Bab 18 : PARTNER

496 31 7
                                    

Ramai orang sedang mengerumuni hadapan papan kenyataan. Semuanya merupakan peserta Kesenian muzik yang mengambil sesi uji bakat dua hari yang lalu.

Erika dan Anisa juga berada di situ tetapi hanyalah di belakang. Anisa yang tidak tahan dengan suasana itu terus menyelit masuk ke dalam rumunan itu sehingga ke hadapan. Hehehe keuntungan berbadan kecil dan comel.

" Wei Erika kau dapat!!" Jerit Anisa riang lalu melompat-lompat berlari ke arah Erika.

" Kau dapat! Yes!"

" Shuhh…" Semua orang yang berada di situ memandang Anisa tajam. Namun dia buat tak tahu jer. Erika cuba menenangkan Anisa dan ketawa melihat telatah sahabatnya itu.

" Aku yang dapat, dia yang over reacting." senyuman Erika terukir.

" Tok! Tok! Tok!" pintu diketuk sebelum Erika masuk ke dalam bilik muzik untuk sesi latihan pertamanya selepas kelas tamat.

" Selamat datang Erika.." sapaan itu dibalas dengan lembut.

" Dah ready nak training?" Soal Puan Fazlina selaku pensyarah mereka.

"Awak tahukan yang awak akan ada partner nanti?"

" Sa-saya tak tahupun" jawab Erika hairan.

" Laa... Takpe-takpe. Sekarang kita tunggu partner awak. Pelikkan? Dia pandai main piano walaupun dia bukan budak muzik, macam awaklah kan? Hahaha…" Erika hanya tersenyum kekok. Bukan selalu orang layan dia baik macamtu.

" Assalamualaikum. Maaf saya terlambat" kata seorang lelaki dengan tergopoh-gapah. Mendengar sahaja suara itu membuatkan bulu roma Erika menegak.

" Ehh tak pelah. Partner kamu pun baru datang ni. " Kata puan Fazlina sambil menepuk bahu Erika.

Ketika itu,  Erika masih tidak bergerak. Dia hanya berdiri membelakangi lelaki itu.

" Harap-haraplah bukan dia... " Erika memejam matanya sambil menggenggam pergelangan tangannya.

" Ehh aku pakai gelang tu harini!"

" Hai Erika.." Terkejut Erika apabila Xander sudah berada di hadapannya. Terus dia menyilangkan tangannya ke belakang.

" Ha- hai…" Jawab Erika kekok. Xander pula hanya tersenyum.

" Dia senyum kat aku ker?" Lama dia memandang wajah Xander sehinggalah senyuman manis Xander berubah kepada sinis.

" Jadi kamu berdua dah kenallah ni?" soal puan Fazlina teruja.

" Ya-Tak!" jawab mereka serentak.

" Xander cakap ya Erika cakap tak. Mana satu korangni?" Xander sudah menjeling ke arah Erika.

" Ye, ye dah kenal" Erika terus mengiyakannya Xander pula hanya menggeleng.

" Sengal" Kata Xander perlahan. Namun  Erika yang mendengarnya memandang Xander tajam pula. Hanya senyuman sinis  dihadiahkan.

Apabila Xander pergi ke sebuah kerusi untuk meletakkan beg sandangnya cepat-cepat Erika membuka seutas gelang yang dipakainya lalu disimpan ke dalam poket seluarnya.

" Fuhh selamat sempat" Kata Erika perlahan.

" Sempat apa?" soal Xander kini berada di hadapannya.

" Erk, tak ada apa-apa"

" Hmmm... Okay" Erika menghembus nafas lega.

" Okay Xander dan Erika, korang kena main tiga lagu untuk persembahan tu nanti. Score ada dekat atas meja tu. Korang berdua berlatihlah yer, saya ada urusan. Kalau ada apa-apa boleh whatsapp atau call saya. Kamu dah ada number sayakan Xander?"

" Yer puan."

" Okaylah selamat berlatih." Senyuman manis dihadiahkan sebelum dia meninggalkan mereka berdua di situ.

Suasana di dalam bilik mulai tegang membuatkan Erika menjadi cemas berada di situ.

Xander yang merasa ketegangan di situ mula bersiul memecahkan kesunyian di antara mereka. Dia menuju ke meja dan mengambil helaian score yang berada di situ.

" Erika.  Kau try main violin tu. Aku nak dengar."

" Kenapa pulak?" berkerut dahi Erika dibuatnya. Tetibe...

" Aku nak dengar, betulker kau pandai main? Manalah tahu kau rasuah lecture kita sebab nak main dengan aku." Selamba Xander membuatkan Erika merengus geram.

" Awak ingat saya ni nak sangat ke menghadap muka awak yang tak semengah ni? Dan kalau saya tahu awak ni partner saya. Saya takkan terima permintaan Anisa untuk join semua ni." Balas Erika geram. Panas hatinya bila dikatakan dia merasuah pensyarahnya. Xander pula terus terdiam setelah mendengar jawapan drastik Erika. Terciduklah tuu...

" Dia ingat aku ni perempuan tak ada harga diri ker?" gumam Erika sendiri menjeling Xander di hadapannya itu.

To be continued...

Sorry korang, lama dah tak update. Apapun thanks sebab menunggu. Disebabkan lama tak update, author publish dua bab teruslah yerr... Selamat membaca.

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now