" Awak dah bangun?" Soal seseorang membuatkan mata Erika terbuka luas.
" Saya kat mana ni?" Soal Erika kepada seorang pekerja atau lebih tepat staff nurse di situ.
" Awak dekat hospital." Jawab seseorang membuatkan Erika berpaling ke sisinya.
" Saya hampir langgar awak dan awak pengsan semalam." Jawab suara itu agak serba salah.
" Tapi salah awak jugak sebab jalan tak tengok kiri kanan dulu. Ni pun selamat saya yang baik hati ni yang hampir langgar awak. Kalau orang yang tak berperikemanusiaan silap-silap ditinggalkan jer dekat tepi jalan masatu."
" Haihh...tak sangka dalam situasi macamni pun saya dapat tazkirah percuma daripada orang yang tak dikenali." Perli Erika dengan senyuman pahit.
" Okay-okay saya mintak maaf. Adrian Razif." lelaki itu menghulurkan tangannya tanda ingin berkenalan.
" Erika Airien.." lambat-lambat dia membalas huluran lelaki itu.
" Adrian Razif, kenapa muka dia macam familiar?" Monolog Erika sendiri.
" Awak termenung apa tu?"
" Saya nak balik." Laju Erika ingin turun dari katil mujur sempat dihalang.
" Ehh sekejap. Awak mesti diperiksa dengan doktor dulu sebelum dibenarkan balik." Adrian cuba memujuk.
" Hmm okay..."
Keesokan Harinya,
Erika menghabiskan sepenuh harinya hanya bersama Anisa memandangkan hari itu mereka tidak ada apa-apa kelas. Hari terakhir Anisa berada di Malaysia. Dia turut menceritakan segala yang dirahsiakan tentang hubungannya dengan Xander walaupun ianya telah berakhir sehinggalah dia mengiringi pemergian Anisa ke lapangan terbang.
" Maafkan aku kalau aku ada salah dan silap selama kita bersama. Doakan kebahagiaan aku dekat sini yer... aku doakan kau akan dapat graduate dengan cemerlang dekat sana." Kata Erika sambil memegang tangan Anisa erat. Berat hatinya ingin melepaskan pemergian sahabatnya itu.
" Aminn... aku pun nak mintak maaf dengan kau andai ada salah dan silap. Aku doakan kau dapat kawan yang lagi ramai lepasni. Janganlah tunjuk kerek kau tu sangat. Jadi diri sendirilah..."
" Amboii...perli aku nampak."
" Alololo...Sorry sayang..." akhirnya tawa mereka meletus.
" Jaga diri dekat negara orang tau.." Erika memeluk Anisa erat sebelum.air matanya mengalir perlahan.
" Kau pun jaga diri tau...kalau rindu datanglah jenguk aku dekat sana. "
" Okay Insya Allah"
" Erika.. kau kena kuat tau. Aku tahu kau tengah sedih sebab dia." Erika hanya tersenyum nipis mendengar nasihat daripada Anisa. Mereka berpelukan buat kali terakhir sebelum Anissa masuk ke balai pelepasan.
...
Erika berjalan berseorangan menuju ke kelas.
" Ehh, mana kawan kau yang sorang tu? Takkan lari kot..." Perli seseorang yang amat dikenalinya. Lydia.
" Apa yang kau dengki sangat dekat aku? Ingatkan dah lama menghilang dari pandangan aku ni sebab kau insaf dah. Rupanya hampeh, perangai setan kau tu masih tak hilang malah bertambah-tambah" Sinis Erika lalu cepat beredar dari situ.
' Sakit hati aku tengok muka dia tu. Selamat aku sempat lari sebelum datang hero yang cuba nak selamatkan dia sekali lagi macam dulu...' Omel Erika dalam diam. Namun mengingatkan kejadian dahulu membuatkan hatinya sebak.
" Sebabkan Lydia jugak aku kenal dia..."
" Haii" terkejut Erika apabila disapa seseorang dari belakang.
" Eh, bukan ker awak yang-"
" Yang tolong awak haritu. Yelah saya Razif, takkan lupa kot?" Kata Adrian ketawa kecil.
" Taklah, saya ingat...tapi macam mana awak boleh ada dekat U ni?" Takkan ikut aku sampai sini kot? Soal Erika hairan.
" Saya pun belajar dekat sini jugaklah." Kata Adrian semakin galak ketawakan gadis dihadapannya itu. Tak sangka dia ni blur. Dahlah comel.
" Woi Adrian kat sini kau rupanya." Sapa Ryan menepuk bahu Adrian laju. Melihat sahaja wajah Ryan membuatkan Erika cuak.
" Patutlah dia macam pernah tengok muka Razif sebelumni. Dia kumpulan F4!" Wajah Erika mula pucat memikirkan siapakah gerangan ketua kumpulan F4.
" Ouhh... patutlah menghilang. Jumpa seseorang...tak nak kenalkan dekat kitaorang ker? Kan Xander? " Xander tidak menjawab malah langsung tidak memandang Erika.
Erika pula memandang Xander sayu. Sakit hatinya apabila Xander menganggapnya seperti orang asing.
" Sampai hati awak Xander..."
To be continued...
Comment and votes okayy...
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...