seriously?" Terkejut Anisa seraya mencubit pipinya untuk membezakan sama ada situasi ketika itu mimpi atau nyata.
" Yes," jawab Erika sepatah.
" Dan sekarang baru kau nak cerita dekat aku semua ni?" Anisa mula memuncung tanda protest. Haihh Anisa ni tak penat ker?
" I'm sorry okay... aku tak nak ungkit apa yang terjadi tentang kami dulu. Dan aku anggap dia macam client aku yang lain,"
" Hmm...okay aku faham. Tapi dia pula? Apa reaksi dia lepas jumpa kau balik?"
" Dia tak kenal aku,"
" Hah?" Anisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Makin pelik cerita Erika ni.
" Ishhh, sekejaplah aku tak habis cerita lagi,"
" Hehehe... okay-okay"
" Dia amnesia,"
" Macam mana kau tahu?" Sejak tadi Anisa hanya bertanya dan Erika pula menjawab setiap persoalan Anisa dengan penuh sabar.
" Mama dia bagitahu,"
" Fuhh, aku tak faham dah sekarangni. Bila masa kau jumpa mama Xander pula ni?" Anisa semakin pening mendengar cerita sahabatnya itu. Patutlah Si Erika dah macam cacing kepanasan semenjak dua menjak ni.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...