Bab 2

996 16 0
                                    

"Itulah keistimewaan Silat Megat Terawis,"Tok Penghulu menerangkan kepada Panglima Dermang penuh bangga."Hamba warisi dari moyang hamba Megat Terawis. Ilmunya lengkap zahir dan batin.Mula-mula dilarang diajar kepada yang bukan keturunan Megat.Tapi sekarang dibolehkan,asalkan patuh pada petua dan pantang-larang."

"Hebat sekali,"Panglima Dermang memuji Jalil dan Bujang turut mengangguk.

"Datuk Panglima boleh mencuba salah seorang anak murid hamba,"Tok Penghulu mempelawa,nada suaranya seakan-akan mencabar.

"Tak apalah,"Panglima Dermang menolak lembut."Kedatangan hamba sebenarnya hendak menyampaikan amanat Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan."

"Dipersilakan,Datuk,"Tok Penghulu member keizinan.

Panglima Dermang pun bangun,menarik nafas dalam-dalam,kemudian memberi salam dengan suara yang lantang,

"Assalamualaikum,semua!"

Salamnya dijawab oleh para penonton dan suasana bertukar menjadi sepi,masing-masing ingin melihat adegan selanjutnya.

"Hamba Datuk Panglima Dermang dari istana Kota Naga,"Panglima Dermang memperkenalkan dirinya.

"Hamba membawa titah perintah dari Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Rijaluddin Muhamad Syah,sultan yang memerintah negeri kita sekarang ini."Panglima Dermang diam sejenak sambil membetulkan kedudukan keris panjang yang tersisip kukuh di celah bengkung merahnya,kemudian menyambung,

"Perbuatan anak-anak muda di sini mempelajari seni silat di bawah pimpinan Tok Penghulu adalah bertepatan dengan kehendak baginda Sultan. Baginda mahu semua rakyat negeri ini bersiap-siaga untuk menghadapi peperangan. Negeri kita diancam musuh. Kompeni Belanda yang dibantu oleh Angkatan Perang Acheh dan Siam akan menyerang kita bila-bila masa sahaja. Oleh itu,pertahankanlah bumi Kedah yang kita cintai ini hingga ke titisan darah yang terakhir!"

"Allahuakbar!"sahut anak-anak murid Tok Penghulu,disambut pula oleh para penonton tiga kali berturut-turut.

"Hamba bangga dengan semangat waja tuan-tuan semua,"ujar Panglima Dermang terharu."Untuk menguatkan lagi barisan pertahanan kita,hamba dengan rasminya melantik sahabat hamba Abdul Jalil sebagai ketua menjaga keselamatan kampung ini."

Seperti yang dijangka,pengumuman itu disambut dingin oleh mereka yang hadir.Masing-masing diam membisu.Tok Penghulu sendiri berubah air mukanya. Panglima Dermang pun menjemput Jalil dan Bujang berdiri bersamanya.

"Pak Guru Abdul Jalil akan dibantu oleh anaknya Bujang mengajar Silat Sendeng, bermula dengan kampung ini,seterusnya ke kampung-kampung lain di seluruh negeri Kedah.Demikian kehendak dan titah perintah baginda Sultan."

Tok Penghulu bangun menghampiri Panglima Dermang.

"Bagaimana dengan hamba, Datuk Panglima?"dia melemparkan pertanyaan bertubi-tubi."Apakah Silat ini tidak cukup bagus?Tidakkah nanti akan memecah-belahkan rakyat jelata?"

"Hamba hanya menyampaikan titah perintah baginda Sultan,"Panglima Dermang menegaskan."Untuk makluman semua,sewaktu di Johor dulu,Pak Guru Jalil bergelar Orang Kaya Seri Bija Di Raja.Kami berjuang bersama para pendekar dan hulubalang Melayu lain menentang Portugis di Kota Melaka.Berperang dan membunuh adalah pekerjaan kami!"

Suasana menjadi sepi,tidak ada yang berani bersuara. Para penonton memandang Jalil dengan penuh kekaguman. Tiba-tiba Perkasa bangun menghampiri ayahnya.

"Bagaimana dengan Bujang?"dia bertanya sambil memerhati Panglima Dermang dari ekor mata.

"Layakkah dia?Setahu hamba,dia tak pernah belajar silat."

Bujang hendak menjawab tetapi ditahan oleh Panglima Dermang.

"Bujang anak Pak Guru Jalil,tentulah dia belajar secukupnya dari ayahnya,"Panglima Dermang membela."Sementelah lagi,dia turut merantau ke Acheh selama enam tahun untuk menambah ilmu di dada. Hamba rasa dia cukup layak memikul tanggung-jawab ini."

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now