Bab 47 : MILIK ERIKA

385 28 1
                                    

" Abang. Nanti sampai jer dekat Malaysia, kita pergi rumah mama dan papa saya boleh?" Pinta Erika kepada Xander di sisi. Mereka kini berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.

" Sure.. kita boleh bagi sorvenir terus kat diorang." Kata Xander dengan senyuman lalu tangan Erika digenggam rapat.

" Thank you.." Kata Erika riang, rindu pula dia terhadap ibu bapanya itu. Yelah, habis majlis resepsi diorang haritu, Erika sudah mula menetap di rumah keluarga Xander.

" You're welcome."

...

" Assalamualaikum..." Sejurus Erika memberi salam, pintu rumahnya dibuka oleh Mak Su yang sudah lama menabur baktinya kepada keluarga Erika sejak dia kecil.

" Mak Su...rindunya Erika kat Mak Su." Kata Erika laju memeluk wanita separuh abad itu.

" Mak Su pun rindukan Erika. Jemput masuk Erika dan Tuan Ariq." Jemput Mak Su lalu menutup pintu rumah.

" Mak Su panggil saya Ariq her, tak payahlah bertuan bagai." Kata Xander ikhlas, melihat sahaja wanita yang digelar Mak Su itu mengingatkan Xander kepada Mak Tam yang sudah dianggap sebagai ibunya sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Mak Tam dah berhenti kerja a.k.a bersara dari menjadi pembantu rumah keluarga Tan Sri Aryan setahun yang lalu.

" Baiklah kalau macamtu, Erika dan Ariq duduklah dulu. Nanti Puan Sri dan Tan Sri akan turun. " Terang Mak Su lalu meminta diri untuk ke dapur.

Tidak sampai beberapa minit, kedua orang tua Erika turun bersama-sama menuju ke ruang tamu.

" Erika... rindunya mama dekat kamu." Kata Puan Sri Marissa lantas memeluk tubuh Erika erat. Xander pula bersalaman dengan bapa mertuanya Dan mereka berkumpul sekeluarga.

" Ni hadiah dari kami untuk mama dan papa." Erika menghulurkan empat buah beg kertas kepada Puan Sri Marissa.

" Macam Mana hidup berumah tangga?" Soal Puan Sri Marissa laju.

" Alhamdulillah... setakat ni kitorang bahagia jer. Tak ada apa-apa masalah." Mendengar jawapan Erika sedikit sebanyak melegakan hati Puan Sri Marissa.

" Baguslah macamtu. Masih jauh lagi perjalanan kamu berdua. Kalau jodoh kamu panjang dan dapat bertahan lama, insya Allah akan berkekalan sampai umur macam kami ni." Kata Puan Sri Marissa lagi. Erika hanya tersenyum melihat kemesraan mama dan papa di hadapannya itu.

Walaupun hidupnya dulu pernah disisihkan oleh mereka, dapat juga mereka berpeluang menjadi ibu bapa yang terbaik untuknya.

" Xander, ikut papa sekejap. Ada hal yang nak dibincangkan." Ajak Tan Sri melangkah ke ruang halaman belakang.
Xander hanya membontoti bapa mertuanya itu dengan tanda tanya.

Seram juga melihat wajah serius Tan Sri Zarif yang sebenarnya pernah ketua mafia kumpulan Vlad. Seperti yang semua tahu, Erika dan Xander ni sepupu, jadi mestilah mempunyai pertalian darah di dalam keluarga Tan Sri Daris, datuk mereka.

" Erika dah tahu?" Soal bapa mertuanya serius.

" Tahu apa?" Soal Xander dengan dahi berkerut. Tiba-tiba soalan tu yang keluar dari mulut bapa mertuanya itu.

" Ariq Xander, dah berapa lama kamu pegang takhta Vlad?!" Kini mereka berdua mula beriak dingin.

" Xander belum bersedia papa." Kata Xander melepaskan keluhan berat.

" Xander, papa faham tanggungjawab yang kamu pegang sebagai seorang ketua
mafia." Ujar Tan Sri Zarif tenang.

" Hmmm... sebenarnya saya dan adik beradik saya tak pernah tahu keberadaan Erika sebelum saya bertunang dengan dia. Kenapa ya?" Soal Xander ingin tahu.

" Perkahwinan papa dan mama Erika tak direstui black, datuk kamu." Jawab Tan Sri Zarif tersenyum pahit.

" Kenapa pula?"

" Papa ialah anak kepada musuh kumpulan Vlack. Tetapi mama Erika berdegil, jadi dia dibuang keluarga." Terang Tan Sri Zarif berwajah keruh.

" Papa kumpulan apa dulu?" Soal Xander mula berminat. Inilah masanya untuk dia mengetahui kisah silam Erika.

" Gold Roses." Mendengar jawapan itu wajah Xander pula berubah keruh. Gold Roses tidak kurang hebatnya dari kumpulan mereka dan pernah menjadi musuh utama keluarga Vlad. Kini dia faham kenapa keluarga ini hilang tanpa khabar berita.

" Papa masih berada dalam kumpulan Gold Roses ker?"

" Tak. Lepas papa kahwin dan mendapat Erika, takhta Gold Roses menjadi milik"

" Milik?"

" Erika"

To be continued...

Nampaknya banyak juga rahsia di sebalik Erika ni kan..so kalau ada apa-apa yang korang tak faham. Jangan segan untuk bertanya pada ruangan comment di bawah, tak seronoklah kalau korang tak faham betul-betul cerita ni kan.. okaylh tunggu sambungannya yerr. Sayonara!!

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now