Isnin 19 Safar 1063 Hijrah bersamaan dengan 11 Disember 1652 Masehi,pagi-pagi lagi bahtera mereka sudah menghampiri Kuala Kesang yang bersempadan dengan Melaka. “Andika,Lela Wangsa,perintahkan pasukan penembak bersiap sedia,”Bujang memberi perintah kepada kedua-dua hulubalangnya itu.”Hamba akan beri arahan dari sini.” ‘Baik,Panglima,”serentak mereka menjawab,serentak juga mereka bergegas keluar. Bujang melirik pada Yaakub Lim dan Aria Wulon yang menjaga kemudi. “Yaakub,keluargamu bertempat tinggal di mana?’tanya Bujang,merenung ke darat. “Dekat Bukit Cina,di luar Kota Melaka,”jawab Yaakub.”Tapi,dia kerap berada di rumah orang tuanya di Kampung Lubuk Cina.” “Bagus,”Bujang berpuas hati.”Ini memudahkan kerja hamba.” Melihat Kota Melaka yang dikawal rapi itu semakin hampir,Bujang mendekat sebuah punat berhampiran celaga kemudi.Punat itu ditekan,mukanya didongakkan kea rah satu corong di atas kepalanya,lalu memberi perintah,”Pasukan penembak,bedil hanya Kota Melaka. Hamba ulangi, hanya Kota Melaka.Mulakan sekarang!Tembak!” Sebentar kemudian,bergegar bahtera itu apabila meriam-meriam mula memuntahkan peluru ke arah Kota Melaka.Bedilan demi bedilan dilepaskan bertalu-talu tanpa henti. Dari jendela kamar kemudi,Bujang meninjau kerosakan ke atas kota peninggalan Portugis itu.Tembok batu yang tebal itu mula berlubang diterjah peluru meriam,salah satu pintu gerbang hancur berkecai,tiang bendera rebah mencium bumi.Di sana-sini kelihatan kepulan asap apabila barisan pertahanan Belanda membalas serangan. Melihat Kota Melaka semakin jauh ditringgalkan,Bujang menekan semula punat tadi lalu memberi perintah,”Berhenti membedil!Bersihkan semua senjata!” Sebentar kemudian,bedilan dihentikan dan bahtera itu tidak bergegar lagi. “Hamba tidak tahu pun kegunaan punat itu,”Yaakub Lim mengeluh. “Kau perlu belajar lagi,Yaakub,”balas Bujang sambil menuding pada kitab lama pemberian Raja Nasyaful Alam yang terletak di atas rak. Dia keluar dari kamar kemudi itu dan terus turun ke geladak di mana ditempatkan semua meriam. Dia memerhati seketika meriam-meriam itu dicuci dan dibersihkan sebelum beredar ke bilik bekalan ubat letupan.Bilik itu dibukanya. Dia memeriksa pula kelengkapan yang terdapat dalam bilik itu. “Peluru meriam semakin berkurangan,”Bujang memberitahu Lela Wangsa dan Andika ketika terserempak dengan mereka di geladak atas.” “Itu yang hamba terlupa memaklumkan kepada Panglima,”Andika menjawab penuh kesalan.” Baru tadi kami menyedarinya.Hamba dengan Lela baru berkira-kira hendak menemui Panglima.” “Tidak mengapa,”Bujang merenung jauh ke hadapan.”Beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis.” “Kata Yaakub,Tuan Jourdain kerap mendapatkan bekalan senjata api dan peluru dari Benua Hindi,”Lela Wangsa mencelah.”Hamba lupa nama pelabuhannya.” “Kamu berdua uruskan dengan Yaakub dalam perkara ini,”perintah Bujang.”Jangan lupa buat catatan setiap perbelanjaan kita.” “Apa yang abang tulis tu?”tanya Rubiah ketika Bujang mengisi buku catatan hariannya lewat pagi itu.Bujang hanya berkain dan tidak berbaju manakala Rubiah cuma berkemban. Mereka baru selesai berhempas-pulas memuaskan nafsu masing-masing. “Kisah hidup abang sejak dari kecil,”ujara Bujang sambil menulis. “Sayang sekali,Rubiah tidak boleh membaca,”Rubiah menyisir rambutnya yang panjang terhurai hinga ke pinggang.”Rubiah hanya faham tulisan Jawi.Bahasa apa tu?” “Bahasa Melayu juga,”Bujang tergelak.”Cuma ditulis dalam tulisan Rumi,tulisan yang digunakan oleh Belanda,Portugis dan orang-orang di negeri atas angin.” “Abang masih ingat setiap kejadian dalam hidup abang?”Rubiah menguji suaminya. :Mengapa tidak?”Bujang membela diri.”Kalau kitab suci Al-Qur’an ssebanyak lebih enam ribu ayat mampu abang hafal,apalah sangat riwayat hidup abang.” “Kalau abang mahu,Rubiah boleh bantu,”Rubiah menawarkan diri. “Apa yang Rubiah tahu tentang diri abang?”tempelak Bujang.”Kita baru sahaja berkahwin.” “Abang silap membuat perhitungan,”Rubiah mula menyanggul rambutnya.”Rubiah sudah berusia lima ribu tahun.Keturunan abang boleh Rubiah kesan hingga ke Nabi Muhammad s.a.w.” “Lima ribu tahun?”Bujang terperanjat besar,wajah Rubiah ditenungnya. Rubiah tersenyum.”Rubiah tidaklah terlalu tua.Kalau mengikut kiraan manusia,usia Rubiah lebih-kurang suku abad,lebih muda dari abang. Biasanya kami boleh hidup sampai seratus ribu tahun kalau tidak diserang penyakit atau mati terbunuh. Usia ayahanda sendiri hampir mencecah sepuluh ribu tahun.” “Bagaimana dengan Mayang?”Bujang ingin tahu.”Berapa usianya?” “18 atau 19 tahun mengikut kiraan manusia,”Rubiah membetulkan sanggulnya.”Hampir sebaya dengan Daeng Ratna.Dia masih perawan,tidak seperti Rubiah yang sudah menjanda.” “Rubiah seorang janda?”sekali lagi Bujang terkejut. “Arwah suami Rubiah terbunuh ketika berperang dengan jin kafir pada zaman Nabi Isa alaihissalam dulu,”Rubiah mendedahkan rahsia dirinya.”Kami tidak dikurniakan anak.” “Tapi,abang rasa Rubiah seperti anak dara,”Bujang mengusik isterinya. “Yang membezakan antara dara dengan tidak hanyalah selaput nipis seperti kulit bawang,” Rubiah mengukir senyum.”Yang lain semuanya sama.” “Seronok juga jadi golongan bunian,ya?”Bujang menyimpan kalam dan dakwatnya. “Seronok atau tidak,Allah sudah takdirkan kami begini,”Rubiah mengenakan baju kurung. “Rubiah nak ke mana pula?”tanya Bujang bila melihat isterinya memakai kain selubung pula. “Menyediakan makanan tengah hari,”balas Rubiah selamba lalu ghaib dari pandangan. Bujang menggelengkan kepala,impiannya untuk memadu kasih lagi hancur berkecai. Sambil mengeluh sendirian,dia mencapai kain basahan lalu masuk ke bilik mandi. Ketika matahari tegak di atas kepala,bahtera Indera Kayangan singgah di Kuala Selangor. Kerana cuaca panas,tidak ramai yang ingin menjejak kaki di darat.Sementara menunggu, sebahagian dari mereka turun ke laut memasang pukat manakala yang lain-lain mengambil angin di anjung.Sementelah lagi,Kuala Selangor pada waktu itu tidak lebih dari sebuah perkampungan nelayan. Bujang naik ke darat atas desakan Ratna. “Apa yang menarik sangat di sini?”tanya Bujang pada isterinya ketika mereka berjalan-jalan di sekitar pasar yang kelihatan agak lengang. “Berasek dan makanan Bugis yang lain,”mata Ratna mencari-cari gerai yang dimaksudkan. “Makanan Bugis? Di sini?”Bujang seakan-akan tidak percaya. “Kata Andika,di sini terdapat beberapa keluarga Bugis yang membuat perkampungan,”Ratna menerangkan.”Ketuanya bernama Labachu atau Labedu. Ada bau-bau bacang dengan Ratna.” “Ratna hendak mencarinya?”tanya Bujang. “Tidak,”Ratna menafikan.”Hanya sekadar singgah membeli makanan Bugis.” Setelah berjalan beberapa ketika,akhirnya mereka menemui gerai yang dimaksudkan. Malangnya,waktu itu sudah tengah hari,ramai yang memesan nasi dan lauk-pauk. Satu-satunya berasek yang tinggal sudah hampir basi. “Ada lagi berasek?”tanya Ratna pada pemilik gerai itu. “Ini saja yang tinggal,”jawab lelaki separuh tua itu.”Kalau nak juga,kena tunggu besok pagi.” “Besok pagi?”Bujang memberontak.”Tapi…” “Kami akan tunggu besok pagi,”Ratna cepat-cepat memotong cakap suaminya. “Tuan hamba nak makan?Mandre nandre?”tanya pemilik gerai itu lagi. Mula-mula Bujang ingin menolak pelawaan itu,mengenangkan makanan sudah pun dimasak di atas bahtera.Namun,bila pemilik gerai itu berbahasa Bugis,dia mengangguk sahaja,demi menjaga hati Ratna.Mereka pun duduk di sebuah meja menunggu makanan tiba. “Mengapa kepingin sangat hendak makan berasek?”tanya Bujang kehairanan. “Entahlah,”balas Ratna.”Tiba-tiba sahaja Ratna rasa kepingin.” “Ratna mengidam?”Bujang ketawa kecil.”Tapi,kita baru seminggu…” “Kata Mayang,Ratna sudah berbadan dua,” “Mayang?”Bujang merendahkan suaranya.”Mayang yang mengatakan begitu?” Ratna hanya mampu angguk kepala,matanya berkaca tanda terlalu gembira. Bujang juga terlalu gembira.Kalaulah mereka bukan berada di gerai,sudah lama Ratna dipeluknya erat-erat. Pemilik gerai datang membawa dulang berisi nasi dan lauk-pauk yang diisi di dalam pinggan. Tanpa sepatah kata,mereka mula menjamu selera. Bujang tidak bercakap kerana asyik memikirkan nasibnya yang akan bergelar ayah lagi.Ratna lebih-lebih lagi kerana akan menjadi seorang ibu buat pertama kalinya. Mereka senyum sendirian,tenggelam dalam khayalan masing-masing. “Tuan hamba?”pemilik gerai untuk menghampiri Bujang selepas mereka habis makan. “Ya?”Bujang terpinga-pinga kehairanan.”Berapa bayarannya?” “Dua guilder,”jawab pemilik gerai itu,memegang satu bungkusan besar berbalut daun pisang. “Biar Ratna membayarnya,abang,”Ratna menyerahkan wang yang diminta. “Terima kasih,”ujar pemilik gerai itu,kemudian menghulurkan bungkusan yang dibawanya kepada Bujuang.”Baru hamba teringat.Ada beberapa bungkus berasek lagi yang belum dijual. Hamba simpan.Cadang nak pulangkan tapi tak sempat.Ambilllah.” “Nampaknya tidak perlu hamba tunggu sampai besok pagi,”balas Bujang.”Berapa harganya?” “Ambillah,hamba beri percuma,”pelawa pemilik kedai itu.”Tadi hamba terdengar isteri tuanhamba kepingin hendak makan berasek.Hanya orang Bugis yang kenal berasek.” “Hamba orang Bugis,”Ratna mengaku.”Nama hamba Daeng Ratna Sari.” “Puteri tunggal Empu Daeng Relaku?”pemilik kedai itu terus menyusun sembah menjunjung duli.Pelanggan-pelanggan lain tercengang kehairanan. Lama selepas meninggalkan Kuala Selangor.pengalaman itu masih menjadi tajuk perbualan Ratna serta isteri-isteri Bujang yang lain.Tambah rancak lagi apabila Mak Siti masuk campur dengan menokok-tambah cerita lain pula.Bujang,Datuk Temenggung dan Fatimah lebih banyak mendengar dari berkata-kata. “Chendana dulu lagi dahsyat,kepingin nak makan daging pelanduk jantan,”Mak Siti membuka cerita baru pula ketika jamuan makan malam.”Entah-entah nak dapat anak lelaki.” “Merepeklah Mak ni,”bantah Chendana di celah gelak-ketawa ramai. “Mula tu tak sempat sebab Chendana dicolek orang,”Mak Siti mengungkit kisah lama.”Mujur daging pelanduk itu makcik keringkan,buat daging salai,tahan berbulan-bulan. Agaknya orang bunian pun macam ni,ya,Mayang? Rubiah?” Mayang dan Rubiah serba-salah menjadi mangsa mulut becuk Mak Siti. “Yang sudah tu sudahlah,Siti,”Datuk Temenggung menegur isterinya.”Dari siang hingga ke malam,tak habis-habis bercerita.Mengidamlah.Kepinginlah. Kita tengah makan ni,nanti tercekik.” Teguran Datuk Temenggung melegakan keadaan.Masing-masing makan dengan tenang. “Bujang,kita hendak singgah di Kuala Kedah?”tanya Datuk Temenggung Bujang mengangguk sambil menjawab,”Kita perlu tambah bekalan beras,ayah.” “Lama benar ayah tidak menjenguk Kuala Kedah,”tambah Datuk Temenggung.” Lebih sepuluh tahun lamanya.Lepas Kedah jatuh ke tangan Belanda,ayah tak balik-balik lagi.Tentu negeri itu sudah banyak berubah,ya?” “Memang banyak berubah,ayah,”Bujang membasuh tangan.”Harap-harap perubahan ini membawa kebaikan kepada perjuangan kita.” “Kanda Sultan memang menyokong perjuangan abang,tidak seperti almarhum Ayahanda,” Balqis pula menyampuk.”Di sana ramai pengikut abang.” “Memang sesuai benar kawasan itu dibuat markas kita,Bujang,”Datuk Temenggung turut menyokong.”Sementelah lagi,ayah dengar Pulau Pinang dan Langkawi sudah diserahkan oleh sultan kepadamu sebagai pemilik mutlak turun-temurun.” “Ya,sebahagian dari angkatan kita memang berpengkalan di sekitar perairan tersebut,”Bujang meneguk sedikit minumannya.”Balik dari Mekah,akan Bujang cari mereka.” “Kenapa tidak sekarang?”tanya Datuk Temenggung. “Elok kita tumpukan dulu pada urusan haji,”nasihat Bujang.”Sebagai tetamu Allah.” “Menunaikan haji bukat setakat menyempurnakan segala syarat tetapi lebih dari itu,”Mayang menjelaskan kepada Bujang malam itu ketika mereka berihat di pembaringan. “Ajarkan kepada mereka hikmah di sebaliknya,”Bujang masih enggan melepaskan isterinya. “Abang sahajalah yang ajar,”Mayang terkebil-kebil kegelian.”Bukankah abang pernah ke Mekah suatu ketika dulu?” “Itu dulu,”Bujang merenggangkan badan,bahagian yang basah berlendir dikesat dengan kain.”Masa pertama kali abang menjejak kaki ke Gunung Jerai.Mayang setiap tahun ke tanah suci, Mayang lebih berpengalaman.” “Bagaimana abang ke sana dulu?”tiba-tiba Mayang bertanya. Bujang termenung seketika.”Sukar untuk diterima akal,”ujarnya ringkas bagaikan enggan bercerita tentang pengalaman aneh itu pada sesiapa pun. “Kalau Allah mengizinkan,tidak ada yang mustahil,”Mayang turut mengesat bahagiannya yang basah yang baru sahaja diterjah bertubi-tubi,mendatangkan nikmat yang tidak terhingga. Bujuang bangun mengenakan kainnya semula lalu beredar ke jendela.Nafsunya mengendur bila teringatkan kebesaran Allah.Dia memerhati alam yang bersimbah dengan cahaya rembulan. Mayang dapat mengesan perasaan suaminya.Dia juga bangun,kain yang terlondeh itu dikemban ke paras dada.Dia mengirai-irai rambutnya yang panjang terhurai itu. “Kalau abang enggan bercerita,tidak mengapa,”Mayang menekan punat menyalakan lampu kamar tidur mereka.Dia beredar ke meja solek dan mula menyisir rambutnya yang kusut-masai itu. “Bukan begitu,Mayang,”Bujang menafikan.Dilihatnya bahtera itu masih belayar menyusuri pantai,fajar sidiq menjelang tiba,subuh bakal menjelma.Dibukanya jendela kaca itu,dibiarkan udara dinihari menerpa masuk.”Hingga ke saat ini,abang masih sangsi.Apakah abang ke sana hanya melalui mimpi atau dengan tubuh-badan sekali?Wallahualam.” “Maksud abang?”tanya Mayang sambil menyisir rambutnya. “Mayang tidak tahu?”Bujang bertanya kembali. “Sebagai makhluk Allah,pengetahuan Mayang juga ada hijabnya,”Mayang memberi alasan. “Abang diajar membaca sepotong ayat dari Surah Al-Kahfi,”Bujang mendedahkan.”Dengan mengamalkan ayat tersebut sebelum tidur,roh abang akan keluar dari tubuh badan kasar ini. Roh itu dipanggil roh hayat.Dengan cara itulah abang ke tanah suci dulu.Sejak itu,abang tidak pernah lagi mengamalkannya.” “Roh hayat dan roh mamat,”Mayang berfikir sejenak.”Memang ada disebut dalam kitab. Bukan calang-calang manusia boleh melakukannya.Perlu berguru.Kalau tersalah bawa,roh hayat tidak mampu kembali ke badan kasar,maka jadilah roh mamat,roh orang yang sudah mati.” “Begitulah kira-kiranya,”Bujang bersetuju.”Dulu abang pergi ditemani Sheikh Abdullah.” “Kalau begitu,nyatalah hanya roh abang yang pergi ke tanah suci,”Mayang memutuskan. “Tapi yang anehnya masih ada kesan pasir pada capal abang,tangan abang masih ada kesan buah korma,”Bujang menyangkal kenyataan isterinya.”Malah,di kala itu tangan abang masih berbau wangi selepas menyentuh hajratul aswad di dalam kaabah.” “Subhanallah,”Mayang menuturkan,tanpa menyedari dirinya berhadas besar. “Ya,subhanallah,”Bujang juga terikut-ikut.Menyedar kesilapannya,dia cepat-cepat beristighfar di dalam hati,mencapai kaian basahan lalu bergegas ke bilik mandi. Pagi Selasa 20 Safar 1063 Hijrah bersamaan dengan 12 Disember 1652 Masehi ketika matahari baru menjelma dari tanah besar,bahtera itu berlabuh berhampiran sebuah muara sungai di Pulau Pinang.Bujang yang baru selesai berdoa dan berwirid beredar ke jendela dengan pakaian pendekar tersarung di badan.Mayang juga bangun menanggalkan telekung putihnya. “Rasanya seperti Pulau Pinang,”Mayang menegur dari belakang. “Memang Pulau Pinang,”Bujang mengesahkan.”Abang boleh lihat Gunung Jerai nun jauh di sana. Di seberang selat ini ialah Kuala Prai di tanah besar.” “Tanah pegangan abang,tentulah abang kenal,”sampuk Mayang sambil tersenyum. Mereka keluar ke kamar besar.Semua sudah berkumpul di dapur,sarapan sudah siap terhidang. Mereka pun bersarapan sambil berbual-bual kosong. “Mengapa ini?”Bujang bertanya hairan bila mendapati semua masih berkumpul di atas geladak, tidak berani naik ke darat. “Lanun,Panglima,”Aria Wulon menuding ke pantai yang dikawal rapi oleh beratus-ratus pendekar bersenjatakan panah dan senjata api.”Mereka melarang kita menjejak kami di pantai ini tanpa membayar cukai kepala.” “Mengapa hamba tidak dimaklumkan awal-awal?”tanya Bujang,agak marah. “Sebab kami menaruh syak mereka orang-orang Panglima juga,”jawab Yaakub Lim.”Mungkin mereka tidak cam bahtera Panglima.Kita tidak ada bendera atau panji-panji tanda pengenalan.” “Benderanya ada tapi belum dipasang pada tiang,”Lela Wangsa mencelah.”Hamba ambil dari lancang Panglima,masih tersimpan di kamar hamba.” “Pergi pasang sekarang,”perintahnya pada Lela Wangsa.”Yang lain-lain boleh naik ke darat. Selagi Panglima Agung masih berdiri,keselamatanmu terjamin.” Sementara sampan-sampan diturunkan ke air,Bujang kembali ke kamar kemudi memeriksa buku catatan pelayaran yang ditulis oleh Yaakub.Bila Bujang keluar semula beberapa ketika kemudian, bendera hijau-kuning-merah berlambang keris bersilang dan bertulis kalimah Lailahaillallah-Muhammadur-Rasulullah berkibar megah di hujung tiang layar.Anak buahnya bersama lain-lain penumpang berebut-rebut berdayung menuju ke pantai. Ternyata,kedatangan mereka tidak lagi dihalang.Bendera angkatan fisabilillah sudah dikenali mereka. Sampan-sampan itu mula berulang-alik antara bahtera itu dengan tanah daratan. Bujang tersenyum puas dari atas geladak.Diketuai oleh Chendana,semua isterinya keluar menemaninya di geladak sambil menyaksikan kedamaian perkampungan di muara sungai itu. Tidak lama kemudian,sebuah sampan yang didayung oleh empat lelaki berpakaian serba hitam, berkeris serta membawa busar panah merapati bahtera itu.Lelaki yang di hadapan sekali yang bertindak sebagai ketua bangun bercekak pinggang bertanyakan sesuatu kepada Andika yang berada paling hampir.Andika menunjuk ke arah Bujang. Lelaki itu terus naik ke anjung dibawa oleh Andika manakala rakan-rakannya berkawal di dalam sampan.Sekali pandang sahaja,Bujang sudah mengenali lelaki berpakaian pendekar itu.Ternyata lelaki itu juga mengenali Bujang lalu cepat dia bertelut di hadapan Bujang menyusun sembah seperti seorang raja. “Selamat datang ke Pulau Pinang,Tengku Laksamana Agung Raja Laut,”sembah lelaki itu penuh takzim,menyebabkan mereka yang berada di atas geladak itu kehairanan.
YOU ARE READING
Tengku Alang Iskandar Story
Historical FictionMenyoroti kisah pengembaraan seorang pahlawan dari Kuala Kedah bernama Bujang. Beliau adalah anak kepada Sultan Abdullah dan Puteri Chut Narasari seorang Puteri dari Acheh. Pelbagai kejadian misteri berlaku sepanjang kehidupan Bujang. Suka duka dan...