Bab 39 : AKHIRNYA

462 26 0
                                    

" Arghh!!" Bergema suara seorang lelaki menyeringai setelah diseksa teruk oleh seorang lelaki.

" Woi, dia tak buka mulut lagi ker?" Soal seseorang selamba dari satu pelusuk.

" Kalau aku dah dapat jawapan dah lama riwayat anjing ni tamatlah bodoh!" Jerkah Ryan hilang sabar dengan lelaki yang sudah nyawa-nyawa ikan di hadapannya itu. Suka hati adik bongsu dia jer nak menganjing orangkan?!

" Boleh tak aku tamatkan riwayat hidup dia sekarang jugak?" Sebal Ryan lagi lama menunggu arahan ketuanya untuk menamatkan segalanya.

" Kau tanyalah si tak guna tu, dia tak boleh duduk senang selagi tak bunuh siapa yang serang Erika haritu."

" Apa kata kalau dia yang tanya sendiri. Aku rasa tak sampai seminit selesai."

" Haah, bijak jugak kau ni." Ryan pula sudah tersenyum bangga dengan kebijaksanaannya yang tak dapat disangkal. Mestilah, lulusan master ni..

" Tapi tulah, dah tahu bijak nanti jangan letak otak kat tapak kaki sampai sanggup buang masa dua minggu tanya anjing tu." Tengok tu! ni sorang lagi.

Zappppp

Dengan sekelip mata jantung Ryan ditusuk dengan pujian tertinggi daripada rakannya itu. Faham-fahamlah pujian yang dimaksudkan tu. Kalau tak faham juga sila google 1001 kata-kata sindiran...

Tidak lama kemudian, seorang lelaki lengkap berpakaian kemas dengan kaca mata hitamnya keluar dari perut keretanya.

Tanpa sebarang bicara, lelaki itu menembusi dinding bilik kebal yang menempatkan tahanan mereka di situ.

"Sekejap, dia tembus macam mana?" Soal Mark entah dari mana. Tanpa segan silu, author menendangnya menembusi dinding kebal untuk bersama diseksa oleh Si Xander. Tembus melalui pintulah...

Lain kali jangan menyampuk orang muda bercakap!! Sebab author muda lagi. Muahahahah!

Seperti yang dijangka, sesudah sahaja Mark ditendang sebentar tadi, Xander terus keluar dengan lagak yang tenang.

" Dah, kau buatlah apapun, aku nak esok clean."

" Mark panggil budak kita sekarang, kau ikut aku. Aku nak lenyapkan beban kat bahu aku ni." Arah Xander dingin.

" Siapa?" Soal Aaron serius.

"Black Lord"

...

" Welcome to our family kak Erika!!" Jerit seorang gadis keriangan lalu memeluk Erika erat. Ya, selepas dua bulan bertunang, akhirnya dia telah selamat menjadi isteri Ariq Xander yang sah dan hari ini baru sahaja selesai

Dahi Erika pula sudah berkerut seribu memikirkan kehadiran gadis itu entah dari mana.

" Ya Allah Erika, mama terlupa nak kenalkan. Sebenarnya ni Alisa Xarra adik ipar kamu , kamu tak pernah jumpa pun sebab dia baru habis graduate minggu lepas di Jepun.

" Sorry yer kak Erika... Waktu majlis akad nikah tu Alisa tak dapat balik."

" It's okay.. Ouhh...tak sangka Erika ada adik ipar yang comel!"

" Maksudnya kak Erika ada best friendlah kat sini!" Ujar Erika riang lalu mereka berdua ketawa suka.

" Tapi abang Arif tak balik juga harini?" Soal Alisa kepada Xander.

" Awak tak payah nak manjakan sangat budak ting tong ni. Nanti dia pijak kepala!" Sindir Xander sambil mengusutkan rambut adiknya itu. Soalan Alisa tentang Arif sengaja dibiarkan sepi.

" Mana adalah!" Marah Alisa sambil menjelirkan lidah kepada Xander. Erika pula sudah ketawa melihat gelagat dua beradik itu. Nampaknya banyak lagi yang menjadi misteri tentang keluarga suaminya itu.

" Ishh awakni, saya ni anak tunggal tau. Bila Alisa Ada, saya tak sunyi dahlah lepasni." Kata Erika lagi sambil memeluk bahu Alisa lembut.

" Elehh, kalau Alisa tak ada saya kan ada. Awak takkan rasa sunyi punya bila 24 jam kita berkurung."

" Ishh! Dahlah awakni malas nak layan. Saya nak naik atas." Xander hanya ketawa melihat reaksi Erika.

" Okay awak naik dulu. Saya nak berbual dengan kawan dekat luar sekejap." Erika hanya mengangguk lalu laju mendaki anak tangga ke tingkat atas.

...

" Selamat pengantin baru bro!" Ucap Damian dengan riang sambil memeluk bahu Xander.

" Okay terima kasih bro. Korang bual apa masa aku tak ada ni?"

" Kami tertanya-tanya macam mana akhirnya Erika jadi isteri kau?" Ujar Aaron dengan ketawa.

" Apa maksud kau akhirnya?" Soal Xander pelik manakala suasana menjadi senyap secara tiba-tiba. Ryan dan Aaron pula berpandangan sesama sendiri dengan reaksi yang sukar ditafsir.

" Tak, mak...maksud aku, macam mana kau boleh tersangkut dengan seorang lawyer? Miracle kot orang macam kau ni bersama dengan orang macamtu." Ryan menghembus nafas lega mendengar alasan Aaron.

" Dia lawyer aku waktu kes pecah amanah haritu. And waktu bertunang baru aku tahu dia sebenarnya sepupu aku."

" Wow! such a small world"

" Aku memang mula dah tertarik dengan dia, tapi tulah sebelumni dia sentiasa mengelak. Aku pun tak faham sebab apa sedangkan dia tak tahu status sebenar aku." Mendengar penjelasan Xander itu tidak menimbulkan kejutan pada semua yang berada di situ.

" Wait, dia sepupu kau tapi dia tak tahu status sebenar kau sampai sekarang?"

" Yes!"

" Apa ni? aku pening."

" Tulah kan, family aku ni banyak story yang aku sendiri tak tahu atau sebetulnya tak ingat." Kata Xander agak hampa. Namun antara punca utamanya pulang ke Malaysia adalah untuk mencari dirinya yang dahulu.

" Kau kena bagitahu dia secepat mungkin Xander." Kata Ryan tegas.

" Aku tak bersedia lagilah." Jawab Xander serba salah.

" Habistu kau nak sampai terjadi sesuatu dekat Erika? Kalau macamtu, dia yang takkan bersedia." Soal Aaron pula membuatkan Xander terdiam.

To be continued...

Comment and vote okayy..

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now