Bab 6 : HIDUP BAHARU

621 39 2
                                    

Keesokan harinya,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya,

" Good morning sunshine!" Erika membuka sliding door biliknya dan meregangkan badannya selepas berjam-jam tidur di atas katil.

Cakap pasal tidur, korang rasa Erika balik pukul berapa eh semalam? Tak adalah lambat sangat dia balik, pukul 10:30 malam jer. Dan sungguh tidak dinafikan hidupnya tidak pernah sebebas semalam.

Flashback,

Jam menandakan pukul 8:00 malam. Erika dengan senyap dan berhati-hati keluar mengikut pintu belakang tanpa diketahui sesiapa.

Dia bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan berjalan kaki. Pergi pasar malam, kedai makan tepi jalan, pergi fun fair dan banyak lagi tempat yang dia teringin nak pergi. Maklumlah zaman kanak-kanaknya dulu agak membosankan.

Sewaktu dia berjalan di pasar malam, dia ternampak seorang budak lelaki.

" Mama!" jerit budak lelaki itu. Erika yang sedang menikmati air milonya terus mendekati budak itu.

" Kenapa ni dik?" soal Erika.

" Mama, hilangg...isk..isk.. isk.. " kata budak lelaki itu sambil mengesat air matanya.

" Ya Allah...okay-okay, macamni. Adik ikut kakak kita cari mama sama-sama boleh?" soal Erika lembut. Budak lelaki itu menggeleng.

Erika tiba-tiba mendapat satu idea yang bernas.

" Adik... Kakak ada mainan tau. Kalau adik ikut kakak pergi cari mama, kakak bagi mainan tu kat adik. Nak tak?" pujuk Erika lagi. Budak lelaki itu terus memaling ke arahnya lalu tersenyum.

Erika dengan berasa lega terus memimpin tangan budak itu dan mencari ibunya.

Selepas 15 minit berpusing,

" Amir!" jerit seorang wanita yang kelihatan resah dan panik.

" Kakak..kakak.. Amir rasa tu suara mama!" Ketika itu wajah Amir nampak semakin ceria. Tanpa melengahkan masa, mereka mencari arah suara itu.

" Amir! Ya Allah...sayang pergi mana tadi?" soal ibunya sambil memeluk anak lelakinya erat. Erika yang memerhati wajah ibunya yang kelihatan gembira yang teramat turut tersenyum.

Dalam masa yang sama dia menahan air matanya daripada jatuh. Sudah lama dia tidak merasai pelukan ibunya sejak dia ke sekolah berasrama penuh sehingga kini.

" Terima kasih Cik. Alhamdulillah anak saya diselamatkan oleh orang yang mulia macam Cik. Kalau tidak tak tahulah apa nasib Amir ni," ucap wanita itu menyalam tangan Erika. Erika yang mendengarnya tersenyum manis.

" Tak ada apa-apalah. Saya sekadar membantu, selamatlah saya jumpa Puan. Kalau tak menangislah si Amir ni, " jawab Erika sambil ketawa kecil.

" Terima kasih sekali lagi yer... hanya Allah yang boleh balas jasa Cik. Terima kasih lagi sekali, kalau tak ada apa-apa kami balik dulu yer," pamit wanita itu lembut sambil memegang erat tangan anak lelakinya.

" Eh, sekejap. Hah, mainan ni untuk Amir. Jaga elok-elok tau..." kata Erika sambil menyerahkan mainan Ultraman kepada Amir.

" Eh, tak apalah Cik tak perlu pun. "

" Tak apalah, lagipun saya dah janji nak bagi mainan kat dia tadi,"

" Terima kasih yer... Amir, cakap apa dekat kakak ni?"

" Terima kasih kakak... " kata Amir tersenyum riang.

" Sama-sama Amir. Jangan nakal-nakal lagi tau..." Amir mengangguk sebelum mereka berdua beredar dari situ.

End flashback.

Sedang dia termenung melihat keindahan luar di balkoni, terdengar sebuah suara yang bernyanyi lagu kegemarannya dari belakang membuatkan Erika turut bersama menyanyi.

" We don't talk anymore, like we use to do..." sedang rancak menyanyi, akhirnya nyanyian gadis itu terhenti. Setahunya, dia tak buka lagu pun tadi. Macam mana boleh bunyi pulak ni?

Erika yang sudah berasa seram sejuk terus berpaling ke belakang dan memandang ke arah sebuah meja yang terletaknya sebuah telefon pintar milik Erika.

Dengan perlahan, dia mendekati telefon itu dengan perasaan berkobar-kobar sehinggalah sebaris nama tertera pada screen telefonnya.

" Lah, ada orang call rupanya," gumam Erika sendiri lalu menekan punat hijau dan menjawab panggilan tersebut.

To be continued...

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now