Bab 12

358 11 0
                                    

Dia menemui sebilah golok yang sudah berkarat tetapi masih tajam. Dengan golok itu,dia memulakan pekerjaannya. “Buat apa tu,Panglima?”tiba-tiba Bujang ditegur. “Oh,Tunku rupanya,”balas Bujang bila melihat Tunku Mahmud Raja Muda muncul entah dari mana.”Bagaimana Tunku sampai kemari begitu cepat.” “Beta naik kuda,”Tunku Mahmud melihat lukah di tangan Bujang belum siap.”Khabar-berita yang beta terima mengatakan seorang lelaki berpakaian seperti dukun datang kemari. Orang seperti Panglima tidak sukar untuk dikenali.” “Patik tak tahu di negeri ini banyak mata memandang,banyak telinga mendengar.” “Banyak lagi yang Panglima tidak tahu tentang negeri Kedah ini,”Tunku Mahmud membidas.”Tentang lanun,tentang penyamun…” “Maksud Tunku perompak?”tanya Bujang. “Perompak atau penyamun sama sahaja,”balas Tunku Mahmud lalu duduk di atas seketul batu di tepi anak sungai.”Begitu juga dengan Bukit Keplu ini,Panglima tidak tahu apa-apa mengenainya.” “Patik sudah meninjau di sekitarnya,”ujar Bujang. “Tetapi,adakah Panglima meninjau di dalamnya?”Tunku Mahmud cepat-cepat menukar tajuk kerana menyedari tersasul.”Walau apa pun,seisi istana heboh tentang kehilangan Panglima.Adinda beta Tunku Balqis dah jadi separuh gila.Mengapa Panglima merajuk dan tinggalkan istana?” “Patik orang kebanyakan,”kata Bujang.”Patik tidak layak tinggal di istana.” “Panglima juga berdarah Tengku. Panglima berdarah bangsawan.” “Apa ada pada darah,Tunku.Bangsawan atau rakyat biasa,darah kita sama merah.” “Beta tidak menolak kenyataan itu.Beta pun tidak pernah berbangga dengan darah keturunan beta.Beta percaya Adinda Tunku Balqis tersalah cakap.” “Tunku Balqis masih bangga dengan kekayaan dan kemewahan di istana.” “Tidak,kanda,”satu suara halus cepat-cepat meningkah dari belakang. Terkejut,Bujang segera berpaling dan melihat Tunku Balqis bersama Wan Fatimah,kedua-duanya mengalirkan air mata.Demi terpandang sahaja anak gadisnya itu,hati Bujang yang keras menjadi cair.Dipeluknya Wan Fatimah erat-erat.Tunku Balqis turut memeluk suami dan anak tirinya. “Sekarang,marilah kita balik ke istana,”Tunku Mahmud memecah keheningan itu sambil menyeka air matanya.”Main Puteri akan diadakan sekali lagi malam ini.” oooooo Upacara Main Puteri berlangsung juga pada malam itu walaupun ketiadaan Bujang dan Tunku Balqis..Tok Puteri yang menjelma dalam badan Tok Munduk tidak jemu-jemu menari sambil diperhatikan oleh Tok Muda Pawang Di raja,beberapa orang pembesar serta orang-orang kampung yang dibenarkan masuk oleh penjaga pintu gerbang.Tariannya kadangkala rancak kadangkala perlahan, sekejap meliuk-lintuk seperti ular,sekejap pula melompat-lompat seperti kera,sekejap membuat tarian bunga silat,sekejap pula menggelepar seperti merak mengawan.Tok Puteri membaca serapah dalam bentuk berirama dengan suara halus seperti perempuan melalui perantaraan Tok Munduk. Serapah itu walaupun tidak difahami kebanyakan orang bertujuan menyembuhkan penyakit baginda Sultan yang kononnya disebabkan oleh Tok Jambul Merah penjaga Bukit Keplu. Upacara itu berlangsung sepanjang malam.Ketika hampir subuh,barulah upacara itu dihentikan. Bujang membuka jendela kamar itu,badannya berminyak bersimbah peluh.Dilihatnya upacara Main Puteri sudah pun tamat dan penonton berpusu-pusu meninggalkan Balai Besar. Tok Muda Pawang Di raja kelihatan berbual-bual dengan Tok Munduk dan anak buahnya. ‘Abang….,”terdengar suara manja Balqis dari belakang. Bujang menoleh sejenak melhat isterinya masih berada di bawah selimut sambil melempar –kan senyuman,kemudian kembali memerhati ke luar jendela.Melihat Bujang tidak mahu lagi melayani kehendak nafsunya,Balqis bangun berkemban kain mendapatkan suaminya di jendela. Dipeluk suaminya dari belakang,dadanya sengaja ditekan ke situ. “Sepuluh tahun Balqis menunggu bak itik kehausan di air,malam ini baru dapat Balqis nikmati kepuasannya,”Balqis meluahkan rasa yang terpendam selama ini. “Masakan tidak,”sindir Bujang.”Sepanjang malam asyik berdayung.” “Bukan itu sahaja,”Balqis menjelaskan.”Balqis puas kerana tidak akan ada lagi yang berani masuk meminang.Tun Mat Akib pun masakan berani mengganggu Balqis lagi.” “Maksud Balqis,Tunku Mat Akib Raja Bendahara?”Bujang mula rasa cemburu. “Dia bukan seorang Tunku,hanya Tun,”Balqis membetulkan kesilapan suaminya.”Dia belum pun dinobatkan tetapi sudah memandai-mandai sebagai Bendahara. Si-tua itu memang miang-miang keladi,sudah ada tiga isteri masih cuba mengurat Balqis.” “Tunku Mahmud tahu abang sudah kembali?”tanya Bujang menukar tajuk. “Kanda tahu,”Balqis mengaku.”Semasa abang mengubat Ayahanda tadi pun dia kenal abang.Katanya dia bertemu dengan abang sebelum kemari.” Bujang teringat kembali kejadian ditahan perompak bertopeng. Ketua perompak yang besar-tinggi itu serupa dengan susuk badan Tunku Mahmud Raja Muda. Mengapa pula seorang bakal sultan menjadi ketua perompak dan melakukan rompakan? “Apa yang abang tengok di Balai Besar itu?”tanya Balqis,tidak mnengetahui apa yang berlegar dalam fikiran suaminya.”Upacara ‘Main Puteri’ dah lama selesai.” “Ada sesuatu yang tidak kena perihal upacara itu,”ujar Bujang. “Tentulah,”Balqis turut memandang ke sana.”Kata orang,upacara itu macam orang menurun juga.Menggunakan jin yang meresap masuk ke dalam badan.” “Maksud abang,ada udang di sebalik batu,”Bujang menambah.”Upcara itu bukan untuk tujuan perubatan tetapi sekadar hiburan.Kita dikelirukan.” “Balqis kurang mengerti maksud abang,”balas Balqis kehairanan. “Balqis tahu apa sakit Ayahanda?”tanya Bujang.Tanpa menunggu jawapan,dia menerus-kan lagi.”Ayahanda terkena santau angin.Kalau tidak mati pun,Ayahanda akan merana dan sengsara seumur hidup.” “Siapa gerangan yang tergamak melakukan begitu pada Ayahanda?Apa tujuannya?” “Tujuannya untuk merebut tahta kerajaan,”Bujang memberi jawapan yang mengejutkan isterinya.”Siapa orangnya,kita kenalah usul dan periksa terlebih dahulu.” “Masakan Kanda Tunku Mahmud,”Balqis mengomel.”Dia ‘kan Raja Muda.” “Bukan Tunku Mahmud,”jawab Bujang penuh teka-teki.”Orangnya hampir dengan Ayahanda dan menjadi kepercayaan pihak istana.” “Tun Mat Akib,”Balqis seperti meluat menyebut nama itu. “Abang tidak berani menuduh tanpa bukti yang sah,”beritahu Bujang.”Mulai besok,jaga makan-minum Ayahanda,jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dapur melainkan tukang masak.” “Kalau begitu,Balqis akan maklumkan kepada Kanda Tunku Mahmud dengan segera.” “Nanti dulu,”Bujang menyambar tangan isterinya.”Sekarang sudah waktu subuh.Mari kita pergi mandi.Lepas sembahyang,kita ‘main puteri’ lagi,ya? Mula-mula Balqis tidak memahami kata-kata suaminya.Bila akhirnya maksud yang tersirat itu difahami,senyumannya meleret.”Mar!i.”ajaknya dengan tidak sabar-sabar lagi sambil menarik tangan suaminya.Selepas mandi dan mengerjakan sembahyang jemaah, mereka sambung semula perlakuan mereka.Ketika mereka sedang asyik belayar itulah, pintu kamar mereka dipecahkan dari luar dan muncul Raja Bendahara bersama beberapa orang pengawal. ‘Malu!Beta malu!”tengking Raja Bendahara di hadapan para pembesar yang dipanggil berkumpul di Balai Rong Seri itu.”Perbuatan ini sungguh keji!”. Perhatian para pembesar tertumpu pada Bujang dan Tunku Balqis.Mereka sudah pun disuruh berpakaian sebelum diheret ke situ.Buntil Bujang ditinggalkan dalam kamar dan tidak diusik.Mereka dikawal empat orang pengawal berlembing. “Semua ini fitnah!Palsu!”Tunku Balqis cuba membela diri. “Palsu?Kain yang masih ada kesan darah ini bukan fitnah lagi!,”jerkah Raja Bendahara.”Sungguh memalukan,seorang puteri raja dari keturunan orang baik-baik ditangkap bermukah dengan lelaki yang tidak dikenali.” “Kami tidak bermukah,Raja Bendahara,”Bujang pula cuba membela diri.”Apa yang kami lakukan adalah sah dari segi adat dan agama.Kami sudah menjadi suami-isteri.” “Tutup mulutmu,biadap!”misai Raja Bendahara bergerak-gerak menahan marah.”Kau berdua akan dihukum suila sampai mati!” “ Tanyalah Kanda Raja Muda,”Tunku Balqis merayu.”Dia menjadi saksi bersama Datuk-Datuk lain. Datuk Seraja Imam yang menikahkan kami.” Datuk Seraja Imam menggaru kepala.”Patik tak ingat menikahkan Tunku Puteri.” “Sepuluh tahun yang lalu,di Kuala Kedah,”beritahu Tunku Balqis.”Ingat lagi?” Datuk Seraja Imam cuba mengingatkan kejadian itu tetapi gagal.Dia hanya geleng kepala,menyatakan dia tidak ingat apa-apa. “Nyawa kami jadi taruhan,Tok Imam,”kata Bujang dengan geram. “Hamba kata tak ingat,tak ingatlah,”marah Datuk Seraja Imam bila dipaksa begitu. “Barangkali ada Datuk-Datuk lain yang ingat,”Bujang mencuba nasib. “Mereka ini tidak ada di Kuala Kedah masa itu,”jawab Raja Bendahara.”Jangan kau cuba bersembunyi di sebalik telunjuk. Kau menyamar sebagai dukun dengan tujuan hendak berjumpa dan berzina dengan Tunku Puteri!” “Kaduk jangan naik junjung,Tun Mat,”Bujang mula hilang sabar dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. “Apa kata kau?Biadap!”Raja Bendahara menerkam hendak menampar muka Bujang. “Raja Bendahara,”Tunku Mahmud yang baru masuk segera menahan.”Kalau hendak memukul harimau,lihat dahulu kuku dan taringnya.” “Tuanku Raja Muda,”tegur Raja Bendahara,wajahnya berubah.”Bukankah Tuanku sudah berangkat ke Padang Jangam. awal pagi tadi?” “Beta tidak jadi pergi,tak sedap hati.Kiranya cempedak menjadi nangka.” “Betul,Tuanku,”Raja Bendahara memasukkan jarumnya.”Dukun muda ini telah membuat pesona dengan Adinda Tuanku. Kami ada saksi dan bukti.” Lalu Raja Bendahara menayangkan kain cadar kuning yang mengandungi kesan-kesan darah kepada semua pembesar sebelum ditunjukkan kepada Raja Muda. Kain itu tidak diendahkan oleh Raja Muda.”Beta telah dengar semuanya dan beta juga mempunyai bukti bahawa Adinda beta tidak berlaku sumbang dengan dukun muda ini.” “Mana buktinya,Tuanku?”Raja Bendahara mencabar. “Pengawal,”perintah Raja Muda.”Pergi ke kamar Tunku Puteri dan ambil buntil pakaian milik dukun muda ini.” Setelah pengawal itu menyusun sembah lalu pergi,Raja Muda menghampiri tiga orang pengawal lagi yang sedang mengawal Bujang dengan lembing.Raja Muda berhenti betul-betul di hadapan Bujang”Pengawal,pilih satu antara dua!Serang dukun ini bersungguh-sungguh dengan lembing itu sampai dia kalah,atau kamu bertiga beta pecat!” Raja Muda kemudian memegang tangan Tunku Balqis menariknya ke tepi. Tiga orang pengawal yang tidak tahu apa-apa itu patuh sahaja pada titah Raja Muda. Bujang yang pada mulanya terkejut,kemudian memahami maksud Raja Muda itu.Tanpa berlengah lagi,ketiga-tiga pengawal itu dengan serentak merodok lembing mereka ke arah Bujang.Apa yang berlaku seterusnya sungguh di luar dugaan.Bujang mengelak tikaman dari belakang sambil menguis kaki pengawal yang menyerang dari hadapan.Pengawal yang dikuis kakinya jatuh terlentang.Pada masa yang sama,telapak tangannya hinggap di muka pengawal di belakangnya.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now