Keesokan harinya, kelas mereka bermula dari pagi hingga lewat petang pada hari itu.
Namun Erika langsung tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Dia memang tak ada mood nak bercakap, seharian dia diam jer walaupun Lydia dan Maya mengganggunya.
Fikirannya hanya melayang mengingatkan keadaan Xander yang masih terlantar di hospital. Tambahan pula tiada siapa yang tahu tentang perkara semalam melainkan dirinya.
Waktu pulang,
Erika dan Anisa sedang mengemas barang di loker mereka. Memandangkan loker mereka hanya sebelah-menyebelah.
" Erika, kau okay tak? Aku nampak fikiran kau sekarang ni bukan ada dekat sini pun tapi dekat hospital," Anisa membuat loyar buruk cuba untuk menceriakan sahabatnya.
" Hah hospital?" terkejut Erika selepas mendengar andaian Anisa yang benar-benar tepat.
" Hei, chill lah, aku melawak jer kot.
Don't take it serious okay," ketawa Anisa lagi setelah melihat reaksi sahabatnya yang terkejut tidak tentu pasal." Hmm..." Erika mengeluh kecil tetapi masih mampu didengar oleh Anisa dan Anisa hanya menggeleng perlahan.
" Kau okay tak ni? Kalau ada masalah kau boleh share dengan aku," ujar Anisa memandang sahabatnya dengan penuh kerisauan. Sikap Erika memang sangat pelik ketika itu, namun apabila ditanya,
" Aku okay jer, cuma penat sikit," begitulah jawapannya. Sepuluh kali ditanya jawapan itu juga yang bermain dibibir Erika.
" Eh, kau nampak Xander tak? Seharian aku tak nampak dia," ujar seorang lelaki bersama dengan rakan-rakannya yang kebetulan lalu di belakang mereka berdua ketika itu.
Mendengar soalan itu membuatkan wajah Erika berkerut. Macam-macam perkara yang dirisaukan ketika itu. Dia juga ada terfikir yang Xander mungkin cuba untuk membunuh dirinya semalam. Hal itu menambahkan lagi keresahan di hatinya.
" Weh Erika, jom makan kat cafe nak tak? Aku laparlah," ajak Anisa namun soalannya tidak dijawab.
" Erika! kau kenapa ni? Aku risaulah tengok kau harini," soal Anisa semakin hairan dengan sikap Erika pada hari itu.
" Hah? Wei, aku ada kerja nak buatlah kat rumah. Anything just call me okay? Aku pergi dulu. Bye," Kata Erika tergesa-gesa dan terus berlari keluar.
Dia menelefon pemandunya dan terus pulang ke rumah.
...
Setibanya di rumah, dia terus bersiap untuk keluar. Memandangkan Puan Sri dan Tan Sri tiada di rumah selama seminggu peluangnya untuk keluar dari rumah sangat cerah. Tepat pada pukul 8:00 malam, dia terus keluar dari rumah dan menelefon grab terus menuju ke hospital.
YOU ARE READING
Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]
Romance⚠️ Amaran keras, jangan menciplak cerita ini tanpa kebenaran saya. Tak marah pun, nasihat... -Siri Pertama- Ariq Xander, putera sulung kepada sebuah keluarga jutawan terkemuka di Malaysia dan juga ketua kumpulan F4. Oleh kerana sifat ahli kumpulan F...