'Hong Kong' Erika melihat sekeping ticket penerbangan yang berada di atas meja soleknya berulang kali. Sejak pukul 4 petang Erika tercari-cari Xander di dalam bilik namun masih tak muncul. Tak balik lagi ker? Tapi tak peliklah sebab Xander selalu balik pukul 6 petang.
" Dia kena pergi outstation ker?" Soalnya sendiri.
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak perlahan. Xander yang masih berpakaian kerjanya lengkap memandang ke arah Erika pelik.
" Awalnya sayang balik harini?" Soal Xander sambil menanggalkan tali lehernya.
" Saya habis kerja awal harini." Jawab Erika laju. Ya, kerjanya tidak terlalu banyak minggu ini tambahan pula setelah Erika menyerahkan kes Adrian kepada Lydia. Dia kan suka kes VIP ni.
" Ouhhh..."
" Abang pergi outstation ker dalam masa yang terdekat ni?"
" Ehh, taklah setakat ni abang free jer. Kalau urusan outstation ni abang selalu serahkan dekat Mark. Sejak ada isteri
ni, rasa macam tak nak keluar mana pun." Seloroh Xander mengada." Haihh, ke situ pula abang ni." Ketawa Erika.
" Kenapa sayang tanya abang ada outstation ker tak?" Soal Xander lagi. Siapa yang pandai-pandai bagi info Palau ni?
" Ni." Erika menunjukkan ticket yang berada di atas meja soleknya sejak tadi.
" Aikk...sekejap abang check jadual abang balik." Kata Xander membuka telefonnya dan terdapat satu pesanan WhatsApp yang dihantar dari Tan Sri Aryan.
'Happy Honeymoon my son'. Mata Xander terus bersinar-sinar dan tersenyum gembira.
Erika yang melihat perubahan reaksi yang diberikan oleh Xander bertambah hairan.
" Sayang..." Panggil Xander meleret.
" Ya?"
" Jom honeymoon"
...
KLIA,
" Wei, kenapa kau nak honeymoon waktu-waktu macamni?" Soal Mark membuat muka tidak berpuas hati. Damian yang berada di sisi Mark hanya ketawa. Hanya mereka berdua yang membawa mereka ke airport. Sebab mereka berhoneymoon pada hari bekerja, jadi ahli keluarga yang lain agak sibuk.
" Kenapa tak boleh waktu-waktu macamni?" Soal Xander sengaja ingin menyakitkan hati sahabatnya itu. Walaupun Mark dan Damian ialah konco-konconya, Xander menganggap mereka sebagai sahabat karibnya sama seperti Aaron dan Ryan.
Rasanya akan ada reader yang tertanya macam bertemu kembali sedangkan Xander dah lupakan mereka semua.
Selepas dapat tahu Xander mengalami kemalangan di UK, sahabat karibnya dulu terus ke sana untuk menjenguknya. Namun bukan semua, hubungan Xander dan Adrian telah putus selepas apa yang berlaku terhadap hubungan mereka dengan Erika.
Jadi Aaron dan Ryan mula berkawan balik sejak dari UK dan tak lama lepas tu Xander mengajak mereka berdua untuk menyertai kumpulan mafia keluarganya iaitu kumpulan Vlad dan mereka berdua menyertai kumpulan di bawah Xander walaupun sudah mempunyai kerjaya tersendiri.
" Ishh, kau ni biarlah dia nak spend time dengan si Erika ni. Diorang nikan selalu sibuk kerja. Betul tak Erika?" Soal Damian kepada Erika selamba.
" Betul-betul.." Erika ketawa melihat riak wajah Mark yang dari tadi memuncung.
" Aaron dengan Ryan pesan cenderahati untuk bawak balik sini. Kat Aku pula kau bawak balik buah hati." Seloroh Mark dengan senyuman gatalnya.
" Sampai aku honeymoon kali ke seratus pun aku takkan bawak balik buah hati dekat kau." Xander menyiku kepala Mark kasar. Dia ingat aku ni bapak ayam ker?!
" Dahlah, Makin melayan aku rosak plan aku. Kalau Ada apa-apa perkara penting inform aku. " Ujar Xander serious kepada Damian.
" Baik boss, apa-apa aku rojerr."
" Okaylah kami pergi dulu." Kata Xander meminta diri sambil merangkul pinggang Erika erat. Erika pula melambai tangan ke arah mereka berdua.
" Damian...." panggil Mark sengaja melembutkn intonasi suaranya.
" Apa?"
" Jom kahwin." Seloroh Mark laju dan akhirnya kepala Mark ditonjol kuat sebelum Damian meninggalkannya
" Apasal kepala aku yang jadi mangsa? Kalau aku bodoh nanti tak boleh kahwin tahu tak? Siapa yang susah?" Omel Mark sendirian masih dengan angan-angan mak jeninnya untuk berkahwin. Sabar jelah dengan perangai Mark yang tak habis-habis ni.
To be continued...
Sorrylah ,author tersilap update jadi author akn unpublish Bab 45 dn publish Bab tu blk.
Comments and vote okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...