Bab 56

252 11 7
                                    

"Beta bernama Puteri Mayang Sari,anak kepada Raja Abal Yusuf,berasal dari Negeri Antah Berantah,” perempuan muda itu memperkenalkan diri. Chendana dan Balqis pandang-memandang kehairanan. “Negeri Antah Berantah?”Balqis mengerutkan dahinya.”Tak pernah dengar pun nama negeri itu. Di mana letaknya?” “Di alam bunian,”jawab Mayang Sari ringkas. Sekali lagi Chendana dan Balqis bertukar pandangan. “Jangan bergurau dengan kami,”Balqis beri amaran.”Kamu kenal siapa kami?” “Tunku Balqis dan Tun Chendana,isteri Panglima Agung,”Mayang Sari berterus-terang tanpa berselindung lagi.”Beta kemari memohon izin dari cik puan berdua, Bermohon izin untuk berkahwin dengan Panglima Agung.” Chendana dan Balqis semakin tercengang. Belum pernah perkara seumpama itu berlaku dalam sejarah hidup mereka. “Mintalah izin darinya,mengapa minta izin dari kami,”suara Balqis berbaur cemburu. “Kami sudah pun bertunang,”Mayang Sari tidak pandai berbohong.”Kami akan melangsung-kan perkahwinan pada bila-bila masa.Cik puan berdua sebagai isteri tua harus dimaklumkan secara beradat.” “Siapalah kami hendak menahan abang Bujang berkahwin lain,”Chendana meluahkan perasaannya sebagai isteri.”Tapi,..berkahwin dengan orang bunian….!” “Orang bunian juga manusia biasa seperti cik puan berdua,”Mayang Sari menerangkan lebih lanjut.”Cuma alam kita berbeza.Kami hidup di alam ghaib,alam yang terselindung dari pandangan mata kasar manusia.” “Bagaimana Tuan Puteri berjumpa dengan Panglima Agung?”tanya Balqis lebih bersopan. “Itu adalah rahsia kami berdua,”Mayang Sari menjawab dengan lembut tetapi tegas. “Kalau kami tidak izin?”Chendana menentang mata Mayang Sari dengan berani. Mayang Sari tersenyum.”Perkara yang baik kenapa harus dihalang?Perempuan yang rela bermadu,akan dibina sebuah mahligai emas buatnya di syurga nanti.” Chendana dan Balqis terdiam.Kata-kata itu meninggalkan kesan mendalam di hati mereka. “Boleh kami hadiri majlis perkahwinan itu kelak?”Chendana berlembut semula. “Bergantung pada taraf keimanan dan ketaqwaan,”Mayang Sari meletak syarat.”Kami tidak mengundang sebarang manusia ke alam kami.Orang itu mestilah jujur,ikhlas,amanah dan bercakap benar.” Sekali lagi kata-kata Mayang Sari itu berbekas di hati Chendana dan Balqis. “Urusan sudah selesai,izinkan beta pulang ke istana,”Mayang Sari menghulurkan tangan bersalam dengan bakal madunya.”Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam,”balas Chendana dan Balqis serentak. Sebaik sahaja tangan dilepaskan, Mayang Sari terus ghaib dalam sekelip mata.Lenyap begitu sahaja. “MasyaAllah..!”jerit Balqis,terperanjat lagi. “Astaghfirullah..!” Chendana turut mengurut dada. Kemudian masing-masing terdiam,mulut bagaikan terkunci. Seolah-olah mereka belum percaya apa yang baru mereka saksikan dan dengar.Namun,bila dicium tangan masing-masing yang masih berbau wangi,baru mereka yakin mereka tidak bermimpi.Mayang Sari memang wujud. Ketibaan Bujang di Demak dua hari kemudian iaitu pada hari Selasa 8 Muharam 1063 Hijrah bersamaan dengan 31 Oktober 1652 Masehi ibarat mimpi menjadi kenyataan.Kalau sebelum ini dia hanya mendengar sejarah perjuangan Wali Sembilan atau Wali Songo dalam mengembangkan syiar Islam ke seluruh Tanah Jawa setelah mengalahkan Kerajaan Hindu Majapahit,kini dia dapat melihat sendiri kesan-kesan peninggalan dari perjuangan merela. Di saat lancang pimpinan Lela Wangsa selamat berlabuh tidak jauh dari pantai Pelabuhan Jokjakarta,Bujang singgah di makam Sunan Kalijogo di Desa Kadilangu dan makam Ratu Kalinyamat di Japara. Sunan Kalijogo atau nama sebenarnya Raden Mas Syahid memang tidak asing lagi baginya. Manakala Ratu Kalinyamat merupakan sahabat baik dan juga salah seorang guru arwah ibunya yang turut sama berperang menentang Portugis dulu. Selepas itu Bujang menziarahi pula makam Raden Patah,Raden Terenggono dan Darmokusumo.Kali ini hanya Panglima Kahar ikut sama manakala yang lain tidak sabar-sabar lagi hendak singgah membeli-belah di pekan.Sampai di Masjid Demak,mereka terpaksa berpisah buat sementara waktu kerana Bujang ingin bermalam di situ. Panglima Kahar menemani mereka ke pekan demi menjaga keselamatan. Ketika Bujang tiba di hadapan pintu gerbang Masjid Agung Demak yang berbumbung tiga lapis itu,hari sudah pun petang. Mereka yang bersembahyang jemaah asar sudah pulang ke rumah masing-masing.Kawasan pekarangan masjid itu sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. Walaupun begitu,fitrah Bujang dapat mengesan kehadiran penghuni-penghuni halus yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Sementelah pula,bulu romanya meremang dan bulu tengkuknya tegak berdiri. Bau wangi yang datang entah dari mana sentiasa memenuhi rongga hidungnya. Cuping telinganya juga berdesing lembut dan sekali-sekala terasa seperti ditiup bayu yang sejuk nyaman. Pengaruh Jawa,Champa dan Patani jelas ketara pada rupa bentuk Masjid Agung Demak. Susunan bumbungnya berbentuk bunga teratai yangmana mukanya terlungkup ke bawah. Tiangnya kira-kira dua puluh batang,tidak termasuk tiang seri dan tiang peranggap di dalam.Masjid itu mempunyai beberapa buah pintu dengan pintu tengahnya berukir gambar petir manakala di bahagian dalam terukir gambar penyu atau bulus dalam bahasa Jawa. Bujang menjenguk ke dalam melihat tiang seri yang terdiri dari susunan serpihan kayu atau tatal sebagai lambing ikatan perpaduan ummah.Tiang seri itu dibalut dengan kulit kaldai. Badan Bujang berpeluh setelah puas berjalan-jalan.Dia perlu masuk ke dalam untuk beramal.Kampitnya telah ditinggalkan dalam pedati. Dia hanya memakai pakaian hijau sedondon serta berkeris dua.Tetapi,dia belum mandi lagi. Badannya berbau dan kurang selesa. Dia pun berlegar di luar masjid mencari perigi atau kolah supaya boleh dia mandi membersihkan diri. Akhirnya dia terpandang seorang tok siak sedang menyapu daun-daun kering. Tok siak itu memakai sorjan dan bangkon,pakaian kegemaran orang-orang Jawa. “Assalamualaikum,”Bujang bertanya dari jauh.”Di mana tempat mandi?” Sambil menjawab salam,tok siak itu menuding ke belakang masjid tanpa memandang pada Bujang. Bujang mengucapkan terima kasih,lantas bergegas ke tempat yang ditunjukkan. Memang benar di situ terdapat sebuah kolah yang besar serta beberapa buah perigi. Tempat mandi yang dibuat berdinding juga kelihatan. Beberapa helai kain basahan ditinggalkan di jemuran. Bujang mencapai sehelai kain basahan,kemudian masuk ke tempat mandi. Dia mandi membersihkan diri, membuang segala daki dan peluh yang melekat sejak pagi tadi.Baru badannya terasa segar. Dia mengeringkan badan dengan kain basahan sebelum menyarungkan semula pakaian yang dipakainya tadi.Dia membetulkan rambutnya dengan jari-jemari. Terjumpa sebatang sisir entah milik siapa,dia menyisir pula rambut.Selepas mengambil wuduk,dia menyisip kedua-dua kerisnya ke pinggang dan melangkah masuk ke dalam Masjid Agung Demak. Tiada sesiapa pun di situ kecuali dirinya. Saf paling hadapan menjadi pilihannya supaya mudah mendengar bacaan imam. Namun,tempatnya di hujung sekali di sebelah kanan. Di situ dia mendirikan solat sunat. Sementara menunggu masuknya waktu maghrib,dia melakukan zikrullah.Bacaan zikirnya tersembunyi di celah lipatan hati.Namun,kesan dan kuasanya meresap ke jantung,paru-paru,memenuhi dada,naik ke muka,meresap ke otak,turun ke cakra di bawah pusat dan seterusnya ke lain-lain cakra sebelum kembali semula ke hati.Begitulah dilakukan berulang-ulang,bukan sahaja di masjid tetapi di mana- mana ada kesempatan. Ringkasnya,selagi dia bernafas,selagi dia belum tidur,ketika melakukan apa sahaja di mana-mana jua,zikrullah sudah menjadi amalan istiqamah,menjadi darah-dagingnya. Para makmum muncul seorang demi seorang,berjubah dan berserban. Ada juga berpakaian cara orang Jawa,siap dengan sorjan dan bangkon.Terdapat beberapa orang berpakaian sepertinya iaitu pakaian pendekar dan hulubalang,semuanya memakai senjata yang terselit di pinggang. Satu demi satu saf diisi sehingga akhirnya semua saf penuh,tiada ruang lagi untuk makmum lain.Imam belum muncul,tempatnya masih kosong.Para makmum melakukan amalan sunat masing-masing. Sekonyong-konyong,bunyi azan berkumandang memenuhi ruangan masjid.Bujang cuba mencari tukang azannya tetapi tidak kelihatan.Suara azan itu agak parau,datang dari arah mimbar dan meremangkan bulu roma. Seluruh ruang tiba-tiba berbau harum yang bercampur-aduk dengan haruman bunga,kasturi,zafaran dan lain-lain haruman yang tidak ketahui jenisnya.Suara makmum menjawab azan itu bergema seperti bunyi lebah.Habis sahaja muazin melaungkan azan,tiba-tiba sahaja Tok Imam sudah tercegat di tempatnya.Berlainan dengan makmum,Tok Imam berjubah hijau dan berserban kuning,kain yang diselempang di atas bahu kelihatan seperti kain songket. Selesai melakukan solat sunat,Tok Imam pun memimpin semua makmum mengerjakan solat maghrib dengan penuh syahdu.Bacaan Tok Imam jelas dan lantang.Sebutan ayat-ayat tepat serta tidak bersalahan.Namun,surah yang dipilihnya begitu panjang sehingga Bujang terasa kebas-kebas seluruh badan. Selesai solat maghrib,Tok Imam memimpin pula bacaaan wirid. Wiridnya juga panjang-panjang,dibaca berlagu dan lanjut-lanjut,kepala digoyang ke kiri dan ke kanan sehingga menimbulkan satu macam kenikmatan atau zuq.Bacaan doa seperti lazimnya. Namun,Bujang yang memahami sedikit-sebanyak bahasa Arab mendapati bahawa doa-doa itu turut diselitkan tentang majlis aulia,majlis syurak serta perkara-perkara yang jarang disebut dalam doa biasa. Dia mula merasakan sesuatu yang luar biasa tentang imam dan makmum pada malam itu. Selepas doa ditamatkan,semua diam membisu bagaikan menunggu sesuatu. Tok Imam juga mengisar badannya menghadapi semua makmum dan menunggu dengan sabar. Bujang yang duduk paling kanan di saf hadapan mulanya tidak memahami aturcara majlis itu.Bila makmum di sebelah mencuit bahunya dan memberi isyarat,baru dia faham.Dia pun bangun,melangkah dengan berhati- hati sambil membongkok badan,kemudian duduk bertelut di hadapan Tok Imam.Wajah Tok Imam yang suci bersih,bermisai dan berjanggut lebat seperti kapas dibusar nampak jelas. Tok Imam itu sentiasa tersenyum padanya. Dia pun menghulurkan tangan bersalam,tangan Tok Imam yang dingin seperti mayat tetapi berbau wangi itu diciumnya penuh taazim.Tok Imam meletak tangan kanan yang memegang tasbih di atas bahu Bujang,agak lama juga wajah Bujang ditenungnya. Akhirnya,Tok Imam mengangguk sambil menghadiahkan senyuman dan melepaskan tangan Bujang. Bujang bangun berundur beberapa langkah sebelum berpaling dan kembali mengambil tempatnya semula.Makmum di sebelahnya pula mengambil giliran. Dan begitulah seterusnya, seorang demi seorang tampil ke hadapan bersalam dengan Tok Imam berserban kuning itu. Sebaik sahaja makmum terakhir balik ke tempat duduknya,Tok Imam pun ghaib dari pandaangan. Sekelip mata kemudian,para makmum pula ghaib. Tinggal Bujang terkontang-kantung seorang diri. “Subhanallah…,”terpancut pujian itu dari bibir Bujuang.Dia telah bersembahyang jemaah dengan makhluk halus.Mungkin jin,mungkin malaikat,mungkin makhluk rohaniah lain yang tidak diketahui jenis dan sifatnya,hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sementara menanti waktu isyak, Bujang duduk membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an yang dihafalnya.Seperti kelazimannya,selepas membaca surah Al-Fatihah,dia menyambung dengan surah An-Nas,Al-Falaq dan surah-surah pendek lain sebelum membaca surah A-Baqarah dan surah-surah lain yang lebih panjang. Namun, baru selesai surah Ad-Dhuha,cuping telinganya menangkap suara garau lelaki menyanyi dalam bahasa Jawa. Suara itu datangnya dari ruang dewan di luar masjid. “…Lir-ilir lir-ilir,tandure wis anglilir,sing ijo royo-royo,tak sengguh temanten anyar…” Bujang tidak memahami bahasa Jawa dan tidak pernah mempelajarinya. Namun,perasaan ingin tahu menyebabkan dia memberhentikan bacaan ayat-ayat Al-Qur’an lalu bangun menuju ke luar masjid.Hasratnya ingin menegur lelaki Jawa itu supaya menyanyi di tempat lain yang lebih sesuai. Dilihatnya seorang lelaki separuh usia yang berjubah hitam,memakai sorjan dan bangkon yang juga berwarna hitam,sedang duduk bersandar pada tiang seri,matanya pejam dsambil terus menyanyi lagu Jawa tersebut.” …Cah angon cah angon,penekno belimbing kuwi lunyu-lunyu sun pinekno,kanggo massuh dodotiro. Dodotori-dodotiro,kumitir bedah ing pinggir,dindomono ngrumatono,kanggo sebo mengko sore. Mumpung gede rembulane mempung jembar kalangene ndak surak- sorak hore…”.Tiba-tiba lelaki Jawa itu membuka matanya yang jernih lalu tersenyum pada Bujang.”Assalamualaikum,Panglima Agung.” Bujang yang hendak marah tidak jadi marah.”Waalaikumussalam.Tuan.” “Kulo bernama Raden Mas Syahid dari keturunan Ranggelawe,”lelaki itu memperkenalkan diri. “Raden Mas Syahid?Sunan Kalijogo?”Bujang terus menerpa lalu duduk bersalam dengan tokoh Wali Sembilan yang amat dikaguminya itu.Ketika di Gunung Jerai,dia telah mendalami ilmu persilatan dari anak murid kesayangan Sunan Kalijogo,malam itu berjumpa juga akhirnya dengan mahagurunya.”Kabare….Mahaguru?” “Waras,”balas Sunan Kalijogo sambil tersenyum.”Minta keris itu.” Dengan penuh hormat Bujang mencabut kedua-dua bilah kerisnya,dengan penuh hormat juga dihulurkan kepada Mahagurunya mengikut gaya hulubalang.Sunan Kalijogo mengangguk,hatinya berkenan.Keris Panjang Diraja diletakkan di atas lantai,Keris Sempana Riau dihunusnya. Bujang agak terkejut kerana sepanjang pengetahuannya,hanya dia seorang sahaja yang mampu menghunus Keris Sempana Riau itu. “Tandanya kita satu keturunan,”ujar Sunan Kalijogo penuh rahsia seolah-olah dapat membaca isi hati Bujang.”Darah Jawa dari keturunan Ranggelawe.” Bujang terkedu menerima berita baru itu. Dia juga berdarah Jawa?Cucu-cicit Sunan Kalijogo? Sunan Kalijogo hanya tersenyum memandang Bujang,keris pendek pusaka itu ditatang seketika, bilah keris yang amat berbisa itu ditenung dengan teliti,seolah-olah cuba menilik sejarahnya. Dari buntil pakaiannya,Sunan Kalijogo mengeluarkan kerisnya sendiri.Keris Jawa Demam itu dihunusnya,diletak bertentangan dengan Keris Sempana Riau sehingga hujung bilah kedua-dua keris itu hampir bertemu.Dari hujung Keris Jawa Demam tiba-tiba muncul secebis logam berwarna hitam sebesar lidah ayam.Logam itu seakan-akan bergerak.Sunan Kalijogo membaca sepotong ayat Al-Qur’an.Tiba-tiba muncul satu pancaran terang seperti kilat,menyilaukan mata Bujang. Bila Bujang melihat semula,logam hitam itu sudah lenyap entah ke mana.Sunan Kalijogo tersenyum sambil menggosok bilah Keris Sempana Riau itu beberapa kali dari luar ke dalam seperti memasukkan sesuatu.Setelah berpuas hati,Keris Sempana Riau itu disarungkan lalu dipulangkan kepada Bujang. “Besi kuning dari Keris Kalam Munyeng dan Keris Kiai Sengkelat sudah dimasukkan ke dalam keris itu,”Sunan Kalijogo menuding pada Keris Sempena Riau di tangan Bujang. Bujang menyisip keris pendeknya,kemudian mennghulurkan keris panjang anugerah Sultan Kedah kepada Sunan Kalijogo.”Bagaimana dengan keris panjang ini,Mahaguru?” “Keris itu asalnya untuk kemegahan dunia semata-mata,”Sunan Kalijogo menghunus keris panjang itu dengan tenang.Dibelek bilahnya,diteliti pamornya,dibaca ayat-ayat Al-Qur’an yang terukir padanya.”Ayat dari Surah Al-Fatah.Tujuannya bagus.Tetapi,orang yang membuatnya kurang bersih zahir dan batin.” Sunan Kalijogo melurut bilah keris itu beberapa kali,kemudian memulangkan kepada Bujang.”Sekrang sudah diisi dengan hikmah.Gunakanlah dengan sebaik- baiknya.” Bujang menyarungkan keris panjang itu lantas menyisipnya ke pinggang di sebelah kanan. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dari celah bengkungnya dikeluarkan sebilah kerambit lalu diserahkan kepada Sunan Kalijogo. “Waduh,”Sunan Kalijogo sedikit terkejut melihat kerambit itu.Diam-diam dihunusnya. “Lawi ayam ini anugerah almarhummah Ratu Kalinyamat kepada seorang serikandi tersohor Acheh. Bisanya bukan kepalang.Ratusan jiwa orang-orang kafir jadi korbannya.” “Sebenarnya ada sepasang,”sampuk Bujang.”Kembarnya sudah hilang.” “Tidak hilang,”Sunan Kalijogo menjelaskan.”Sudah dicuri orang. Tetapi,lambat-laun akan kembali juga kepada tuannya.” Sunan Kalijogo membaca sesuatu,kemudian memulangkannya. Ketika menyimpan semula kerambit itu,Bujang terdiam,tidak memahami maksud mahagurunya. “Ada anugerah untuk cucunda,”Sunan Kalijogo mengeluarkan sehelai baju hitam bertulis ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan tinta emas.”Baju wafaq antakusuma pemberian dari para wali. Gunakanlah untuk memerangi musuh-musuh Allah. Seeloknya dijahit pada baju layang supaya tidak ketahuan orang.” Bujang menerima anugerah baju wafaq itu dengan rasa penuh tanggung-jawab terpikul di bahu. “Dari mana cucunda perolehi sabuk itu?”tanya Sunan Kalijogo,menuding kepada bengkung yang terlilit di pinggang Bujang.”Mahukah ditukar dengan yang lebih baik?” Sebagai jawapan,Bujang membuka bengkung kulit hitam dan bengkung merah. Sunan Kalijogo menukarnya dengan bengkung berwarna merah juga. “Sabuk kulit kijang putih berbalut kain merah,”Sunan Kalijogo menerangkan.” Gunakan untuk berperang.Tetapi cucunda harus ingat,semua ini hanya alat perantaraan sebagai ikhtiar,kuasa mutlak tetap di tangan Allah.Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam,Mahaguru,”Bujang menghulurkan tangan bersalam dengan Sunan Kalijogo..Sebaik sahaja tangan dilepas,mahagurunya terus ghaib dari pandangan.Terpinga-pinga Bujang menuturkan,”Subhanallahiwalhamdulillah…..!” Dia bangun memakai semula bengkungnya,mengemaskan kedudukan kerisnya,melipat baju wafaq,kemudian kembali duduk di dalam masjid.Bekas tangannya masih berbau wangi.Dia meneruskan amalannya dengan berzikir.Tidak lama kemudian,muazin masuk melaungkan azan waktu isyak.Makmum pun masuk berpusu-pusu.Imam mengambil tempat.Bujang melihat tukang azan,imam dan makmum sudah bertukar. Tiada lagi makmum berjubah dan berserban putih.Kebanyakannya memakai pakaian biasa yang menutup aurat.Imamnya pula tok siak yang menyapu sampah petang tadi. Dia pun ikut sama berjemaah walaupun suasana sudah bertukar.Namun.dia bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan mahagurunya yang juga moyangnya yang telah lama meninggal dunia.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now