" Apa kau nak hah? Siapa kau ni sebenarnya?" Soal Erika tajam memandangkan ke arah gadis yang sangat dikenalinya itu. 'Lydia'
" Eh, kau tak kenal aku? Baiklah aku kenalkan nama penuh aku memandangkan kau mungkin lupa. Nama aku Lydia Aufia binti Zariel."
" Lydia Aufia? Kau-"
" Yer... aku sepupu merangkap bekas sahabat kesayangan kau dulu." Ujar Lydia jelek menyebut perkara itu.
" Bukan ker kau dah-"
" Mati? Hahahah! Yes, pandaikan aku berlakon?" Lydia semakin galak memainkan watak jahatnya. Tambahan pula melihat keadaan mak buyung yang diikat lemah di atas kerusi dihadapannya kini.
" Lagi satu mesti kau pelik kenapa wajah aku lain kan?" Erika tertunduk lemah, air mata yang ditahan akhirnya bergenang di tubir mata.
" Semua ni disebabkan kumpulan Vlad, tanpa sebarang sebab kami diserang 12 tahun dahulu!" Tengking Lydia Aufia.
" Tapi apa yang kau nak dari aku selama ni? Apa salah aku dekat kau Fia?" Soal Erika menahan sebak. Tidak disangka satu-satu sahabat yang meninggalkannya itu ialah musuhnya kini.
" Misi aku senang jer. Aku sebenarnya nak bunuh Xander. Mesti kau pelik apa kaitan dia dengan aku?" Soal Lydia sinis sambil menjilat sebilah pisau seperti orang pshyco. Erika pula hanya menelan liur kasar melihat kelakuan Lydia yang agak menakutkan itu.
" Sebab family dia pernah cuba nak bunuh keluarga kita Erika! Tapi apa yang uncle Zarif nampak sangat dekat mama kau tu sampai dia tergila-gilakan sangat anak musuh kita dari kumpulan Vlad tu?!" Keji Lydia berang. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat dimana semua musuh lenyap dari dunia, dan Gold Roses pula bermaharaja lela.
" Tapi tulah, disebabkan kebodohan kau yang sama macam bapak kau tu aku kena lenyapkan kau sekali sekarangni."
" Apa salah keluarga Xander? Semua ni salah Black, Datuk Xander, Xander dan yang lain Tak ada apa-apa dalam hal ni! Tak cukup lagi ker takhta Gold Roses yang aku bagi dekat ayah kau?" Soal Erika tidak berpuas hati. Diikutkan hati, mahu saja dilunyaikan perempuan tak guna itu hidup-hidup.
Namun apakan daya, kudratnya kini membatasi segalanya. Itulah yang membuatkan dirinya rasa tidak berguna ketika itu, adakah cara lain untuk dia dilepaskan selain merayu dari perempuan tak guna di hadapannya itu?
" Tak Erika. Selagi kau hidup, aku dan ayah aku takkan bahagia. Dan kami nak tuntut bela atas kematian mama aku yang kena bunuh dengan keluarga suami kau tu!"
" Kau tahu tak Erika, aku tak sangka Xander hidup sampai sekarang sedangkan dia dah kena langgar dengan lori treler dua tahun lepas."
" Betullah orang kata, orang yang banyak dosa ni memang liat nak mampus!" Sinis Lydia seraya katawa jahat.
" Hah, kau nak tahu tak macam mana mama dan papa kau mati?" Soal Lydia mengejutkan Erika. Bagai mahu gugur jantungnya mendengar soalan Lydia ketika itu.
" Mesti kau nak tahu kan? meh aku ceritakan. Sepatutnya diorang on the way balik KL petangtu dan nak sampai dah pun. Waktu sampai dekat trafik light tiba-tiba jer bammm!! kereta diorang kena rempuh lori! kesiankan?" Sengaja Lydia membuat wajah kesian dan berpura-pura menangis.
Pada ketika itu, wajah Erika makin laju bermandikan air mata. Terbayang wajah ibu bapanya yang terantar tidak bermaya.
" Kau memang sama macam dulu kan Erika?"
" Susah sangat nak percayakan orang, even suami kau sendiri pun kau buang jauh-jauh. Kesian pulak aku dengan dia tu. Tak sangka pulak rancangan aku berjaya."
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...