Bab 69 : XANDER?

411 26 0
                                    

Xander mengerling ke arah seseorang yang berada di tempat duduk penumpang. Erika hanya melayan perasaannya sendiri membuang pandangan keuar tingkap.

" Kita nak pergi mana dulu ni?" Soal Xander memecahkan kesunyian.

" Ikutlah, awak yang ajak saya keluar." Balas Erika acuh tak acuh. Terkejut jugak dia bila tiba-tiba Xander kalut suruh bersiap lepas zohor tadi. Nak tak nak dia ikut jelah. Lagipun dah lama tak menghirup udara segar. Tak naklah jadi pekasam basi dalam rumah tu.

" Hmmm...kita pergi makan dululah macamtu. Sayang nak makan dekat mana?" Soal Xander lagi cuba me

" Saya ikut jer..."

" Kalau pergi McD pun takpe, tak jauh dari sini." Jawab Erika setelah lama berdiam. Pandangan Xander terus beralih setelah mendengar jawapan panjang Erika.

' Haihh... kalau nak pergi McD bagitahulah terus, nak jual mahal lagi.' Monolog Xander sambil memandang Erika tanpa dia sedari Erika turut memandangnya ketika itu.

" Awak kalau nak drive tengoklah depan, kang excident satu apa pun tak dapat." Perli Erika pedas menyentakkannya.

" Ehermm!" Sengaja Xander mendehem bagi menghilangkan rasa canggung lalu fokus pada pemanduannya kembali. Malu woi!!

Mc Donald's,

" Sayang nak makan apa? biar abang yang order." Soal Xander setelah mereka mengambil tempat di dalam bangunan Mc Donald.

" Saya nak ayam goreng spicy dengan ice lemon tea. Lagi satu awak order menu baru yang dalam tv baru-baru ni. Saya tak ingatlah apa, tapi menu burger Thai apa tah, awak tengoklah." Jawab Erika laju. Xander pula sudah tersenyum sampai ke telinga, Erika sekarangni kalau bab nak makan cepat jer dia sejuk. Actually author yang lupa menu apa tu...heheheh

" Other else?" Soal Xander lagi meminta kepastian.

" Hmmm..nak Mc flury satu."

" Okay siap!" Sengaja Xander membuat lagak tabik hormat. Pandangan orang disekeliling tidak diendahkan malah laju sahaja Xander menyertai para pelanggan yang sedang beratur di hadapan kaunter Mc Donald. Pada masa yang sama, senyuman nipis terlakar di bibir Erika.

...

" Kita nak pergi mana lagi ni?" Soal Erika memandang langit yang mula gelap. Lepas diorang makan tadi, Xander ajak pergi shopping sampai 5 jam pusing. Solat pun singgah dekat dalam mall jer.

Beli apa? Xander tiba-tiba ajak dia beli barang baby. Dia pulak? Ikut jelah. Bila lagi nak beli barang keperluan baby? Xander kan sibuk berkerja semenjak dia menjak ni.

Erika sebenarnya dah dapat kesan tindak tanduk Xander selamani dan usaha yang Xander buat semua ni untuk ambik hati dia balik. Dia mestilah sengaja jual mahal! Nak tengok juga sejauh mana Xander sanggup buat?

Pertanyaan Erika sebentar tadi hanya dibiarkan sepi membuatkan Erika semakin panasaran.

" Hello? Am I the one who still alive?" Ambik!! Tak pasal-pasal Xander kena setempek.

" Can you just quiet?" Bidas Xander pula mengunci mulut Erika yang dari tadi tak henti mengomel. Ada yang kena cium kang!

Tidak lama selepas itu, Xander menghentikan keretanya di tepi jalan membuatkan Erika menelan liur kasar. Tidak lama selepas itu, tangan Xander laju sahaja menanggalkan tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta.

Namun belum sempat Ariq Xander melangkah keluar, tangannya ditarik seseorang membuatkannya beralih.

" Awak nak pergi mana?" Soal Erika dengan wajah yang semakin pucat. Entahlah, kenapa dia rasa tak sedap hati pulak bila tengok sekeliling kawasan yang langsung tak ada kereta dan gelap gelita.

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now