Bab 4

594 13 0
                                    

Tunku Mat Akib menyusun sembah dari tempat duduknya yang paling hampir dengan tahta.”Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun. Ada-pun keselamatan Negeri Kedah Darul’Aman ini berada dalam keadaan terkawal. Kota Siputih masih dijaga oleh Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan. Kota Ulu Merpah dijaga oleh Datuk Paduka Maharaja Pahlawan Berma Raja,Kota Bukit Meriam sampai ke Kerian dijaga oleh Datuk Tan Derma Dewa,manakala Pulau Langkawi masih dijaga oleh Datuk Seri Kerma Jaya.Tiada ancaman musuh yang diterima setakat ini.Kejadian di Kuala Kedah yang baru disampaikan oleh Datuk Panglima Dermang hanyalah perkara kecil yang tak perlu diperbesar-besarkan. Ampun Tuanku.”

“Sembah durhaka patik sembahkan,”Bujang menyampuk sambil menyusun sembah, perbuatannya mengundang jelingan tajam dari pemangku Bendahara.”Pada akal bicara patik,perkara keselamatan bukan perkara kecil.Patik yakin semua pintu kuala di negeri Kedah ini sudah dikepung pihak musuh.Malahan,kawasan istana ini juga turut dikepung.”

Kata-kata Bujang itu mengejutkan baginda serta ramai pembesar lain.

“Bagaimana kamu tahu tentang perkara ini,Bujang?”tanya baginda.

“Firasat patik,”ujar Bujang dengan tenang.”Firasat patik mengatakan begitu.”

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,”Panglima Dermang cepat-cepat mencelah bila para pembesar mula berbisik-bisik sesama sendiri.”Patik sokong pandangan sahabat patik ini.Pada pengamatan patik,negeri ini memang sedang diancam Angkatan Perang dari luar.Dan,patik percaya kita semua sudah dikepung musuh,hanya khabar beritanya belum kita terima.”

“Jika sudah demikian,hantar utusan ke seluruh pelusuk negeri pada malam ini juga,” titah baginda kepada semua pembesar.”Kerahkan semua pendekar dan hulubalang bersiap-sedia.Letakkan meriam,lela dan rentaka di sekitar istana.Keluarkan bahan letupan,senjata serta kelengkapan dari gedung.”

Tiba-tiba Tunku Mat Akib menyusun sembah mencelah,”Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun.Usah duduk sebelum melunjur,mendengar guruh di langit air tempayan usah dicurahkan,ampun Tuanku.”

“Apa salahnya kita sediakan payung sebelum hujan,”baginda turut berkias.”Bersurai semua.”

Semua pembesar menyusun sembah ketika baginda Sultan,permaisuri dan raja muda berangkat meninggalkan balai rong seri. Bujang juga tidak terkecuali.Alat bunyi-bunyian yang terdiri dari gendang,serunai dan gong kedengaran dari sudut balai. Setelah mereka bertiga pergi,barulah para pembesar bangun dan bersurai meninggalkan tempat duduk masing-masing.Bunyi-bunyian pun dihentikan.

“Bujang,mari ikut Datuk,”Panglima Dermang mengajak Bujang.Bujang dibawa keluar dari bangunan istana dan ditunjukkan balai tetamu.”Tunggu di sini.Datuk hendak menemui Ketua Hulubalang tentang jawatanmu.”

Bujang patuh pada arahan Panglima Dermang.Setelah Panglima Dermang menghilang semula ke dalam istana,Bujang termangu-mangu seorang diri di balai tetamu itu. Dia pun merebahkan

badan di atas tikar mengkuang,bungkusan pakaiannya dijadikan bantal.Baru terasa letih setelah sehari suntuk mengembara meninggalkan kampung-halamannya.Akhirnya,dia terlelap.

Di Kuala Kedah,Kuntum masih belum tidur meskipun malam kian larut.Suasana sunyi sepi kecuali bunyi dengkuran emaknya dari bilik sebelah. Ayahnya keluar menjaga keselamatan kampung.Bila teringatkan  Bujang,dia meraba ke bawah bantal lalu mengeluarkan sebilah kerambit pemberian abangnya itu. Kerambit itu lebih kecil dan sesuai dipakai sebagai cucuk sanggul. Kuntum bangun menguak jendela.Alam di luar jendela cerah bermandikan cahaya bulan.Dihunusnya kerambit itu.Dengan bantuan cahaya bulan,dia memeriksa mata kerambit yang tajam bak sembilu itu. Kerambit itu disarungkan semula.Dia termenung di jendela mengenangkan abangnya yang jauh di istana. Rasa sebak menyebabkan airmatanya mengalir perlahan-lahan tanpa disedari.Kasih-sayang pada abangnya begitu mendalam,namun tiada tempat untuk dicurahkan perasaan itu.Untuk menceritakan pada ibu dan ayahnya,dia segan. Untuk meluahkan pula pada Bujang,..ah,dia malu.Kadangkala terlintas juga dalam hatinya bahawa dia tidak akan kahwin selagi belum menemui calon suami seperti abangnya.Kalaulah Bujang bukan abangnya…!

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now