Mencari rumah mertuanya tidaklah susah.Rumah itu tersergam indah seperti rumah Perkasa di Kuala Kedah.Tiba di halaman,dia ternampak seorang perempuan berusia 40an sedang menjemur pakaian di ampaian dengan hanya berkain kemban. Emak mertuanya masih cantik seperti dahulu,meskipun badannya agak berisi. Bertuah bapa mertuanya kerana mendapat isteri seperti itu yang melayani kehendaknya. Mak Siti yang asyik menyidai pakaian tiba-tiba perasan ada orang memerhatinya dari belakang.Hatinya berdebar-debar.Segera dia menoleh ke belakang.Debaran hatinya bertambah kencang bila terpandang seorang pemuda tampan dengan misai tebal tersenyum-senyum padanya.Pemuda itu hanya berpakaian seperti orang kampung,tidak membawa senjata dan menggalas sebuah kampit kulit.Renungan mata pemuda itu tajam.Mak Siti tertarik dengan sinar kejantanan yang memancar dari wajah pemuda itu. “Nak cari siapa,orang muda?”tanya Mak Siti turut menguntum senyum. Bujang agak terperanjat apabila emak mertuanya tidak mengenalinya lagi. “Hai,Mak,dah lupakan Bujang?”Bujang menegur,senyumannya masih bermain di bibir. “Bujang?”Mak Siti terperanjat besar.”Anak bertuah!Kau dah dewasa rupanya,Bujang.” Bujang meluru mencium tangan emak mertuanya. Darah Mak Siti tersirap.Segera dia teringat peristiwa sepuluh tahun yang lalu. Dia dengan menantunya,dengan tidak sengaja,telah bersanggama hingga puas sepuas-puasnya. Dia mengucap panjang sambil membelai rambut menantunya itu. Kalau dia yang sudah berumur ini terasa terangsang melihat Bujang,betapa pula perempuan lain,terutama sekali anaknya. “Kuntum di mana,Mak?”tanya Bujang sambil tersenyum. “Kuntum?Oh ya,dia ada di taman agaknya,”balas Mak Siti.”Namanya Chendana,bukan Kuntum lagi.Kalau tidak pun,ada di dusun. Situ ada pondok tempat berihat.” “Pondok?”Bujang tersenyum sendirian,kampitnya disangkut pada tiang rumah. “Kau bernasib baik,Bujang,”Mak Siti turut tersenyum kerana memahami maksud senyuman Bujang itu.”Biasanya dia menemani Permaisuri Mayang Selida ke Sekudai.” “Kawasan Bendahara Sekudai?”tanya Bujang,hatinya berminat. “Raja Bendahara yang membuka perkampungan itu berhampiran Selat Teberau,diberi nama Sekudai,”jelas Mak Siti.”Sebab itulah Raja Bendahara digelar Bendahara Sekudai.” “Bujang pergi dulu,Mak,”Bujang minta diri,tidak sabar lagi hendak melihat Chendana. “Kau nak ke mana pula?”Mak Siti hairan. “Bersiar-siar di dusun kalau-kalau ada buah yang boleh dimakan,”balas Bujang. Mak Siti senyum lagi.”Hati-hati sikit,Bujang.Dia tu latah,pandai bersilat.” Chendana tergesa-gesa turun dari pondok di tengah dusun itu. Di hadapan tangga,dia memeriksa baju kurung dan kain kebayanya.Setelah berpuas hati,dia membetulkan pula sanggulnya dan anak rambutnya. Semuanya seperti biasa,tidak ada yang mengesyaki apa-apa. Dia tunduk untuk memakai terrompahnya. Dari celah daun pandan,sepasang mata merenung penuh minat pada pinggang yang ramping dan punggung yang bulat serta padat berisi itu. Tiba-tiba Chendana merasa bulu tengkuknya meremang bagaikan sedang diperhati orang. Degupan jantungnya berdenyut kencang. Dia segera berpaling,tangannya meraba cucuk sanggul dan bersedia menghadapi apa sahaja. Dia tergamam demi terpandang seorang lelaki berpakaian seperti orang kampung.Lelaki itu masih muda,berkumis,janggut dan jambangnya sudah beberapa hari tidak dicukur.Debaran hatinya bertambah kencang,degupan jantungnya kian pantas.Cara lelaki itu merenungnya membuatkan dia merasa seperti ditelanjangi. Lelaki itu tersenyum simpul seolah-olah mengenalinya. Bujang tidak menduga Chendana secantik itu.Dengan rambut panjang yang dijadikan sanggul lintang,kulit kuning langsat,bibir merah bak delima,hidung mancung,dada bidang dan pinggang ramping,Chendana menepati ciri-ciri wanita idamannya.Tahi lalat di hujung bibir menambahkan lagi keayuan gadis berusia 23 tahun itu. “Tuan hamba cari siapa?”Chendana tunduk,wajahnya merah padam,tidak tahan lagi bertentang mata dengan lelaki yang baru ditemui itu. Bujang tersenyum lagi.”Hamba mencari Kuntum anak Pak Guru Jalil.” “Kuntum?”Chendana terperanjat besar.”Sudah sepuluh tahun nama itu tidak disebut orang.” “Benar,”Bujang mara selangkah keluar dari rimbunan pohon pandan.”Sekarang,namanya dikenali sebagai Chendana.” “Abang?”sekali lagi Chendana terperanjat.”Abang Bujang?” “Benar,Chendana,”Bujang mendepa tangannya.”Abanglah suami Chendana.” “Abang!”Chendana terus meluru memeluk suaminya erat-erat sambil menitiskan air mata gembira. Bujang turut memeluk isterinya,tangannya menggosok belakang dengan mesra. Agak lama juga mereka seperti tidak dapat dipisahkan.Tiada kata-kata yang terluah dari bibir masing-masing.Kegembiraan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya badan mereka berenggang,masing-masing saling menatap wajah melepas rindu setelah sekian lama berpisah.Bujang menyapu air mata yang berlinang di pipi isterinya.
Chendana mengukir senyum,lesung pipit yang menjadi ingatan Bujang terserlah indah,gigi putih tersusun rapi menambah lagi kecantikannya. Bila isterinya mengesat air matanya, Bujang agak terkejut kerana tanpa disedari dia juga turut menangis. “Ke mana abang menghilang selama ini?”suara Chendana yang serak-serak basah bertanya. “Abang pergi menuntut ilmu di Gunung Jerai,”jelas Bujang tenang. Tetapi,bila Bujang cuba membeli anak rambut isterinya,tiba-tiba tangannya ditepis. “Abang kejam!”segera Chendana menolak suaminya lalu berpaling ke arah lain. Bujang terkejut melihat perubahan perangai isterinya itu. “Kenapa ni,Chendana?”dia cuma senyum.”Beginikah caranya seorang isteri menyambut kepulangan suaminya?” “Suami?”Chendana berpaling menghambur kata-kata pedas,air matanya bercucuran.”Suami jenis apakah ini yang meninggalkan isterinya terkapai-kapai selama sepuluh tahun,tanpa sebarang khabar berita,tanpa nafkah zahir dan batin?Abang pergi tanpa sebarang pesan,tiba-tiba muncul menuntut hak sebagai suami.” “Maafkan abang,Chendana,”Bujang cuba memegang bahu isterinya tetapi dielak.”Abang terpaksa merahsiakan pemergian abang ke Gunung Jerai.Itulah di antara syarat-syaratnya yang mesti dipatuhi.Chendana takkan mengerti…!” “Memang Chendana tidak mengerti,”kata Chendana dalam sedu-sedan.”Tetapi,abang juga tidak mengerti perasaan Chendana. Bila orang mengatakan abang mati terbunuh,hancur-luluh rasa di hati bak kaca terhempas ke batu.Chendana membawa diri dengan hati yang luka. Rupanya selama ini,Chendana digantung tidak bertali,disalai tidak berapi.” Bujang beredar ke pohon rambutan,dahan pohon itu dipautnya.”Abang dilarang meninggal-kan Gunung Jerai selagi ilmu yang dituntut belum tamat.Sebab itulah abang tidak dapat mencari Chendana.” “Selepas itu,abang ke mana?Mencari Tunku Balqis ‘kan?”Chendana menyelar. “Tunku Balqis…!”Bujang cuba menerangkan. “Jangan abang berpura-pura atau menafikannya,”Chendana membelakangi suaminya,suara-nya berbaur geram.”Chendana tahu tentang perkahwinan abang dengan Tunku Balqis.Kapal dari berbagai tempat singgah di Batu Sawar.Gabenor-Jeneral sendiri singgah di sini sebelum pulang ke Betawi.Berita perkahwinan itu tersebar dengan luas.” “Abang mengaku abang mengawini Balqis,tapi….!” “Tapi apa?”Chendana menyerang lagi dengan kata-kata pedas.”Memang dasar ayam jantan, di mana ada ayam betina,di situ dia hinggap!” “Lain macam benar kata-kata Chendana itu,”suara Bujang mula mengeras. “Memang!”Chendana seperti harimau betina.”Kata-kata itu sudah lama terpendam di hati, hanya menanti saat yang sesuai untuk diluahkan. Sekarang hati ini puas!” “Apakah Chendana yang berkata-kata?”tanya Bujang.”Atau syaitan jadi dalangnya?” Chendana mula menangis tersedu-sedu,barangkali menyesal mengeluarkan kata-kata itu. Bujang membiarkan sahaja isterinya menghamburkan air mata sepuas-puasnya. Setelah sedu-sedan isterinya agak reda,dia pun berpantun,”Kalau padi katakana padi,jangan abang tertampi-tampi,kalau sudi katakan sudi,jangan abang ternanti-nanti.” Chendana mengesat air matanya dan menyapu pipinya,pantun suaminya dibalas: “Apa diharap kelapa seberang,entah berbuah entahkan tidak,”suaranya sayu seperti orang merajuk.”Apa diharap kepada orang,entah kasih entahkan tidak.” “Chendana….!”Bujang cuba merayu. “Jangan dirayu Chendana lagi,”balas Chendana lalu bergegas pergi dari situ. Bujang hanya mampu memandang,kakinya bagaikan terpasung ke bumi.Dia memerhati sahaja sehingga Chendana hilang dari pandangan. “Kita tidak boleh berdiam diri,”balas Orang Kaya Temenggung dengan suara yang lantang apabila mendengar cerita Bujang tengah hari itu.”Kalau benar katamu,ini bererti nyawa Duli Yang Dipertuan dalam bahaya.” “Nyawa ayah juga dalam bahaya,”Bujang menegaskan di serambi itu. “Tentang ayah,tak usah kau risaukan,”sahut mertuanya.”Tahulah ayah menjaga diri.Cuma ayah risaukan putera berempat itu kerana mereka belum mengetahui rancangan jahat Yamtuan Muda hendak membunuh mereka.” “Kalau begitu,mereka perlu diberitahu,ayah,”Bujang mencadangkan.”Bujang boleh hantar wakil menyampaikan pesanan kepada Engku Kelang,Menteri Akhir Zaman dan Johan Pahlawan Lela Setia.Perihal Raja Bendahara di Sekudai,Bujang sendiri boleh sampaikan.” “Banyak juga yang kau ketahui tentang negeri ini,”puji Temenggung,kagum dengan sifat kepekaan menantunya walaupun belum sehari berada di sini.”Tentang Bendahahara Sekudai, nanti ayah minta Tun Lela atau Lela Wangsa menguruskannya. Ayah perlukan kau di sini untuk menangani kemelut yang melanda.” “Termasuk juga kemelut yang ditimbulkan oleh Awang Kerambit?”tanya Bujang. “Perkara Awang Kerambit perkara kecil,kau sendiri boleh selesaikan,”balas Temenggung sambil tersenyum.”Perkara Paduka Raja Laksamana Tun Abdul Jamil,Seri Bija Diraja dan Paduka Seri Maharaja tidak boleh dipandang sepi kerana mereka sangat berpengaruh di kalangan istana.” “Rupanya kehidupan di istana hanyalah indah khabar dari rupa,”keluh Bujang,mengenang kembali pengalamannya di istana Sultan Kedah. “Sama dengan kehidupan suami-isteri,”Temenggung membuat kiasan.”Sedangkan lidah lagikan tergigit,inikan pula suami dan isteri.Jalan terbaik ialah bertolak-ansur dan muafakat. Kata orang,muafakat membawa berkat,semua kekeruhan boleh dijernihkan.” Bujang terasa kiasan itu ditujukan padanya yang baru bertikam lidah dengan Chendana. Masakan pertengkaran sekecil itu diceritakan isterinya kepada ibubapanya. “Dengar khabarnya kau diserang lanun pagi tadi,”Temenggung mengubah tajuk. “Kumpulan Awang Kerambit,”balas Bujang selamba.”Mungkin ada yang belum kenal Bujang.Maklumlah Bujang baru saja dilantik menjadi Imam Khalifah.” “Kau dah dapat kunci khazanah dari mereka?”tanya Temenggung. “Sudah,ayah,”beritahu Bujang.”Dari seorang serikandi di Melaka.” “Rampasan perang itu masih berada di Pulau Besar,tersimpan di dalam sebuah peti besi,” Temenggung menghuraikan.”Banyak juga yang dapat kami kumpul,sejak zaman Portugis lagi.Gunakanlah untuk membiayai peperangan menentang penjajah.” “Bujang rasa Pulau Besar kurang selamat,terlalu hampir dengan Melaka,”Bujang memohon restu mertuanya.”Apa kata kalau kita pindahkan ke tempat lain,ayah?” “Terpulanglah,asalkan sukar dicari dan lebih selamat,”sokong Temenggung. “Ada suatu tempat di Tanjung Jaga di kaki Gunung Jerai,”Bujang mendedahkan rahsia itu kepada mertuanya.”Tempat itu bukan boleh dimasuki sebarang orang.” “Hati-hatilah,Bujang,”Temenggung mengingatkan.”Harta sebanyak itu pasti jadi buruan dan rebutan ramai orang yang tamak haloba,termasuk dalam kumpulan kita sendiri.Orang seperti ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan harta itu jatuh ke tangannya.Sebab itulah kami amanahkan kunci itu pada kau,Bujang.” “Bujang baru terserempak dengan Datuk Panglima Dermang di Pulau Sialu,”Bujang membuka cerita lama mengenai rakan baik mertuanya. Temenggung tidak terkejut,malah tersenyum-senyum.”Memang dia tidak mati seperti sangkaan ramai.Dia sengaja menukar namanya kepada Panglima Hitam supaya sukar dikesan Belanda.Bercakap pasal Belanda,betulkah kau dikehendaki kerana membunuh seorang pegawai tinggi merela?” “Awang Kelana tali-barut Belanda,”Bujang menahan geram.”Dia terpaksa Bujang bunuh angkara perbuatan pemangku Raja Bendahara yang menghasut Sultan Kedah.” “Belanda akan memburu kau hingga ke lubang cacing,”Temenggung memberi amaran. “Bujang ada memiliki surat dari Gabenor-Jeneral sendiri,”Bujang memberi alasan. “Surat seperti itu tidak banyak membantu,”jelas Temenggung.”Gabenor-Jeneral sering bertukar-ganti. Kalau dapat yang baru,kau akan diburu hingga ke hujung dunia.” “Alang-alang berdakwat biar hitam,ayah,”Bujang meluahkan azamnya. “Itulah azam yang perlu ditanam dalam angkatan kita,”ulas Temenggung.”Perjuangan suci seperti ini tentu ditentang habis-habisan oleh orang-orang kafir,tak kira apa warna kulit sekali pun.Inilah jihad. Jihad memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.” Tiba-tiba Mak Siti datang mencelah,”Abang ada nampak Chendana?” “Kenapa pula dengan dia?”Temenggung bertanya balik. “Tadi selepas balik dari dusun,wajahnya muram sahaja,”Mak Siti mengkhabarkan.”Lepas makan nasi tadi,dia terus menghilang entah ke mana,pinggan-mangkuk di dapur pun tak sempat dicucinya.” “Berjumpa kawan-kawannya,barangkali,”Temenggung memberi alasan.”Kalau tak pun,dia ke Sekudai berjumpa Permaisuri Mayang Selida. Bukan Siti tak tahu,lasaknya Chendana mengalahkan lelaki.” “Kau ada berjumpa dengannya di dusun tadi,Bujang?”Mak Siti cuba mengorek rahsia. “Kami hanya bercakap-cakap sekejap,”Bujang enggan mengulas lanjut. “Dia dah jadi isteri kau,kau kena rantai dia,jangan biar terlalu bebas,”Mak Siti sempat menyampaikan khutbahnya sebelum masuk ke dalam semula. “Bagaimana dengan perhubungan kau orang berdua?”Temenggung pula cuba mencungkil rahsia rumah-tangga anak-menantunya. “Perhubungan kami dalam keadaan baik,”Bujang menjawab ringkas. Temenggung merenung wajah menantunya.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.Namun,dia tidak ingin mencampuri urusan rumah-tangga mereka.”Kalau kau berdua dah berbaik,ayah bercadang nak buat khenduri meraikan perkahwinan kau.Tujuannya untuk menghebahkan kepada semua orang supaya tiada lagi yang salah faham.Dulu masa kita berperang,tak sempat dibuat khenduri.” “Mana-mana yang baik bagi ayah,Bujang mengikut sahaja,”Bujang bersetuju. “Oh ya,baru ayah teringat,”sambung Temenggung.”Malam ini ayah dengan emakmu akan ke istana meraikan kepulangan Yamtuan Muda Ibrahim dari Pahang Inderapura. Ada majlis makan-makan dan tari-menari,mungkin sampai ke pagi besok.Kalau kau masih letih,tak payahlah ikut kami.Berihatlah dulu di rumah,hilangkan penat-penat badan.” “Baiklah,ayah,”Bujang tersenyum mendengar keculasan bapa mertuanya itu. Malam itu,Bujang hanya boleh berangan-angan,hajatnya hendak memeluk gunung tidak tercapai.
YOU ARE READING
Tengku Alang Iskandar Story
Historische RomaneMenyoroti kisah pengembaraan seorang pahlawan dari Kuala Kedah bernama Bujang. Beliau adalah anak kepada Sultan Abdullah dan Puteri Chut Narasari seorang Puteri dari Acheh. Pelbagai kejadian misteri berlaku sepanjang kehidupan Bujang. Suka duka dan...