Sila mainkan video di atas waktu baca POV Xander.
Xander's POV,
Xander memandang langit yang sudah gelap. Sekelilingnya kini hanya disuluh cahaya bulan yang malap.
" Arghhhhhh!!" Jerit Xander melepaskan amarahnya yang menguasai diri.
Dia sudah menemui jalan buntu untuk meraih kepercayaan isterinya itu. Walau berkali-kali Erika memaafkan kesilapannya sebelumni. Luka yang ditorehnya dahulu belum sembuh Dan kini semakin parah.
Tanpa dipinta air mata lelakinya turun membasahi pipi sekali lagi mengingatkan permintaan Erika petang tadi. Lepaskan dia...
Melepaskan Erika adalah keputusan yang akan membuatkan dia menyesal seumur hidup. Itulah yang dipahatkan di dalam hatinya.
Cintanya terhadap wanita itu tidak pernah pudar sejak dulu. Erika cinta pertama dan terakhirnya, walaupun dia pernah meninggalkan Erika enam tahun yang lalu hidupnya merana seorang diri sehinggalah memori hitamnya hilang dalam sekelip mata.
Semua sangka dia dah ingat segala-galanya, namun ada peristiwa sebenar yang masih samar. Hatinya yakin mengatakan bahawa Fia turut dikenalinya pada masa silam.
Namun dia tidak berminat ingin mengenali gadis misteri yang sentiasa cuba menganggu rumah tangganya dalam diam. Segalanya terbuktinya pada hari ini. Kerana kehadiran Fia secara mengejut rumah tangganya bergolak kembali.
" Bilalah kau nak bahagia Xander?" Soalnya sendiri dengan senyuman sinis. Melarikan diri tidak bermakna dia mengalah, cuma dia juga memerlukan masa sendiri buat masa ini. Mungkin itu juga yang Erika inginkan.
Dia sudah mengizinkan Erika untuk berkerja semula seperti dulu. Perkara yang penting adalah memastikan Erika Airien selamat. Dia sudah lama mengupah bodyguard untuk Erika secara senyap supaya setiap gerak geri Erika dibluat diketahuinya.
Kini dia sendiri akan menghadap musuh lama mereka tanpa diketahui Erika. Kalau Erika tahu dia nak serang kumpulan keluarganya sendiri memang tak jalanlah kan..
Memandangkan dia akan pergi ke KK selama sebulan untuk menguruskan project disana bolehlah dia tenangkan fikiran sekali.
End POV.
Seminggu kemudian,
" Erika...Aku nak tanya sikit boleh?"
" Kalau pasal masalah aku dengan Xander lupakan jer."
" Alaa, please, kalini jer. Aku betul-betul nak tahu." Pinta Anisa membuat wajah simpati.
" Fine! 5 minutes from now."
" Okay...kau rindu dia tak sekarangni?" Erika menjeling Anisa geram.
" Soalan lain please..."
" Yelah-yelah, kau pernah bagitahu yang kita kenal perempuan yang goda Xander haritu kan?" Erika mengangguk laju sambil masih tertumpu pada kertas kerjanya.
" Siapa?" Mendengar soalan itu menghentikan perbuatan Erika. Anisa pula sudah menadah telinga untuk mendengar jawapan dari Erika. Haritu tak sempat..
" Perempuan tu-
Bunyi ringtone telefon bimbit Anisa mematikan perbualan mereka sekali lagi. Anisa mendecit perlahan sebelum mencapai telefonnya dan melekapkan screen telefon pada telinga. Anisa memberi isyarat untuk beredar.
Erika pula mendecit perlahan. Dari haritu lagi time nak sebut nama perempuan tu ada saja yang mengganggu.
Lima minit selepas itu Anisa kembali semula namun dia mengambil fail-fail yang berada di atas meja dengan tergesa-gesa.
" Aku ada urgent meeting dengan client lah." Beritahu Anisa tergesa-gesa.
" Pukul 6 petang macamni?" Soal Erika tidak berpuas hati.
" Hmmm... itulah masalahnya. Aku mintak maaf tau, sebelum maghrib Insya Allah aku balik." Beritahu Anisa dengan rasa bersalah. Sejak pergaduhan Erika dan Xander tempoh hari, wanita itu tinggal bersama Anisa di rumah sewanya.
Alasan bernas Erika adalah tak sanggup duduk di tempat yang banyak kenangan dengan Xander dulu. Memang macam-macam Erika ni.
" Lydia! Perempuan tu Lydia!" Beritahu Erika sedikit kuat serta merta menghentikan Anisa untuk terus pergi. Dia mengalihkan pandangan dengan kerutan seribu.
...
" Doakan Alisa yer mama." Pinta Alisa Xarra sambil menyalam dan memeluk Puan Sri Melissa.
Wanita separuh abad itu mengangguk sambil tisu di tangannya mengelap sisa air jernih di tubir mata.
" Alahh awakni. Anak kita ni nak pergi belajar bukan berperang." Ujar Tan Sri Aryan menggeleng. Sensitif sungguh.
" Kau tu pergi untuk belajar jer. Jangan bawa balik boyfriend pula nanti. Aku backhand budak tu, tengoklah." Usik Xaiden selamba.
" Mama tengoklah abang Arif ni. Memandai nak backhand orang. Alisa tak pernah terniat pun ada ber boyfriend bagai eh!" Muncung Alisa Xarra mengalahkan mulut itik. Yang lain hanya menggeleng mengenangkan perangai Arif Xaiden yang sentiasa nak membuli. Tak kiralah anak orang ker anak ayam ker dia tetap buli jugak. Eh!
" Arif sudah-sudah lah mengusik Alisa ni. Kamu tu bila nak habis belajar?" Semua kini memandang Arif Xaiden yang terkebil-kebil menelan sindiran Puan Sri Melissa.
" Alah mama..tahun depan Arif sambunglah. Nanti boleh habis sekali dengan Alisa kan..." Xaiden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alisa pula mencebik geram. Pemalas!
" Alahh, rileklah dulu. Bila-bila dia boleh sambung study. Selagi masih hidup kita enjoy!" Selamba Arif Xaiden ketawa riang.
Akibatnya, Xander menunjal kepalanya kasar. " Selagi kau hidup eh? Meh aku bunuh kau sekarang. Bolehlah kau sambung study!" Main soal hidup mati pulak, nak mati cepat ker?
" Aku gurau jelah, kau ni serious sangatlah. Dah macam bini kau pulak." Kutuk Xaiden, namun Xander hanya berdiam apabila soal Etika dipetik secara tiba-tiba.
" Cakap pasal Erika, mana menantu kesayangan mama tu?" Sampuk Puan Sri Melissa pula membuatkan Xander makin tak senang.
" Dia ada, tapi tak boleh datang. Biasalah dah start kerja kan..." Yang lain hanya mengiyakan penipuan Xander.
" Kalau macamtu kirim salam Alisa dekat kak Erika tau."
" Insya Allah..." Jawab Xander tersenyum kelat sebelum mereka berpisah dari hadapan balai pelepasan.
To be continued...
Comments and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...