Bab 5 : AKU INGIN BEBAS!

651 45 10
                                    

" Apa masalah kau hah?" tengking Erika yang sudah naik berang seraya mula mengangkat tangan untuk menampar perempuan gila di hadapannya ketika itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Apa masalah kau hah?" tengking Erika yang sudah naik berang seraya mula mengangkat tangan untuk menampar perempuan gila di hadapannya ketika itu.

Flashback,

5 minit sebelum..

" Wei aku nak pergi tandaslah. Kau orang pergi dulu," beritahu Adrian semasa mereka berempat ingin pulang.

" Okay, kita orang tunggu dekat depan, " jawab Ryan dan mereka berpisah di situ.

Semasa ingin lalu di selekoh, bunyi hentakan loker yang kuat menarik perhatian mereka bertiga.

End flashback.

Xander pantas menahan tangan Erika daripada menampar Lydia dan menggenggam pergelangan tangan Erika kuat.

' Sekali lagi?' bisik Erika di dalam hati apabila yang melihat wajah Xander di hadapannya ketika itu.

" Kau pergi dulu. Kang tak pasal-pasal kena penampar dari perempuan ni," arah Xander kepada Lydia. Lydia yang kecut melihat wajah dingin Xander terus berlalu tanpa suara.

" Lepaslah!" jerit Erika menarik tanggannya kasar.

" Apa masalah kau hah perempuan? tak ada kerja lain ke nak buat selain kacau hidup dia?" soal Xander agak tinggi nadanya.

" Aku rasa kau tanya salah oranglah." Erika memandang Xander sinis.

"Sepatutnya kau tanya perempuan tu apa masalah dia dengan aku?"

" Dan aku tak kenal kau pun. So, tak payah nak tunjuk hero sangatlah. Cermin sikit diri tu boleh tak sebelum nak nasihat orang?" Erika melepaskan segala kemarahannya kepada lelaki acah hero dihadapannya kini. Macamlah dia tu baik sangat!

" Kau tak kenal aku? Seriously? Kalau macam tu biar aku perkenalkan diri aku. Aku Ariq Xander ketua kumpulan F4. Jadi jangan cari pasal dengan aku," Xander sengaja mendekatkan jarak diantara mereka berdua. Kini jarak antara mereka hanya tinggal beberapa inci menyentakkan Erika. Menyedari situasi itu Erika terus menolak Xander menjauh darinya.

" Dah habis dah?" soal Erika memerli. Wajah Xander yang sinis tadi pula yang berubah mengenangkan sikap berani mati gadis dihadapannya kini.

" Do I care Mr. Xander?" sinis Erika lalu meninggalkan Xander dengan jelingan tajam. Xander sudah menggumpal penumbuknya kuat. Mendengar ejekan Erika membuatkan sifat barannya membara. Dalam masa yang sama, Adrian yang baru sahaja tiba di tempat kejadian hanya sempat melihat Erika meninggalkan Xander.

" Chill bro, relaks..." ujar Ryan perlahan sambil mengusap belakang Xander.

" Aku ada terlepas sesuatu ker?" soal Adrian panasaran dengan keadaan tegang di sekelilingnya ketika itu.

" Kau terlepas drama hebat tadi bro," jawab Aaron menepuk bahu Adrian membuatkan Adrian bertambah hairan.

' Huh, kau akan menyesal perempuan,' gumam Xander mengetap rahangnya kasar sebelum melangkah keluar tanpa bicara dan hanya dibuntuti yang lain.

Di rumah Erika,

" Lelaki tak guna!" marah Erika mengurung dirinya di dalam bilik. Hatinya berasa sangat panas ketika itu. Dia memerlukan udara segar diluar. Namun, sudah diketahui tentu mustahil baginya untuk keluar dari rumah terutama pada waktu malam begini. Nak kena pancung silalah keluar.

Sedang lama berfikir, tiba-tiba muncul idea bernas dan gilanya. Tanpa melengahkan masa, Erika mencapai beg sandang kecilnya yang berwarna coklat dan mencapai sebingkai cermin mata. Cermin mata sewaktu di sekolah rendah dahulu.

Dia sebenarnya rabun, tetapi sejak sekolah menengah, dia mula memakai kanta lekap. Dan salah satu sebabnya adalah untuk menjaga penampilannya supaya nampak lebih cantik tanpa kaca mata.

Dia menyarung T-shirt berwarna putih dan disarungkan dengan sepasang hoodie berwarna pink pastel dan memakai cap berwarna pink.

"Let's be yourself Erika," monolognya sendiri tersenyum puas ketika memandang ke arah cermin.

Di rumah Xander,

" Eh, awalmya kau balik dari asrama. Ada cuti apa-apa ker?" soal Xander kepada Arif Xaiden, anak angkat keluarga Tan Sri Aryan. Namun Xaiden sudah dianggap sebagai darah daging mereka sendiri dan tiada sebarang masalah bagi mereka sekeluarga untuk bersama.

" Cuti apanya? Adik kamu ni buat perangai pulak. Tak pernah dibuat macamni tiba-tiba nak tunjuk perangai dekat sekolah tu kenapa?" beritahu Puan Sri Melissa kepada anak sulungnya itu sambil memandang Arif Xaiden tajam.

Namun Arif Xaiden sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Puan Sri Melissa tadi. Katalah apapun, yang tahu kisah sebenar hanya dia dan budak malang yang dah makan kaki dia tu.

" Alang berjawab, tepuk berbatas.
(Perbuatan baik dibalas dengan dengan baik, perbuatan jahat dibalas dengan kejahatan juga)," jawab Xaiden sengaja berperibahasa. Jangan pandang Xaiden sebelah mata eh. Dia bijak tau. Terumanya bijak menjawab.

" Malu kalau anak harimau menjadi anak kucing. (tidak sepatutnya kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh)," jawab Puan Sri Melissa tegas.

" Macamlah keluarga kita ni baik sangat," Xaiden berdecit malas sebelum mendaki anak tangga ke atas. Dah kena gantung sekolah tiga hari, nak buat apa lagi? Buatlah sesuka hati yang dia nak.

Xander yang sedari tadi berada di situ menggaru kepalanya yang tidak gatal mengenangkan pertengkaran kecil dua beranak itu. Dia orang ni main berbalas peribahasa ker?

To be continued...

Ingat tu, jangan pandang Xaiden sebelah mata eh...

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now