Bab 21 : KEKASIH

496 27 4
                                    

" Hai Ika..." Erika terhenti daripada lamunannya. Dia memandang Xander dengan seribu persoalan. Lambat-lambat dia menjawab sapaan Xander.

" Awal awak datang harini?" Soal Xander membuka bicara.

" Awak yang datang lambat kata dekat saya pula." Erika mula mencebik membuatkan Xander tersenyum.

" Sorry..."

" Takpe..." jawab Erika dengan senyuman.

" Lama tak jumpa kan?" Soal Xander lagi memecahkan kesunyian.

" Yelah.. saya pun sibuk. Tolong mak meniaga." Tipu Erika. Xander hanya mengangguk. Dia sudah dikhabarkan dari Erika tentang latar belakang gadis itu.

" Hmm... saya teringin nak jumpa family awak." Erika terus kejung mendengar pernyataan Xander.

" Bukannya apa, saya ada bercadang nak bawa awak jumpa parents saya. Bolehkan?" Lama Erika berdiam. Otaknya mula ligat berfikir.

' Ya Allah, apa yang aku nak cakap ni? Adakah ini balasan sebab aku tipu dia? Adakah semuanya akan berakhir macamni?' Pelbagai sesalan mula menerjah mindanya. Inilah yang selalu merunsingkan dirinya sejak latihan kali kedua dia bersama Xander di Universiti. Sedangkan perkara itu telah berlalu seminggu yang lalu.

" Ika...Ika..? awak okay tak ni?" Erika tersentak sekali lagi.

" Awak ada masalah ker?"

" Ataupun sebab saya tiba-tiba nak bawa awak jumpa parents saya? Sorrylah kalau awak tak nak-"

" Bukan tak nak tapi..." potong Erika sebelum Xander membuat spekulasinya sendiri.

" Atau belum bersedia?" Tekaan Xander membuatkan Erika mengangguk laju.

Erika menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum malu. Xander pula hanya memandang gadis di hadapannya itu dengan tawa manis yang mampu mencuit hati para gadis.

" Saya nak tanya satu lagi soalan boleh?"
Soal Xander dengan sopan.

" Boleh jer..tanyalah."

" Hmmm... awak rasa saya ni siapa?"

" Saya rasa...awak ni seorang yang segak, baik hati, kaya, stone cold dan antara yang famous dekat u."

" Eh, bukan macamtu maksud soalan saya." Kata Xander menggosok belakang tengkuknya.

" Habistu?" Berkerut dahi Erika dibuatnya. Dia bukan nak aku discribe dia ker?

" Tapi... macam mana awak tahu saya famous kat u? dan kenapa awak kata saya ni stone cold?" Soalan cepu emas dari Xander mengunci lidah Erika.

" Ermmm... sebab awak kan kaya dan kacak. Mestilah famous. Kan?" Erika menayang wajah yakin bagi menghilangkan gugupnya.

" Ouhh... tapi yang stone cold tu? saya tak pernah tunjuk muka dan perangai stonecold saya dekat awakkan?"

" Sa..saya agak jerr.. Kenapa? Awak memang stone cold ker?" Xander pula terdiam mendengar soalan perangkap dari Erika sebelum dia menjawab.

" Ya. Saya memang stone cold pun dekat u." Mengaku Xander selamba. Namun riak Erika yang biasa mula menimbulkan keraguan Xander.

" Tapi dekat awak jer saya tak tunjuk. Boleh nampak tak apa istimewanya awak dalam hidup saya?" Mendengar pernyataan itu membuatkan Erika tersenyum. Hatinya mula berbunga-bunga.

" Ika.."

" Ya?"

" Nak tak awak jadi kekasih saya?"soal Xander tersipu-sipu. Tambahan pula apabila langsung tiada jawapan dari si gadis membuatkan pemikirannya mula bercelaru.

" Relaks Xander... apasal menggelabah sangat ni? Mana stone cold kau yang sentiasa ada dekat kau ni? Sembunyi mana pula?" Omel Xander di dalam hati.

" Ke..kenapa tiba-tiba ni?"

" Sebab saya cintakan awak" Jawab Xander tenang. Ya dia harus bersikap tenang dalam keadaan begini.

Mendengar pengakuan Xander membuatkan Erika tergamam. Tidak lama selepas itu wajahnya mula berubah merah.

"Jangan blushing please.." gumam Erika di dalam hati. Namun perasaannya yang mula melonjak naik membuatkan emosi dan fikirannya tidak dapat dikawal. Sehinggalah dia perasan Xander hanya menjadi sang pemerhati sejak tadi.

" Ke...kenapa awak te...tengok saya macamtu?" Soal Erika tergagap rasa malunya semakin menebal ketika itu.

" Sebab saya kagum melihat ciptaan tuhan yang indah macam awak."

...

" Argghhhh!!" Jerit Erika sambil menekup mulutnya pada bantal. Pipinya masih merah selepas perjumpaannya dengan Xander tadi.

" Kenapa awak sweet sangat?!" Tidak keruan jadinya setelah menerima pickup line bersemut dari Xander. Banyak pulak tuu..

Erika kemudian mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka galeri. Di belek satu persatu gambarnya bersama Xander sambil berguling-guling di atas katil.

Hatinya berbunga-bunga mekar ketika ini. Dia sudah menerima Xander sebagai teman lelakinya.

" Macamni ke rasa orang bercinta?" Soal Erika pada dirinya sambil tersenyum-senyum. Sesekali dia menggeleng apabila teringatkan sikap manjanya yang telah ditonjolkan semasa dengan lelaki itu dari dulu sehingga kini.

" Tapi, kalau dia tahu siapa Ika yang sebenarnya...adakah semuanya akan berlalu indah macamni?" Senyuman Erika mula pudar. Virus negatif mula merebak ke seluruh benak pemikirannya. Lama dia termenung sebelum akhirnya terlena dibuai mimpi.

Xander's POV,

" Haihhh...kau buat aku gila Ika. Gilakan kau!!" Xander tersengih seorang diri sambil mata memandang ke arah siling biliknya.

" Tapi... macam mana dia boleh discribe aku benda yang aku tak pernah bagitahu dia? Dia macam dah lama kenal aku."

" Eh, tak ada apalah. Dia agak-agak jer.. kebetulan pula betul. Kan?"

To be continued...

Sorry to all the readers sebab dah lama  tangguh sebelum update bab baru. Tapi author harap korang enjoy yerr... Sayonara😊

Comment and votes okayy...

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now