“Kamilah yang bergelar Budak Buas,”lembaga hulubalang itu berkata lagi,suara garaunya kedengaran seperti sayup-sayup dari awan.”Apa hajat kalian kemari?” “Assalamualaikum,”Bujang memberi salam. “Waalaikumussalam,”Jin yang bergelar Budak Buas itu memandang tepat ke arah Bujang. Dengan tenang Bujang menghampiri jin yang besar-tinggi itu.Dari bengkungnya dikeluarkan wang emas pemberian Ki Sapu Angin yang menjadi kunci harta karun mereka. “Ini tujuan kami,”Bujang menunjukkan wang emas itu pada Budak Buas. Jin itu mendengus kuat seolah-olah cuba menakutkan Bujang.”Semar masem,”bentak jin itu bila melihat wang emas di tangan Bujang.”Manusia!Tak habis-habis tamakkan harta dunia!” “Dunia adalah jambatan ke akhirat,”Bujang mula berhujah.”Tanpa dunia,takkan ada akhirat.” “Inilah manusia!” bentak jin itu lagi.” Lidah tidak bertulang mudah berkata-kata!” “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya,”Bujang meningkah. “Kami tidak gentar dengan manusia yang dicipta dari tanah hina,”jin it uterus mencemuh. “Cis,jin afrit!”Suara Bujang mula mengeras.”Aku yang bermain,kau pula bersunguh-sungguh!” “Tunggu dulu,”Jin Budak Buas itu cepat-cepat menahan bila melihat Bujang meramas hulu Keris Sempana Riau.”Jangan dicabut keris itu,Panglima Agung.Kalau dicabut,kami terbakar hangus.” Bujang menghunus keris pendek itu bersama sarungnya sekali,lalu dilempar kea rah Panglima Kahar yang menangkapnya dengan kemas. “Sekarang aku tidak bersenjata,”Bujang mendepang tangan ke arah Jin Budak Buas.”Tidak pernah kupohon pertolongan melainkan dari Allah.” Jin Budak Buas merenung tepat ke wajah Bujang dan pandangan mereka bertembung. Tiba-tiba jin itu mengecilkan badannya sehingga sama tinggi dengan Bujang.”Jangan cepat melenting, wahai Panglima Agung,”suaranya berlembut.”Kami hanya ingin menduga hati Panglima.” Melihat keadaan tidak merbahaya lagi,Panglima Kahar,Andika dan Aria Wulon tampil ke sisi Bujang.Para hulubalang masih tidak berani berganjak dari tempat masing-masing. Panglima Kahar menghulurkan Keris Sempena Riau kepada anak saudaranya. “Hajat kami hanya satu,”Bujang menyisip kerisnya ke bengkung,wang emas itu ditayang kea rah Jin Budak Buas.”Semar masem ini sebagai tanda dari Ki Sapu Angin.” “Ambillah,”pelawa Jin Budak Buas.Serta-merta wujud dua buah peti yang sarat berisi sesuatu. “Mana lagi?”desak Bujang. “Itu sahaja,”balas Jin Budak Buas.”Dua peti sarat berisi harta karun seperti yang dijanjikan.” “Dua peti setiap satu,”Bujang membetulkan.”Kau tujuh beradik.Ertinya empat belas peti.” “Panglima Agung memang bijak,”Jin Budak Buas memetik jarinya.Muncul enam lagi jin sepertinya,masing-masing membawa dua peti. Semua peti itu disusun di atas tanah di hadapan Bujang.”Empat belas peti semuanya.Apa lagi kehendak Panglima Agung?” “Di muara sungai sana terdapat sebuah kapal milik Sultan Nashaful Alam,”Bujang menyatakan. Jin tujuk beradik itu terdiam sejenak seolah-olah menilik sesuatu yang jauh. “Betul,”mereka bertujuh mengangguk.”Jadi,Panglima Agunglah yang…!” “Bawa tujuh peti ke sana,”perintah Bujang,memotong cakap mereka.”Simpan dalam biliknya.” “Kami faham,”patuh Jin Budak Buas.Tiba-tiba enam lembaga itu ghaib bersama tujuh peti harta karun.Tinggal jin yang mula-mula muncul tadi masih tercongok di situ. “Sekarang berlepaslah,”perintah Bujang buat kali terakhir.”Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam,”Jin Budak Buas pun ghaib dalam sekelip mata. Para hulubalang yang tadinya kecut perut segera menerpa mendapatkan peti-peti harta karun itu. “Nanti,”Bujang menahan mereka.”Ada dua ekor lagi yang masih degil.” Para hulubalangyang tidak nampak apa-apa mula terpinga-pinga menggaru kepala. “Nampaknya kamu berdua masih belum serik-serik lagi,”kata Bujang,ditujukan kepada dua khadam berjubah putih yang tercegat berpeluk tubuh di tepi peti-peti itu. “Kami hanya menurut perintah tuan kami,”jawab salah seorang khadam itu. Mendengar suara berkata-kata itu,para hulubalang mula berundur perlahan-lahan. “Siapa gerangan tuan kamu?”Bujang bertanya,pura-pura tidak tahu. “Jangan coba-coba melawan!”tiba-tiba Juragan Musa muncul bersama kuncu-kuncunya mengepung kawasan itu sambil mengacu lembing dan tombak.”Kalau melawan,cuma-cuma sahaja kalian mampus!” “Jangan melawan,”Bujang mengingatkan anak buahnya.”Baiklah,Juragan.Tuan hamba menang. Hamba mengaku kalah. Ambillah semua harta karun ini.” “Panglima menyerah begitu saja?”Juragan seperti tidak percaya. “Berkilau bukan emas,berkelip bukan intan,”Bujang meminjam kata-kata yang didengarnya dulu,kemudian memerintah anak buahnya,”Kemaskan semua barang-barang,kita berangkat pulang sekarang juga.” Walaupun tidak bersetuju dengan keputusan Bujang,para hulubalang tetap patuh pada perintah. Panglima Kahar,Andika dan Aria Wulon juga nampaknya tidak membantah.Dikawal rapi oleh Juragan Musa dan orang-orangnya,mereka merobohkan khemah dan mengemaskan barang-barang lain untuk dibawa pulang. Bujang tidak lepas-lepas memerhati dua khadam berjubah putih itu. Setelah semuanya siap,diam-diam mereka berundur dari pinggir air terjun itu.Bujang yang terakhir meninggalkan tempat itu.Sebaik sahaja mereka pergi,Juragan Musa dan kuncu-kuncunya menerpa membuka peti-peti itu.Mereka menjerit riang demi terpandang kandungan peti-peti itu sarat dengan emas dan permata. Tidak jauh dari situ,Bujang dan anak buahnya berhenti dalam kegelapan malam. “Kenapa lekas benar Bujang menyerah kalah?”Panglima Kahar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap anak saudaranya.”Kita lebih ramai. Kalau melawan tadi,kita boleh menang.” “Ini bukan soal menang atau kalah,”Bujang mendongak ke langit gelap yang ditaburi jutaan bintang.”Menjelang besok pagi,tahulah mereka langit itu tinggi atau rendah.” “Apa maksud Panglima?’tanya Andika,tidak memahami kata-kata Bujang. “Kita tengoklah nanti,”balas Bujang penuh rahsia.”Tuan Pendeta,tunjukkan jalan ke muara sungai.” Tiga hari kemudian iaitu pada petang Isnin 21 Muharam 1063 Hijrah bersamaan dengan 13 November 1652 Masehi,sampailah mereka di pinggir sebuah kuala sungai yang luas. Sementara anak buahnya terduduk keletihan,Bujang tercegat bercekak pinggang memandang jauh kea rah laut.Tepat sekali seperti jangkaannya. Lancang yang dipimpin oleh Lela Wangsa kelihatan berlabuh tidak jauh dari pantai. Bukan itu sahaja,bahtera yang dijanjikan mertuanya Sultan Nashaful Alam turut sama berlabuh di tepi pantai sebelah sini.Bahtera itu dua kali ganda besarnya dan panjangnya,tingginya beberapa tingkat dan warnanya hitam seperti arang.Walau pun demikian, layarnya hanya bertiang satu,letaknya jauh di hadapan.Dari jarak yang jauh itu,penglihatan Bujang kurang jelas.Tetapi,apa yang jelas ialah seluruh geladak bahtera itu dipasang dengan bumbung yang memancar seperti kaca. Panglima Kahar bangun melepaskan satu das tembakan ke udara dengan pistolnya sebagai isyarat,dengan harapan tembakan itu didengari oleh mereka yang berada di lancang. “Nyalakan unggun api,”perintah Bujang pada Andika. Dia ke tepi muara membasuh muka. Ternyata air di situ tawar walaupun berhampiran dengan laut.Dia menanggalkan dastar,bengkung,keris dan samping,dilonggokkan di atas kampitnya di tebing lalu terjun ke dalam air. Dia berenang-renang ke sana kemari.Melihat perbuatannya,para hulubalang tidak membuang masa lagi,terus mencontohinya. Andika juga tidah tahan godaan lalu terjun ke dalam air itu.Tinggal Aria Wulon terkial-kial menghidupkan unggun api.Setelah berjaya,dia juga tidak melepaskan peluang.Mereka mandi-manda sepuas-puasnya. “Bila Tuan Pendeta hendak berangkat kembali?”tanya Bujang pada Aria Wulon ketika mereka bersidai mengeringkan pakaian di badan.Beberapa buah sampan dari lancang didayung kemari, tertarik dengan kepulan asap dari unggun api yang telah dinyalakan. “Tak perlulah Panglima memanggil hamba Tuan Pendeta,”Aria Wulon merendah diri,kemudian meneruskan.”Hamba tak jadi pulang ke kuil.Hamba ingin mengikut Panglima mengembara menambah pengalaman hidup.Itu pun kalau Panglima tidak keberatan.” Bujang memandang pada Panglima Kahar dan Andika yang turut sama duduk berpeluk lutut menunggu pakaian kering.Mereka hanya mengangkat bahu,menyerahkan keputusan kepada Bujang. Bujang termenung mencari jawapan kepada persoalan itu. “Hamba boleh menyesuaikan diri dengan cara hidup orang Islam,”Aria Wulon menambah,cuba menyakinkan Bujang. Persoalan itu ditangguhkan apabila beberapa buah sampan mendarat di pantai.Lela Wangsa serta anak buahnya berlari-larian mendapatkan rombongan Bujang. Bujang dan rakan-rakannya bangun menyambut kedatangan mereka. Mereka bersalam-salaman dengan mesra seolah-olah sudah lama tidak berjumpa. “Lela Wangsa,”Bujang memperkenalkan.”Ini ahli baru kita.Namanya Aria Wulon.” Lela Wangsa bersalam dengan Aria Wulon,”Selamat datang ke Angkatan Fisabilillah.” “Sudah lama kapal itu berlabuh?”tanya Bujang.Mereka semua memandang ke arah kapal asing yang dimaksudkan oleh Bujang. “Ini yang peliknya,Panglima,”Lela Wangsa menjelaskan.Mereka yang sudah mengetahui mengenai kerjadian itu kelihatan mengangguk-angguk manaka mrelka yang belum mengetahui hujung-pangkal nampak terpinga-pinga memasang telinga. “Apa yang peliknya?”tanya Andika mendahului Bujang. “Kapal hitam itu,”Lela Wangsa muncungkan mulutnya.”Ketika kami sampai di sini,kapal itu tidak ada.Dengan tiba-tiba sahaja kapal itu wujud,entah dari mana.Yang paling menghairankan, tidak ada nakhoda,tidak ada anak kapal,tidak ada sesiapa pun.Macam kapal hantu.” “Kau dah pergi periksa,Lela?”tanya Panglima Kahar,turut merasa hairan. “Minta simpang malaikat empat-puluh empat,Datuk,”tingkah Lela Wangsa,disambut dengan gelak-ketawa oleh beberapa orang hulubalang dan pendekar.”Kalau Datuk nak pergi,silakan.” Bujang memerhati bahtera itu lama-lama.”Siapa yang hendak mengikut hamba?” Mereka berbisik sesama sendiri tetapi tidak ada yang memberikan jawapan. “Ada harimau tak di atas kapal itu,Panglima?”tanya seorang pendekar. Pertanyaan itu menyebabkan suasana riuh-rendah dengan gelak-ketawa.Bujang sendiri tersenyum mengenangkan kejadian jelmaan harimau di kaki Gunung Ringgit. “Harimau tak ada,nenek kau ada,”celah rakan pendekar itu.Gelak-ketawa kian kuat. Bujang membiarkan suasana itu reda,kemudian bertanya pada Lela Wangsa,”Ada sesiapa yang baru menumpang lancang kita dalam sehari-dua ini?” “Ada,Panglima,”Lela Wangsa terkejut dengan pertanyaan itu.”Terlupa hamba hendak beritahu Panglima.Lima orang cina.Khabarnya,kapal mereka bocor dan tenggelam di tengah laut. Hanya mereka berlima yang berenang dengan selamat ke pantai.” “Siapa ketua mereka?”tanya Bujang lagi,hatinya berdebar-debar. “Hamba dengar rakan-rakannya memanggilnya Taiko,”beritahu Lela Wangsa.”Katanya,dia kenal Panglima dan Panglima pun kenal dia. Dia menunggu Panglima di lancang.” “Taiko Lim?”Bujang terkenang pada pemuda cina yang banyak membantunya ketika di Kedah dan Betawi dulu.”Jemput dia kemari.Hamba hendak mengajaknya ke kapal hantu itu.” Lela Wangsa segera memberi perintah dan seorang pendekar bergegas ke sebuah sampan. “Hamba pun hendak mengikut Panglima,”Andika akhirnya mempelawa diri. “Kau tak takut pada hantu dan harimau?”Bujang mengusik.Andika hanya tersengih. “Hamba tak takut,”sampuk pula Aria Wulon,bersungguh-sungguh.”Hamba mahir dalam Yoga.” “Baiklah,Aria,”balas Bujang.”Kamu pun boleh ikut sama.” Bila Taiko Lim tiba tidak lama kemudian,Bujang terus mengajaknya ke bahtera itu. Andika dan Aria Wulon mengambil alih tugas mendayung sampan dari pendekar tadi.Ketika mereka menghampiri bahtera hitam itu,suasana sunyi sepi bagaikan berada di alam lain. Mereka tidak bersuara,hanya mata mengamati setiap inci bahtera yang besar itu.Kerana mereka bukan tukang kapal dan bukan pakar dalam pembuatan kapal,mereka menilai dengan apa yang dilihat sahaja.Bahtera dua tingkat itu memang besar jika dilihat dari luar,tidak ubah seperti mahligai terapung.Kamar atau bilik dibina pada kedua-dua tingkat tersebut dengan jendelanya diperbuat daripada kaca biru.Di bahagian kemudi juga terdapat dua buah kamar besar manakala di bahagian bawah kelihatan beratus-ratus pucuk meriam tembaga terjulur keluar dari lubangnya.Terdapat anjung di haluan dan buritan kapal.Layarnya hanya satu dan dipasang tinggi-tinggi seolah-olah tujuannya bukan untuk memerangkap tiupan angin yang menggerakkan setiap kapal.Bahagian bawah sekali yang ditenggelami air tidak diketahui rupa dan bentuknya. Di sekeliling dinding kapal itu dipasang dengan tangga-tangga yang boleh diturunkan dan dinaikkan dengan menggunakan tali dan takal. Salah satu tangga itu tiba-tiba diturunkan untuk menyambut Bujang dan rakan-rakannya. Tanpa banyak soal,Bujang mendahului mereka memanjat tangga itu hingga ke paras geladak. Dengan mudah mereka melangkah naik ke geladak berbumbung itu.Di atas geladak itu menunggu seorang hulubalang Sultan Nashaful Alam berwajah garang,misainya panjang melintang dengan keris panjang tersisip kukuh di pinggang.Tanpa mempedulikan Andika,Aria Wulon dan Taiko Lim,hulubalang itu tersenyum menyambut kedatangan Bujang.Kedua-dua tangan disusun ke dada mengikut adat hulubalang. “Assalamualaikum,Tengku Panglima Agung,”hulubalang itu memberi salam penuh taazim. Andika,Aria Wulon dan Taiko Lim tercengang-cengang kerana mereka tidak nampak hulubalang itu tetapi sekadar mendengar suaranya. “Waalaikumussalam,wahai Ketua Hulubalang,”Bujang membalas dengan adat yang sama. “Patik dititahkan Kebawah Duli Sultan menunjuk-ajar Tengku Panglima serta memberi panduan bagaimana seharusnya Bahtera Indera Kayangan ini dikendalikan dengan sempurna,”Hulubalang itu terus menjelaskan tujuan kedatangannya sambil memegang sebuah kitab.”Jangan ditanya bagaimana bahtera ini dibuat.Patik bukan tukangnya.Mari ikut patik ke kamar Tengku di sebelah kamar jurumudi. Di situ akan patik terangkan semuanya sepertimana dalam kitab ini.” Bujang pun mengikut Hulubalang itu ke kamarnya,meninggalkan rakan-rakannya terkontang-kanteng di geladak. Mereka tidak ada pilihan melainkan menunggu sehingga Bujang kembali. Petang beralih ke senja,siang berganti malam,Bujang tidak juga muncul-muncul. Lampu terpasang dengan sendiri,menjadikan suasana di atas bahtera itu terang-benderang. Namun,mereka tidak berani memeriksa atau menyiasat tanpa kebenaran Bujang,apa lagi berbual-bual kosong sesama sendiri..Dari berdiri,mereka duduk pula.Mereka semakin resah gelisah.Penantian itu cukup menyiksakan bagi mereka. Hanya selepas waktu isyak,baru Bujang muncul dari kamarnya yang juga terang benderang. “Alhamdulillah,sudah selesai,”Bujang menarik nafas lega,di tangannya terdapat kitab tadi. “Mana hulubalang tadi?”tanya Andika tercangak-cangak. “Dia sudah kembali ke tempatnya,”Bujang menjelaskan.”Mulai saat ini,sahlah sudah Bahtera Indera Kayangan ini milik hamba.Kepada hamba sudah diajarkan segala-galanya.” “Dari mana datangnya bahtera gadang ini,Panglima?”tanya Aria Wulon,cuba mencungkil rahsia. “Hadiah dari mertua hamba,”Bujang enggan menerangkan dengan lebih lanjut.”Sekarang, mari kita melihat-lihat keadaan di dalamnya.Akan hamba terangkan satu persatu perkara yang perlu kamu ketahui dalam kitab ini.” Malam itu bagaikan satu temasya apabila bahtera hitam itu dirapatkan ke lancang.Tangga menjadi penghubung antara keduamya.Malam itu juga Bujang mengarahkan mereka mengosongkan lancang itu dan memindahkan barang-barang mereka ke bahtera. Mereka bebas memilih mana-mana kamar yang mereka suka melainkan kamar-kamar khas. Suasana menjadi bertambah sibuk apabila masing-masing berulang-alik antara lancang dengan bahtera membawa barang masing-masing. Alat-alat senjata,bekalan makanan dan peti-peti wang juga diangkut ke atas kapal untuk disimpan di tempat-tempat yang telah disediakan.Andika,Aria Wulon dan Taiko Lim tiba-tiba menjadi tumpuan semua anak kapal yang ingin mengetahui lebih lanjut cara pengendalian bahtera ajaib tersebut. Malam itu juga Bujang melantik Taiko Lim sebagai Jurumudi dan Andika sebagai pembantu Nakhoda sebagai menggantikan Lela Wangsa yang terpaksa belayar balik ke Batu Sawar. Bujang berada di kamar kemudi menyaksikan sendiri kecekapan Taiko Lim serta rakan-rakan yang dipilihnya sebagai pembantu. “Sukar sikit mencari panduan,”Taiko Lim menyatakan pada Bujang.”Kita ada kompas tetapi tidak ada peta.Jadi,buat masa sekarang,hamba gunakan ingatan semata-mata.Pengalaman hamba di wangkang cina dan kapal Inggeris akan hamba gunakan sepenuhnya.” “Mampukah kita belayar malam tanpa peta?”tanya Bujang agak ragu-ragu. “Kita guna kompas ini,Panglima,”Taiko Lim menunjukkan alat tersebut di sisi celaga kemudi.”Kita ikut arah Timur ke Pulau Kalimantan,kemudian membelok ke Tanah Bugis ikut arah Selatan.Kalau ada peta,kita boleh tengok bacaan yang tepat.” Bujang masih sangsi,matanya merenung laut yang hitam pekat. “Kamu cekap menggunakan ilmu Yoga?”dia bertanya pada Aria Wulon di sebelahnya. “Cekap juga,Panglima,”jawab Aria Wulon penuh bangga.”Hamba dah lulus ujian.” “Lela Wangsa baru sahaja belayar.Boleh kamu mengejarnya?’tanya Bujang lagi. “Tentu saja boleh,Panglima,”Aria Wulon mendabik dada. “Lela Wangsa tidak memerlukan peta,”Bujang menerangkan, kemudian memerintah Aria Wulon.”Dapatkan peta itu dan bawa kemari.” “Baik,Panglima,”Aria Wulon bergegas keluar. “Bijak Panglima menggunakannya,”puji Taiko Lim sambil mengemudi.”Cuma hamba bimbang kalau-kalau ilmunya tidak menjadi dan terjatuh ke dalam laut.” “Aria Wulon beragama Hindu dan taat mengamalkan Yoga,”Bujang menjelaskan kepada Taiko Lim.”Hamba sendiri menyaksikan bagaimana dia terbang macam burung. Dia takkan terjatuh ke dalam laut.” “Macam ajaran chi dalam kungfu cina,”Taiko Lim membuka sedikit rahsia dirinya.”Hamba dengar pendekar Melayu pun boleh terbang macam itu.” “Masing-masing ada kelebihan sendiri,”balas Bujang.”Malam ini kita berihat dulu,besok pagi kita belayar ke Tanah Bugis.” Bujang keluar dari kamar kemudi menuju ke anjung hadapan menyaksikan beberapa orang pendekar berdayung sampan menjala ikan.Kamar yang dikhaskan untuknya terletak betul-betul di atas kamar kemudi dan berkembar pula dengan menara pemantauan yang juga bertindak sebagai tiang layar.Sebuah tangga menuju ke atas menara itu,cabangnya menghala ke kamarnya. Dia menaiki tangga itu dan masuk ke kamarnya. Ratna sudah pun tidur, lampu dinding dimalapkan. Bujang memerhati sekitar kamarnya yang luas itu. Setiap kali dia masuk ke situ,dia tidak pernah lupa memuji kebesaran Allah.Terlalu sukar untuk digambarkan dengan perkataan akan keistimewaan kamar itu. Seperti bahagian bahtera yang lain,dinding dan lantai diperbuat daripada sejenis kaca atau hablur yang kuat.Bezanya di dalam kamar,kaca itu berwarna putih yang mengeluarkan cahaya apabila dipusing punatnya.Lengkap pula dengan bilik mandi,tandas,katil,almari,kerusi-meja dan lubang angin yang dipasang kipas.Jendelanya juga jendela kaca,dibuat menggelungsur supaya boleh dibuka atau ditutup. Tergantung di lelangit ialah sebilah anak panah yang sentiasa menunjuk ke arah kiblat,di bawahnya tempat sembahyang yang boleh muat empat-lima orang yang sentiasa mengikut arah anak panah itu.Pengudaraan adalah melalui lubang-lubang angin.Kipas yang dipasang pada setiap lubang angin tidak berhenti-henti berputar mengikut aliran keluar-masuk udara,menjadikan suasana di dalam kamar itu segar dan nyaman.
YOU ARE READING
Tengku Alang Iskandar Story
Historical FictionMenyoroti kisah pengembaraan seorang pahlawan dari Kuala Kedah bernama Bujang. Beliau adalah anak kepada Sultan Abdullah dan Puteri Chut Narasari seorang Puteri dari Acheh. Pelbagai kejadian misteri berlaku sepanjang kehidupan Bujang. Suka duka dan...