Bab 7

515 12 0
                                    

Assalammualaikum,”soldadu kurus-tinggi memberi salam. “Waalaikumussalam,”balas Pak Guru Jalil.”Apa khabar,Panglima Paringgit dari Padang Datar?” “Orang Kaya Seri Bija Di Raja?”mereka terus berpelukan seperti dua bersaudara. “Lama benar kita tidak berjumpa,ya?”tanya Panglima Paringgit.”Buat apa Orang Kaya berada jauh dari Bumi Johor?” “Panjang ceritanya,Gocah,”Pak Guru Jalil enggan mengulas lanjut.”Ini sahabat hamba Tok Penghulu kampung ini.” Panglima Paringgit bersalam pula dengan Tok Penghulu.Begitu juga dengan dua orang yang mengiringinya dari kapal. “Kahar,Nyak,kalian berdua kembali ke lancang,”tiba-tiba Panglima Paringgit memberi perintah.”Beritahu semua perajurit supaya hentikan bedilan. Bukan orang lain yang kita ketemu melainkan saudara seagama juga.” “Bagaimana dengan orang-orang Holanda itu,Panglima?”tanya anak buahnya. “Tidak mengapa,”balas Panglima Paringgit.”Tuan Kapitan pasti mengerti.” Dengan arahan itu,kedua-dua pengiring Panglima Paringgit pun berpatah balik menuju ke perahu yang ditinggalkan. “Balik ke tempat masing-masing,”perintah Pak Guru Jalil pula pada orang-orang yang berkerumun di situ.Dia pun mempelawa pahlawan Acheh itu ke rumahnya. Di saat Panglima Paringgit menikmati jamuan tengah hari di rumah Pak Guru Jalil,Bujang mula bertolak meninggalkan istana Kota Naga bersama para pendekar dan hulubalang. Di bawah rimbunan buluh berhampiran Bukit Pinang,baginda Sultan serta kaum-kerabatnya turut santap bersama para pembesar.Panglima Dermang bersama kira-kira 300 pendekar dan hulubalang yang dipimpinnya juga duduk berihat sambil memakan bekalan yang dibawa. Di sebelahnya duduk Tunku Mahyuddin timang-timangan Tunku Mahmud,Raja Muda Kedah. “Apa pendapatmu,Datuk Panglima?”tanya Raja Muda sambil menjeling ke arah ayahandanya dan bondanya yang duduk mengisi selera bersama kedua-dua adinda-nya Tunku Pangiran dan Tunku Rahimah. “Kita berundur bukan bererti kalah,Tuanku,”Panglima Dermang menjawab.”Tapi, kita berundur untuk menguatkan lagi pertahanan kita dan menyerang balas.Tentang istana Kota Naga,patik percaya orang-orang kita akan berperang bermati-matian mempertahankannya dari jatuh ke tangan musuh.” “Bukan itu yang beta maksudkan,Datuk,”Raja Muda membetulkan.”Perihal lantikan sahabat Datuk sebagai Panglima Agung,patutkah beta berbuat demikian tanpa memaklumkan terlebih dahulu pada Paduka Ayahanda beta?” “Patik rasa tindakan Tunku tepat dan kena pada waktunya,”Panglima Dermang memberi sokongan padu.”Patik juga yakin Duli Yang Mulia ayahanda Tunku tidak akan membantah. Dari riak wajah,ternyata Duli Yang Mulia Sultan turut berkenan pada Panglima Agung.” “Beta gusar hati,”Raja Muda meluahkan kebimbangannya.”Perlantikan Panglima Agung sudah pasti akan mengundang rasa cemburu di kalangan pembesar,lebih-lebih lagi sepupu beta Tunku Muhammad Akib. Dia bercita-cita besar hendak menjadi Raja Bendahara.” “Biarkanlah,Tunku,”pujuk Panglima Dermang.”Lumrah alam memang begitu. Ada orang suka pada kita,ada juga yang tidak suka.” Tiba-tiba seorang pengawal berdatang sembah,”Ampun Tuanku Yang Mulia Raja Muda, Ke Bawah Duli Tuanku ingin tahu ke mana arah hendak dituju?” “Ke mana lagi kalau bukan ke Kuala Kedah,”ujar Raja Muda Pengawal itu segera mendapatkan baginda Sultan menyampaikan jawapan itu. Dengan tidak semena-mena,baginda membasuh tangan lalu bangun menghadapi semua pembesar.”Datuk-Datuk semua,”titahnya lantang seperti bertitah di atas tahta di balai rong seri.”Beta bersama permaisuri,puteri serta putera-putera beta akan berundur mencari perlindungan di Kuala Kedah.Tunku Mat Akib beta amanahkan menjaga dan mempertahankan Kota Naga bersama hulubalang yang masih ada di sana.Datuk Lela Pahlawan dan Panglima Jaya,kamu berdua balik ke Kota Palas dan Kota Bukit Meriam untuk membantu Datuk Seri Paduka Enggreha Dewa. Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan,kamu berdua pula balik ke Kota Siputih.Begitu juga dengan Datuk-Datuk lain,baliklah ke tempat masing-masing.Bila keadaan di dalam negeri sudah aman,akan beta titahkan kamu semua mengadap.” Setelah bertitah agak lama,baginda Sultan pun duduk semula lalu memberitahu pengawalnya supaya bersiap-sedia untuk berangkat. Maka berpecahlah rombongan di raja itu seperti yang dititahkan. Bujang mengepalai gerombolan pendekar dan hulubalng meninggalkan istana Kota Naga selepas matahari tergelincir ke barat.Dia berada di hadapan sekali kerana dia masih ingat lorong gajah yang dilalui bersama Panglima Dermang dan Tok Peran tempoh hari. Di belakangnya mengekor ahli-ahli gerombolan yang lain membawa senjata dan kelengkapan masing-masing.Ada juga yang memikul lela dan rentaka, peluru serta ubat letupan.Sepucuk meriam turut dibawa bersama,dipikul oleh dua orang. Di belakang sekali ialah isteri dan anak-anak mereka yang turut serta berpindah ke Kuala Kedah memulakan kehidupan baru. Walaupun matahari terik di atas kepala,mereka tidak merasa panas kerana dinaungi pepohon kayu yang tumbuh rendang di hutan belantara itu.Lewat petang ketika hampir dengan kampung Anak Bukit,Bujang berhenti kerana dihalang di tengah jalan.Dia dihalang oleh seorang lelaki tua berjubah putih,berserban hijau dan berkain pelikat,janggut separas dada berwarna putih bersih seperti kapas dibusar.Wajah lelaki tua itu begitu bersih. Pada waktu yang sama Bujang tercium bau yang sangat harum seperti zafaran. “Assalamualaikum,”Bujang memberi salam,hatinya tiba-tiba berdebar. “Waalaikumussalam,”jawab lelaki berjubah itu sambil tersenyum. Pendekar,hulubalang serta lain-lain ahli gerombolan turut sama berhenti kehairanan tetapi tidak ada yang berani merapati Bujang. “Cucu hendak ke Kuala Kedah?”tanya lelaki bersuara garau itu. “Benar,Tok,”balas Bujang tenang,debaran hati berkurangan.”Tapi kami bercadang hendak bermalam di teratak Tok Peran tidak jauh dari sini.” “Kalau ditunggu besok hari,sudah terlambat,”lelaki berserban hijau itu menerangkan dengan perlahan,tenang tetapi jelas.”Di hadapan sana ada sebatang sungai.Orang menyebutnya Sungai Babur.Ikut sungai itu,pasti tidak sesat.” “Siapa gerangan Tok sebenarnya?”tanya Bujang ingin tahu. “Panggil sahaja Sharif Aznan,”lelaki berjanggut putih itu menyatakan. “Kita teruskan perjalanan ke Sungai Babur,”Bujang memaling mukanya memberitahu Kundang dan Bedul yang paling hampir.”Di sana kita akan naik rakit sampai ke Kuala Kedah.” Kundang dan Bedul hanya mengangguk seperti orang bodoh. Bila Bujang menoleh semula ke hadapan,lelaki tua itu sudah ghaib dari pandangan. “Subhanallah…!”bisiknya perlahan,kagum dengan kejadian yang baru berlaku. Tanpa berlengah lagi,dia mengangkat tangan memberi isyarat supaya bergerak. Benar seperti kata orang tua bernama Sharif Aznan itu.Tidak berapa jauh dari situ, mereka menemui sebatang sungai yang airnya amat jernih sehingga kelihatan ikan yang berenang di dalamnya.Lebih menghairankan lagi apabila di tebing sungai itu juga terdapat beberapa buah rakit buluh,siap dengan galah kemudi.Tanpa berfikir panjang,Bujang terus naik ke atas sebuah rakit,diikuti oleh Bachok,Bedul,Kundang, Mamat,Semaun,Damak,Dali,Salleh,Galak dan Jerjaka.Rakit-rakit lain juga turut dinaiki orang satu per satu. Tidak berapa lama kemudian,rakit-rakit itu mula mudik ke hilir dibawa arus sungai. “Panglima berihatlah,biar kami yang kendalikan rakit ini,”Kundang menawar diri. Bujang tidak berkata apa-apa.Dia duduk mencangkung di tepi rakit dan mula mengambil air sembahyang.Petang itu buat pertama kali dalam hidupnya,Bujang bersembahyang asar di atas rakit. Baru sahaja dia memberi salam selepas tahayat akhir,tiba-tiba dari arah hadapan kedengaran menggerutup bunyi bedilan meriam. Dia bingkas bangun sebelum sempat berdoa. “Bunyinya dekat sekali,Panglima,”kata Bachok.Semua memandang ke hadapan. “Tak mungkin kita sudah hampir dengan laut,”sambut Bujang,perasaanya teruja. Bedilan meriam itu juga mengejutkan Pak Guru Jalil dan Panglima Paringgit yang sedang berbual-bual kosong di bawah rumah.Mereka berkejar ke kubu di mana Tok Penghulu berada.Yang menghairankan tiada peluru meriam yang terbang ke daratan.Sebaliknya,enam buah kapal itu sedang membedil sebuah kapal yang lebih kecil di hujung sekali. “Sialan!”maki Panglima Paringgit.”Holanda membedil lancang kami!” “Kenapa?”tanya Tok Penghulu kehairanan. “Barangkali disangkanya kami orang Acheh mahu membelot!” “Memang orang-orang Barat tidak pernah percaya pada kita rumpun Melayu,”Pak Guru Jalil meluahkan kebenciannya yang membuak-buak.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now