Bab 64

234 13 1
                                    

. “Jauhkan diri dari tepi rakit,”perintah Bujang pada isterinya dan dayang-dayang. Panglima Kahar membaca jampi serapahnya lalu menyembur kea rah buaya-buaya itu. Makin banyak buaya timbul ke permukaan seolah-olah ingin mencabar ketinggian ilmu Panglima Kahar. “Ambil keris pendek abang,”Bujang memberitahu Ratna tanpa menoleh ke belakang. Panglima Kahar kelihatan resah dan gelisah. Jampi serapah yang dibacanya tidak mendatangkan kesan. Bertambah banyak buaya yang muncul menghalang perjalanan rakit mereka. “Nah,abang,”Ratna menghulurkan Keris Sempana Riau kepada suaminya lantas duduk di situ meninjau apa yang sedang berlaku di hadapan.Beratur-ratus ekor buaya berbaris dari tebing ke tebing,ekor terkodek-kodek,badan yang berlumut jelas kelihatan terkena cahaya matahari petang. “Belum serik-serik lagi binatang ini!” Panglima Kahar tunduk menyambar pistolnya,mengacu ke hadapan dan melepaskan sedas tembakan. Seekor buaya menggelupur kesakitan tetapi tidak mengalami kecederaan teruk,peluru hanya sipi terkena badannya. “Kebal?”Panglima Kahar menurunkan pistolnya.”Buaya keramat rupanya.” “Cepatlah,abang,”jerit Ratna cemas.”Dah dekat tu.” Bujang menghunus Keris Sempana Riau. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tidak lagi memiliki pistolnya dan dia tidak pernah belajar ilmu buaya seperti bapa saudaranya. Untuk terjun ke dalam sungai berlawan dengan buaya-buaya itu bukan perkerjaan yang senang kerana bukan seekor-dua yang akan ditentangnya. Tanpa berfikir panjang,hujung bilah keris itu dihala ke arah seeokor buaya yang paling besar,bibirnya melafazkan sepotong ayat dari doa Nabi Khidir.Dengan tidak disangka-sangka,dari hujung keris itu terpancut satu pancaran kilat yang menyilaukan mata,tepat mengenai kepala buaya itu.Satu letupan kecil kedengaran. Buaya yang malang itu menggelepar dan berhempas-pulas,kepalanya hancur seperti terkena bedilan peluru meriam. Buaya-buaya lain bercempera berenang ke tebing. Buaya yang malang itu akhirnya tidak bergerak lagi,badannya tenggelam ke dasar sungai. Semua terperanjat dengan kejadian itu,lebih-lebih lagi Bujang. “Mujurlah kau ada keris sakti,Bujang,”puji Panglima Kahar,menarik nafas lega. “Bujang tidak melakukan apa-apa pun,”Bujang membelek-belek Keris Sempana Riau itu. “Keris yang berhikmat memang begitu,”Andika turut sama memuji. Bujang menyarungkan keris itu lalu dipulangkan kepada isterinya sementara Andika mengambil-alih menjaga galah kemudi. “Kalam munyeng,”tutur Bujang selepas mereka diam seketika membiarkan rakit itu hanyut. “Apa,Bujang?”Panglima Kahar tersentak. “Kalam Munyeng dan Kiai Sengkelat,”Bujang teringat pertemuannya dengan Sunan Kalijogo. “Paman tahu asal-usul Keris Kalam Munyeng,”Panglima Kahar membuka rahsia.”Menurut cerita orang,Sunan Giri sedang menulis kitab apabila orang-orang Hindu Majapahit menyerangnya di kamar. Dia terus melontar kalam yang dipegangnya itu ke arah mereka. Dengan izin Allah, kalam itu bertukar menjadi keris lalu terbang melayang-layang dan berputar-putar membunuh mereka semua.Sebab itulah keris itu dipanggil Kalam Munyeng.” “Di mana keris itu sekarang,Paman?”tanya Bujang ingin tahu. “Masih disimpan oleh keturunan Sunan Giri di Gresik,”Panglima Kahar menerangkan.” Salah satu keturunannya ialah Kiai Ageng.” “Bagaimana dengan Keris Kiai Sengkelat?”tanya Bujang lagi. “Paman kurang arif pasal keris itu,”Panglima Kahar mengaku.”Dari mana kau mendengar namanya?” Belum sempat Bujang menjawab,Andika terus memotong cakapnya.” Mengikut yang empunya cerita,Keris Kiai Sengkelat asalnya kepunyaan Sunan Kalijogo.Kemudian dihadiahkan kepada anak muridnya Empu Supa dari Bugis. Pada waktu itu,berlaku wabak penyakit disebabkan oleh keris pusaka kerajaan bernama Kiai Condong Campur.Setiap malam,keris pusaka itu terbang mengeluarkan cahaya,mana-mana kampung yang dilaluinya pasti diserang penyakit aneh. Perajurit Islam pimpinan Raden Patah muntah darah dan mati. Lantas,Keris Kiai Sengkelat dilepaskan oleh Empu Supa untuk berlawan dengan Keris Condong Campur.Akhirnya keris pusaka kerajaan Hindu itu terbakar hangus dan wabak penyakit tidak ada lagi.” “Betulkah cerita itu?”tanya Panglima Kahar,kagum mendengarnya dari Andika. “Hamba hanya mendengarnya dari ayah hamba Tok Kilat,”balas Andika. “Dan keris itu berada di Tanah Bugis?”tanya Panglima Kahar pada Andika. “Entahlah,”Andika goyang bahu.”Apa pendapat Panglima?” “Wallahualam,”Bujang menjawab ringkas. “Habis tu,kenapa Bujang menyebut pasal Keris Kalam Munyeng dan Keris Kiai Sengkelat?”tanya Panglima Kahar.”Dari mana Bujuang mendengar namanya?” “Hanya cerita orang,”ujar Bujang penuh rahsia. Dia bangun mendapatkan isterinya lalu menyambung kerja memancing. “Berselera benar nampaknya kau malam ini,Chendana,”Tunku Balqis menegur madunya. “Bukan aku,anak dalam perut ini yang kepingin,”Chendana meraba perutnya yang kian besar. “Nanti badan jadi gemuk,cik abang kita tak sayang lagi,”Tunku Balqis mengusik. “Chendana tu,Tunku,pantang jumpa sambal belacan dengan ulam pucuk gajus,”Mak Siti pula menyampuk. “Inilah makanan kegemaran abang Bujang sejak dari dulu,”ujar Chendana perlahan. “Musim tengkujuh akan berakhir tidak lama lagi,”Datuk Temenggung mencelah.”.Bila Laut China Selatan sudah tenang,ayah hendak belayar ke sana.Tunku dengan Chendana nak ikut sama?” Chendana dan Tunku Balqis sama-sama tersedak. “Buat apa ayah ke sana?”tanya Chendana kehairanan.Tunku Balqis juga memasang telinga. “Titah Duli Yang Dipertuan,”Datuk Temenggung menerangkan tujuannya ke sana.”Yamtuan Muda hendak meminang anak raja Bugis pula.” “Dulu Ratu Jambi,sekarang hendak bersemenda dengan puteri Bugis pula,”rungut Chendana, tanpa mengetahui tentang hubungan Bujang dengan Daeng Ratna.”Tak habis-habis Raja Ibrahim itu dengan perangai miangnya.” “Itu lebih baik daripada dia menyerang Bugis,”Datuk Temenggung menempelak. “Agaknya memang sifat raja-raja Melayu suka berkahwin ramai,”sampuk Tunku Balqis. “Entahlah,”balas Mak Siti.”Nujang yang bukan raja pun berkahwin ramai juga.” “Tapi,abang Bujang pun berdarah raja,”Chendana mengingatkan emaknya. “Kalau sudah jodohnya,dengan orang bunian pun,apa kita nak buat,”Tunku Balqis mengeluh. Tiba-tiba dia menggigit bibir menyedari keterlanjurannya.Chendana juga terperanjat bila Tunku Balqis menyebut hal tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri. “Bila pula Bujang berkahwin dengan orang bunian?”tanya Mak Siti. “Maksud Balqis ,kalau abang Bujang berkahwin dengan orang bunian,Mak”Chendana cepat-cepat mencelah membela madunya.”Mana ada orang bunian dalam dunia ini. Tahyul.” “Orang bunian itu wujud,ada orang yang bersua dengan mereka,”Datuk Temenggung membantah cakap anaknya.”Tapi,mereka terlalu pemilih.Bukan calang-calang manusia yang dipilih mereka.” “Bolehkah manusia berkahwin dengan bunian?”Tunku Balqis pura-pura bertanya,teringat pada pertemuan dengan Puteri Rubiah dan Mayang Sari tempoh hari. “Boleh,asalkan cukup syarat dan rukun,”Datuk Temenggung mengiyakan.”Cuma perkahwinan itu tidak diambil kira di alam manusia.” “Maksud ayah?”Chendana kurang fahan. “Lelaki beristeri empat di kalangan manusia masih boleh berkahwin dengan orang bunian,” Datuk Temenggung menjelaskan.”Ramai alim ulama dan guru mursyid di kalangan kita berkahwin dengan orang bunian. Sah di sisi hukum dan syarak. Tapi,syaratnya ketat.Mesti pandai menyimpan rahsia,tak boleh riak atau takbur.” “Dari mana abang tahu semua ini?”tanya Mak Siti penuh kesangsian.”Jangan-jangan abang pun ada isteri dari orang bunian.” “Jangan merepeklah,Siti,”bidas Datuk Temenggung.”Tidak ada orang lain,awak sahaja perempuan yang paling cantik pada pandangan abang.” Chendana dan Tunku Balqis tersenyum-senyum melihat gelagat pasangan berumur itu. Hidung Mak Siti kembang-kempis kerana dipuji begitu. “Chendana dengan Tunku hendak ikut serta ke Makasar?”Datuk Temenggung mengulangi pertanyaannya.”Daripada memandai-mandai sendiri,lebih baik ikut ayah.” “Ayah tahu tentang rancangan kami dulu?”tanya Chendana kehairanan. “Ayah ada ramai pengintip dan penyampai maklumat,”balas Datuk Temenggung selamba.” Lagi pun,Kuala Singapura bukannya jauh sangat dari sini. Tok Kilat orang sana.” Merah padam wajah Chendana dan Tunku Balqis kerana rancangan mereka sudah diketahui. “Kami hendak menunggu abang Bujang di sana,Datuk,”Tunku Balqis memberi alasan.”Menurut cerita orang,abang Bujang akan mencari Chendana hingga ke sana.” “Kalau bernasib baik,barangkali Lela Wangsa sudah menemui suamimu di Tanah Jawa,” Datuk Temenggung menyambung.”Berita terakhir yang diterima dari orang-orang kita di Selat Sunda, lancang Panglima Agung menuju ke Jokjakarta di Laut Selatan. Lancang itu membawa bendera Fisabilillah berwarna hijau tua.” “Mudah-mudahan begitulah,”Chendana bersuara penuh harapan.Dia terus menyuap nasi. Begitu juga Tunku Balqis. Dalam hati,mereka sama-sama berdoa agar Bujang selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan mereka. Sudah terlalu lama,mereka rindukan kehangatannya. “Bagaimana rupa paras kakak berdua?”tanya Ratna dalam pelukan suaminya. “Macam Ratna,”balas Bujang perlahan dalam khemah mereka. “Macam Ratna?”Ratna terkejut,menatap wajah suaminya.”Abang bergurau?” “Tidak,abang tidak bergurau,”Bujang bersungguh-sungguh menyatakan.”Wajah kau orang bertiga seperti adik-beradik.Yang membezakannya ialah tahi lalat. Chendana bertahi lalat di kanan, Ratna di sebelah kiri,Balqis tidak ada tahi lalat.Ketiga-tiganya berlesung pipit.” “Pandai abang mencari isteri yang serupa,”Ratna memuji.”Mayang Sari dan Puteri Rubiah pun hampir seiras.” “Mereka tidak boleh dikira kerana mereka orang bunian,”jelas Bujang.”Mereka boleh bertukar rupa pada bila-bila masa.” “Paman Samarinda pernah berpesan supaya jangan mendekati golongan jin kalau ilmu tidak penuh di dada,”Ratna memetik kata-kata bapa saudaranya Tok Kilat ayah Andika. “Bunian bukan dari golongan jin tetapi mereka bersifat seperti jin,”Bujang menjelaskan.”Kisah nenek-moyang mereka ada diceritakan dalam hadis Rasullullah s.a.w.” “Sollulllah-alaihi-wasalam,”Ratna mengulangi pujian kepada Junjungan Besar. “Manusia sudah,bunian pun sudah,”Ratna bertanya.”Apa lagi cita-cita abang?” “Kalau diizinkan Allah,abang ingin memiliki sebuah kapal yang lebih besar,”ujar Bujang. “Macam lancang kita tu?”tanya Ratna membelai-belai rambut suaminya penuh manja. “Lebih besar lagi,”Bujang berangan-angan.”Semua kelengkapan ada di dalam.Dapatlah kita belayar ke mana sahaja tanpa perlu risau tentang musim tengkujuh atau ribut taufan.” “Mana ada kapal macam itu,”Ratna menyindir suaminya. “Manalah kita tahu,”sambut Bujang.”Ratna tidurlah dulu.Abang belum rasa mengantuk.” Bujang merangkak keluar dari dalam khemahnya lalu beredar ke bahagian hadapan rakit. Andika berada di situ menjaga galah kemudi.Cuaca pada malam itu cukup terang,bulan yang mengambang penuh dipagari jutaan kerlipan bintang.Air laut kelihatan berkilau-kilauan. “Laut?”baru Bujang perasan.”Kita sudah sampai di muara?” “Rasanya begitulah,Panglima,”jawab Andika seperti tidak percaya.”Mungkin inilah Surabaya.” “Surabaya,”mata Bujang menerobos cahaya malam memerhati pintu kuala yang lebar itu. “Elok kita rapat ke tebing mencari tempat yang sesuai menambat rakit,”Andika bangun mengemudikan galah dengan berhati-hati.”Kalau betul ini Pelabuhan Surabaya,tak jauhlah lagi kita dengan Gresik.” Rakit itu merapat ke tebing dan hanyut dengan tenang menuju ke kuala. “Kita bermalam di rakit,besok baru kita ke darat,”Bujang membuat keputusan sebelum berpaling kembali ke khemahnya untuk menyampaikan berita baik itu kepada isterinya.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now