Bab 41 : RAZIF?

445 25 0
                                    

" Abang nak kita naik kereta sekali ataupun asing?" Soal Erika sambil membetulkan tali leher Xander. Selepas bercuti dia hari yang lalu, tibalah masa mereka semua menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri yang berkerjaya.

Erika sangat senang hati dengan keizinan Xander untuk dia terus menjadi seorang peguam. Katanya dia tidak kisah untuk Erika bekerja seperti biasa namun aib keluarga dan suami sentiasa dijaga.

" Kita naik sekalilah, nanti waktu balik sayang call Fazli untuk ambil."

" Okay... jom turun breakfast." Mereka berdua jalan beriringan turun ke tingkat bawah lalu menuju ke meja makan.

" Sedapnya nasi goreng kampung ni." Puji Xander sambil menyuapkan nasi itu ke dalam mulutnya laju.

" Memanglah sedap, isteri kamu yang masak harini." Kata Puan Sri Melissa tersenyum. Serta merta pandangan Xander beralih ke arah Erika yang tersipu.

" Sedapnya sayang masak. Nanti setiap harilah sayang masak." Kata Xander lembut membuatkan Erika tersenyum sampai ke telinga.

" Elehh abang ni... Tak payah nak buat romantik sangat eh dekat sini. Menyampah Alisa tengok."

" Kalau tak nak tengok sila berambus dari sini. Kacau jerr..." Alisa memutarkan bola matanya tanda menyampah. Annoying!!

" Haih..Ariq ni, dah kahwin pun masih suka mengusik adik kamu." Kata Puan Sri Melissa. Tan Sri Aryan pula menggelengkan kepala melihat telatah anak beranak itu. Sebenarnya inilah keluarga yang diimpikannya selama ini.

...

" Selamat pengantin baru Puan Erika." Ucap semua yang berada di pejabat mereka sebaik sahaja Erika memanglah masuk ke dalam pejabat.

" Terima kasih semua..." Kata Erika tersenyum gembira. Sungguh dia bahagia tentang perkahwinannya ini. Mungkin kerana suaminya ialah Xander cinta sejatinya sejak dulu.

Di dalam pejabat Erika,

" Puan Erika, kita ada client baharu yang nakkan puan sebagai peguam."

" Kes apa?"

" Hmmm...kes pecah amanah juga. Sejak puan menang dalam kes terbesar haritu, ramai VVIP yang nak jadikan puan sebagai peguam mereka." Nadiya memberi andaiannya manakala Erika mengeluh perlahan.

' Diorang ingat aku ni jenis peguam yang makan rasuah ker?' Gumamnya sendiri. Selepas kes Xander, Ada 3 kes pecah amanah yang berada di bawah guamannya termasuk kes kali ini.

" Boleh saya tahu siapa client kita kalini?" Soal Erika ingin tahu.

" I client you..." Kata seorang lelaki menapak masuk ke dalam pejabatnya.

" Ra...Razif..."

" Adrian, call me Adrian."

...

Erika memandang siling pejabatnya dengan fikiran yang runsing.

Adrian, seorang lelaki yang pernah menjadi penawar lukanya gara-gara perbuatan Xander.

Walaupun Adrian tahu tanggapan Erika terhadapnya hanyalah seperti seorang kawan, Adrian masih menaruh harapan pada Erika.

Flashbacks,

" Saya cintakan awak Erika, malah cinta saya lebih tinggi daripada cinta Xander." Luah Adrian kepada Erika pada hari graduasi mereka.

" Sudi tak awak jadi kekasih saya?" Pinta Adrian dengan penuh pengharapan.

" Maafkan saya Razif, cinta tak boleh dipaksa." Jawab Erika dengan rasa bersalah.

" Tapi cinta boleh dipupuk. Saya akan tunggu sampai hati awak terbuka untuk saya." Kata Adrian lagi ingin meyakinkan gadis pujaannya itu.

" Malangnya, hati saya belum terbuka untuk menerima sesiapa."

" Huh, awak masih tak dapat lupakan Xander?" Sinis Adrian terasa hati. Ya, dia tidak tahu apa kelebihan sahabatnya itu sedangkan banyak kekurangan.

" Saya dah lama lupakan dia. Tapi luka di hati saya belum sembuh. Menerima seseorang di dalam hidup saya waktu ini umpama menabur garam pada luka yang sudah berdarah." Kata Erika tegas sebelum melangkah pergi.

" Saya tak kisah selama mana pun. Awak akan menjadi milik saya satu hari nanti." Kata Adrian penuh dengan perasaan, namun Erika hanya membiarkan kata-kata itu berlalu pergi.

" Maafkan saya Adrian Razif..."

End Flashbacks.

To be continued...

Comment and vote okayy..

Hatred Love -Book 1- [COMPLETE]Where stories live. Discover now