" Hai Tuan Ariq." tegur seorang pelayan mengganggu Xander yang sedang makan tengah hari di cafe pejabatnya.
" Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Xander terkejut. Hilang selera makannya melihat perempuan yang tergedik-gedik memandangnya. Taulah dia jejaka idaman Malaya. Tapi dia setia.. sebab kalau dia tak setia Erika tendang dia keluar bilik. Sapa tak sanyang bini woii!
" Saya kerja dekat sini." Jawab gadis yang bernama Fia itu tersenyum nakal. Xander yang melihat riak perempuan itu pula semakin menyampah. Tak senang hidup macamni.
" Habistu kau buat apa dekat sini? Pergilah buat kerja. Aku report dekat boss kau baru tahu."
" Alahh dia tak kisah pun." Seloroh Fia tidak berfikir panjang.
" Amboi Fia! kamu curi tulang yer!" Marah Puan Rafidah selaku majikan dan pemilik cafe itu.
" Sa-saya mintak maaf puan." Kata Fia menggelabah apabila Puan Rafidah makin mendekati mereka.
" Maafkan saya Tuan Ariq, dia ada mengganggu Tuan ker?"
" Haah, kalau dia buat perangai macamni lagi pecat terus. Makan gaji buta!" Kasar Xander berbahasa dan terus meninggalkan cafe dengan rasa menyampah.
" Menyesal aku tolong dia haritu." Xander berdecit sendiri ingin memadamkan wajah Fia dari fikirannya. Boleh jadi gila dibuatnya kalau selalu diganggu begitu.
Di pejabat Xander,
" Whatsapp bro!!" Laung Mark menerjah masuk ke dalam Xander tanpa rasa malu.
" Waalaikumsalam."
Zappp!!!
Serta merta keadaan mereka menjadi tegang.
" Hehehe... Assalamualaikum boss." Kata Mark menukar intonasi suaranya menjadi lembut. Tahu takut... Tapi seriously Mark takut dengan Xander?
" Aku takut dengan Xander? Mustahil! Kalau aku takut dengan mangkuk jamban Ni mau terbalik dunia ni." Bongkak Mark menjawab soalan author.
" Woi mangkuk. Kau blah sebelum aku yang tendang kau ke dalam mangkuk jamban." Time tak dak mood macamni lah ada yang nak menguji kesabaran. Kesian Xander...kuang kuang kuangg.
" Kau okay tak ni?" Soal Mark setelah melihat wajah kusut Xander yang serupa ayam berak kapur.
" Hmmm... ada berita tak daripada Ryan dengan Aaron selama aku dah lama tak ke markas sebelumni?" Soal Xander serious. Sudah lama dia tidak menjenguk markas mereka kerana banyak kejadian buruk yang menimpa keluarga mereka baru-baru ini.
" Tak ada masalah-"
" Xander!" Panggil Ryan dalam keadaan tercungap-cungap.
" Apahal kau? baru lari marathon ek?" Seloroh Mark sekali lagi. Namun pertanyaan itu dibalas dengan pandangan tajam.
" Alaaa...apa korang ni? Aku nak ceriakan suasana jer." Mark menjuih mulutnya tanda merajuk dan sekali lagi kata-katanya hanya dibawa angin. Nasib kaulah...
" Kenapa Ryan? sampai datang office aku ni?"
" Aku call kau banyak kali tahu tak? kau pergi mana?!" Sebal Ryan tidak berpuas hati. Xander terus melihat telefon yang sentiasa berada di atas mejanya.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...