Bab 16

339 11 11
                                    

"Paduka Ayahanda sebenarnya tidak tahu siapa ketua penyamun atau perompak. Tun Mat Akib dan pembesar-pembesar lain juga tidak tahu.Tetapi mereka kenal siapa Panglima Agung.Lalu mereka membuat andaian Panglima Agunglah ketua perompak itu.” “Bagaimana dengan pendekar dan hulubalang?”Bujang bertanya lagi. “Semua mereka menyertai Angkatan Fisabilillah,lebih-lebih lagi setelah Panglima mengambil-alih kepimpinan,”jelas Tunku Mahmud.”Sekarang,kebanyakan mereka menjadi serba-salah.Hendak setia pada raja atau taat pada imam khalifah.” “Kerja raja dijunjung,kerja sendiri dikilik,”sampuk Bujang. “Tepat sekali,Panglima,”sokong Tunku Mahmud.”Sayang,Kanda hanya menjadi Raja Muda. Kalau Paduka Ayahanda sudah tiada,tahulah Kanda mengajar orang seperti Tun Mat Akib dan kuncu-kuncunya.” “Apa akal bicara Tunku sekarang?”Bujang ingin tahu. Tunku Mahmud menangguh dahulu jawapannya apabila seorang dayang-dayang datang menghidangkan minuman dan cucur cempedak yang masih panas. “Jemputlah santap,Tunku,”Bujang mempelawa. “Santap cempedak malam-malam ni,kembung perut,”Tunku Mahmud pura-pura menolak. “Tapi,baunya cukup sedap,tak tahan Kanda!”lalu dicapainya sebiji cucur cempedak ,lantas dikunyahnya dengan rakus.Bujang tersenyum melihat telatah abang iparnya. “Kanda sudah titahkan kepada semua pendekar dan hulubalang supaya jangan memberi kerjasama pada Datuk Awang Kelana,”Tunku Mahmud menjelaskan lagi sambil menikmati cucur itu.”Tetapi kalau Paduka Ayahanda,Kanda tidak boleh memberi jaminan.Bukankah Ayahanda itu Sultan negeri ini?Membantah titah Sultan bererti mendurhaka,orang yang mendurhaka hukumannya mati!” “Patik akan tambahkan pengawal di istana ini,”hanya itu yang mampu Bujang jawab. “Itu pun tidak ada gunanya,Panglima,”bantah Tunku Mahmud.”Lambat-laun dia akan tahu juga siapa Panglima Agung dan siapa ketua perompak sebenarnya.Tidak ada siapa yang boleh melawannya.Dia kebal,tidak lut oleh sebarang jenis senjata.” “Tidak ada ilmu kebal di dunia ini,”Bujang menafikan kenyataan itu. “Kanda sendiri yang nampak,”dakwa Tunku Mahmud.”Datuk Awang Kelana sekarang berkampung di rumah Tun Mat Akib. Setiap pagi dia berlatih silat dan menunjukkan ilmu kebalnya di halaman rumah.Dilontarnya lembing yang tajam bergetah,ditahannya dengan dadanya atau belakangnya.Kadangkala disuruhnya orang menembaknya dengan pistol. Tembaklah di mana-mana pun,dia tetap kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata.” “Bukankah anak buah Tunku ramai yang kebal?”sindir Bujang. “Kebal kami bermusim dan hanya untuk pertunjukan,”Tunku Mahmud membela diri.”Kalau semua orang kebal,masakan Kedah kalah di tangan Belanda dan Siam.” “Itulah hakikat ilmu kebal yang sebenarnya,”Bujang mendedahkan.”Manusia kebal kerana bersahabat dengan jin,samada jin kafir atau jin Islam.Jin itu melindungi kulit manusia. Jika jin lari,manusia tidak menjadi kebal lagi.Lainlah kalau kebal anugerah Allah,tetapi kebal jenis ini bukan sebarang orang mendapatnya.” Tunku Mahmud terdiam mendengar penerangan Bujang itu.Termasuk juga ke dalam akalnya.Bujang juga diam,tidak mahu berhujah dengan panjang-lebar perkara itu.Hanya kedengaran bunyi mulut mengunyah cucur atau menghirup minuman. “Tiada jalan lain lagi melainkan membunuh Awang Kelana,”tegas Bujang. Tunku Mahmud tersedak.”Barangkali Panglima kurang pendengaran,”sahutnya.”Awang Kelana itu kebal.Sementelah lagi,dia orang harapan Tuan Gabenor-Jeneral di Betawi. Menyentuhnya bererti kita menjolok sarang tabuan.” “Kalau tidak dijolok,kita pula disengatnya,”bidas Bujang. “Dalam perkara ini,Kanda serahkan pada kebijaksanaan Panglima,”Tunku Mahmud membuat keputusan.”Mana-mana yang boleh Kanda bantu,akan Kanda bantu. Jangan lupa, seluruh Angkatan Fisabilillah berada di belakang Panglima.” Bujang menjenguk ke dalam.”Hanya patik mohon perkara Awang Kelana ini janganlah ketahuan pada anak-isteri patik. Patik tidak mahu mereka susah hati kerana patik. Mereka jangan sekali-kali dilibatkan dalam kancah ini,Tunku.” “Mahu tidak mahu,mereka sudah terlibat,”balas Tunku Mahmud.”Paduka Ayahanda terlibat,Datuk-Datuk terlibat,orang kampung ini terlibat,malah seluruh rakyat negeri Kedah turur terlibat.” Bujang termenung panjang selepas Tunku Mahmud pulang. Kata-kata abang iparnya itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Bujang akui memang ada kebenarannya. Sama ada Awang Kelana dibunuh atau tidak,masalah itu tidak akan selesai. Dia akan terus diburu Belanda dan dia akan terus membahayakan nyawa isterinya,anaknya serta orang-orang lain yang mengenalinya. Dia tidak mahu kerana dirinya orang lain mendapat susah. Dia tidak mahu kerana dirinya Belanda menyerang Kedah. Dia perlu melakukan sesuatu.Setelah ditimang dan ditilik,setelah difikir masak-masak,setelah dikaji baik dan buruknya,dia mengambil keputusan untuk membunuh Awang Kelana. “Apa yang dimenungkan sampai larut malam ini?”Tunku Balqis datang memicit-micit bahunya.”Kalau pun ada kesulitan,bawalah tidur,baru tenang fikiran.” “Mana Fatimah?”Bujang menukar tajuk perbualan. “Dia tidur dengan dayang-dayang,”jawab Tunku Balqis penuh bermakna sambil menggeselkan dadanya ke belakang Bujang. Bujang terangsang.Namun,ada perkara jauh lebih penting dari melayani nafsu isteri. “Balqis pergilah tidur dulu.nanti abang kejutkan,”Bujang menepis godaan itu. “Kenapa pula?”Tunku Balqis bertanya,nada suaranya berbaur kekeciwaan. “Abang ingin membuat sedikit amalan Qiamullail,”jelas Bujang.”Sembahyang tahajud.” “Kalau nak bertahajud,kena tidur dulu walau sekejap,”Tunku Balqis menegur. “Ya tak ya juga,”Bujang bersetuju. “Kalau begitu,apa salahnya kita bermesra dulu sebelum tidur,”Tunku Balqis memberi cadangan menggoda.”Lepas itu,abang bangun dan buatlah amalan sampai ke subuh.” Bujang tersenyum lebar.”Mari,” dia berpaling mencapai tangan isterinya. Sambil berpegangan tangan seperti merpati dua sejoli,mereka melangkah ke kamar tidur. Pagi itu sebaik sahaja matahari terbit,Datuk Awang Kelana sudah terpacak di tengah halaman rumah Raja Bendahara. Dia hanya berseluar hitam dengan ikat pinggang berwarna kuning. Rambutnya yang agak panjang dan berkerinting itu dililit semutar,juga berwarna kuning. Warna kuning warna kebanggannya kerana dikaitkan dengan keturunan di raja. Dia percaya dia mempunyai pertalian keluarga dengan keturunan bangsawan di Batu Bara dan Kerinci. Setelah menarik nafas menyedut udara pagi yang nyaman,dia memulakan dengan senaman ringan untuk melonggarkan sendi-sendinya dan membangunkan ototnya. Dia membuat senaman harimau,senaman rajawali menyerang dan senaman ular bersalin kulit. Setelah pecah peluh dan kulitnya kemerah-merahan,barulah dia membuat senaman keras seperti yang dipelajarinya di Gunung Tunggal dan Tanjung Hantu di negerinya. Tendangannya pantas dan jitu,tumbukannya padat dan padu. Pergerakan silatnya banyak meniru pergerakan harimau,Oleh itu,setiap kali membuat jurus,dia akan bertempik dan mendengus seperti seekor harimau. Hanya dua-tiga orang sahaja yang menyaksikan dia berlatih silat di halaman,kebanyakan yang lain sudah muak dengan perangainya yang suka meninggi diri. Puas dia bersilat,diambilnya pula sebatang lembing yang terpacak pada perdu kelapa. Lembing itu ditimangnya beberapa kali,kemudian dilontarnya tinggi dengan mata ke bawah. Dia menahan dadanya yang berminyak dengan peluh itu. Lembing itu jatuh semula,mata lembing singgah di dadanya dan melantun ke tanah. Diambilnya lembing itu,dilontarnya sekali lagi ke udara. Bila lembing itu jatuh,dia menahan pula dengan matanya.Matanya tidak luka walau seguris.Lembing yang jatuh ke tanah itu dibiarkan sahaja. “Mika!”dia memanggil seorang budak suruhan Raja Bendahara.”Ambil pistol teman!” Budak suruhan itu terkial-kial mengambil pistol yang tergantung pada tiang rumah lalu segera membawanya kepada Datuk Awang Kelana. “Tembak teman,”Datuk Awang Kelana mencabar.”Tembak di kepala,di dada,di perut,tembak di mana sahaja,teman tidak gentar!” Budak suruhan itu terketar-ketar menghampiri Datuk Awang Kelana. Datuk Awang Kelana memegang laras pistol itu,muncungnya dihala ke dadanya sendiri. “Tembak!”perintahnya lantang.Budak suruhan itu mengangkat pelantuk dan terus menarik picu.Satu ledakan kuat kedengaran,asap keluar berkepul-kepul.Datuk Awang Kelana tersenyum bangga,peluru yang hinggap di dadanya langsung tidak meninggalkan bekas. “Pergi isi peluru,”perintahnya pula.”Lekas sikit!Teman nak menunggang kuda!” Sementara menunggu pistolnya disi semula dengan peluru,Datuk Awang Kelana mengesat peluh di badannya dengan kain basahan. Dia menyarungkan baju hitamnya yang mempunyai lambang VOC,lambang Kompeni Belanda.Lambang itu disulam benang emas. Kain ikat pinggang diganti dengan bengkung kulit yang ditempah khas. Dia kemudian memakai dastar kuning,juga berlambangkan Kompeni Belanda. Biar satu dunia tahu dia orang kanan Tuan Gabenor-Jeneral di Betawi. “Bawa pedang teman kemari!”perintahnya pada budak suruhan itu. Setelah pedang dan pistol dihulur,dia menyisip kedua-dua senjata itu pada sarung khas di bengkungnya.”Bawa kuda teman pula!” “Buat apa berkuda,Datuk?”balas budak suruhan itu.”Berjalan kaki lebih baik.” “Sialan!Berani mika menjawab!”Datuk Awang Kelana berpaling,hendak dilempangnya budak suruhan yang bermulut celupar itu. Melihat siapa yang berdiri di hadapannya,dia tergamam seketika. “Mika!”tengkingnya pada Bujang.”Teman bunuh mika!” “Janganlah marah,Datuk,”sindir Bujang sambil menghunus kerambitnya.”Kalau cepat marah,nanti cepat tua.” “Cis,berani mika!”Datuk Awang Kelana menghunus pedangnya.”Mana keris mika? “Kerambit ini pun sudah memadai,Datuk,”Bujang seperti bermain-main. “Mika ingat teman takut?”Awang Kelana mencebik.”Sedangkan keris,pedang,lembing dan pistol tidak mampu menembusi kulit teman,inikan pula kerambit buruk itu!” “Aku tahu kau kebal,Awang Kelana,”suara Bujang tiba-tiba bertukar.”Tetapi setiap kekebalan ada kelemahan.Akan kubuktikan dengan kerambit ini.” “Celaka!”Awang Kelana menyerbu hendak memarang Bujang dengan pedangnya. Macam kilat,kerambit di tangan Bujang melibas ke arah dada Awang Kelana.Awang Kelana berundur beberapa tapak,dadanya terasa sakit.Dia tunduk melihat dadanya.Darah? “Jangan bimbang,Awang Kelana,”tegas Bujang.”Lukamu tidak seberapa.” Awang Kelana mula cemas.Dia yang berilmu kebal tiba-tiba dilukai kerambit buruk itu. Lantas dihunusnya pistol,diacu ke arah Bujang. Bujang tidak berganjak dari tempatnya. Awang Kelana terus menembak ke arah Bujang. Bujang mengelak sedikit kepalanya dan peluru yang ditujukan itu hilang lesap entah ke mana. Awang Kelana bertambah cemas. Macam mana seorang anak muda yang tidak dikenali tiba-tiba boleh mengelak peluru pistol-nya? “Siapa mika?”tanya Awang Kelana,pistolnya dicampak ke tanah. “Namaku Bujang,”Bujang memperkenalkan diri.”Akulah Panglima Agung yang kau cari-cari itu.” “Panglima Agung?Ketua perompak itu?”Awang Kelana terus menyerbu hendak menetak Bujang dengan pedangnya.Rupanya dia tidak belajar dari kesilapan lalu.Kali ini Bujang tidak memberi peluang lagi. Mata kerambitnya menembusi baju Awang Kelana dan terbenam di kiri perutnya. Belum sempat Awang Kelana mengaduh kesakitan,kerambit itu disimbat ke kanan.Perut Awang Kelana terbelah dua,darah menyembur dan semua isi perutnya terburai keluar.Awang Kelana jatuh terduduk,pedangnya terlepas dari tangan. Dia cuba memasukkan isi perut melalui liang luka tetapi darah semakin mencurah-curah mengotori pakaiannya.Banyak darah lagi mula menganak-sungai di atas tanah. Akhirnya dia jatuh terlentang,kaki dan tangannya menggelepar,mata terbeliak dan mulut terlopong. Tunku Mahmud,Tunku pangeran serta ramai lagi pendekar dan hulubalang keluar dari persembunyian seperti ketam keluar dari lubang. Mereka semua mengerumuni Bujang dan Awang Kerambit.Tunku Mahmud tampil menghulurkan kedua-dua bilah keris Bujang.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now