Bab 23

272 13 0
                                    

Daeng Gondrong naik ke geladak dari tempat dia berihat,memandang seketika ke arah Bujang,kemudian menghampiri anak buahnya lalu memberi arahan,”Engkalinga manengi konnye!Iya taue iyya passompe!Iyya misssengngi asalamakena!Naiga pediri,melokka ridenda!”{Dengar sini semua!Orang ini tetamu kita!Aku bertanggungjawab atas keselamatan-nya.Sesiapa yang mengganggunya,akan didenda.} Melihat anak buahnya mengangguk tanda faham,Daeng Gondrong memberi sebungkus nasi kepada salah seorang dari mereka dan memberi isyarat supaya nasi itu dihantar kepada Bujang. Dia kemudian kembali ke bawah geladak. Bujang tidak mempedulikan gelagat mereka.Fikirannya masih menerawang. “Purano mandre?”tegur anak kapal yang diperintah tadi lalu menghulurkan nasi bungkus itu kepada Bujang.”Mandre nandre?” “Hoi,Langasi!”pekik seorang kawannya.”Yaro taue de maccae makbicara Ugi” “Apa katanya?”tanya Bujang,menoleh sedikit memerhati mereka. “Dia kata Panglima tak pandai bercakap Bugis,”jawab Langasi.”Sila makan,Panglima.” “Terima kasih,hamba sudah makan,”Bujang menolak.”Dari mana tuan hamba ketahui hamba seorang panglima?” “Perawan yang menghantar Panglima tadi,”beritahu Langasi.”Aku dengar dia bilang dengan Daeng Gondrong supaya dilayan Panglima Agung baik-baik.Dia cakap Jawa tapi aku faham.” Bujang mengangguk dan terus termenung.Melihat telatah Bujang,Langasi kembali bersama nasi itu kepada kawan-kawannya.Tersandar pada tiang layar itu,Bujang kembali berzikir dalam hati untuk menghilangkan ingatannya pada Kartini.Isterinya sudah dua orang,tiga jika termasuk arwah Teratai.Tidak cukupkah lagi? Daeng Gondrong naik semula ke geladak.Melihat Bujang masih belum berganjak dari tempatnya,dia pun menghampiri Bujang. “Datuk Panglima belum tidur?”tegurnya ramah. “Belum lagi,Tuan Juragan,”balas Bujang sambil meletak kampitnya di sisi.”Hamba tidak pernah bergelar Datuk.Panggil saja Panglima.” “Baik,Panglima,”Daeng Gondrong memegang rambutnya yang panjang ke paras bahu itu dari ditiup angin.”Hamba pun jangan dipanggil Tuan Juragan.Panggil saja Daeng Gondrong karena rambut hamba panjang.” “Bila kita akan sampai di Johor?”tanya Bujang tidak sabar-sabar lagi. “Maksud Panglima,Kota Batu Sawar?”Daeng Gondrong mengamati laut gelap di sekitar kapal itu.”Kita sedang hampiri Pulau Kukup.Lepas ini,Tanjung Piai,kita masuk ke Selat Teberau.Hari ini hari Sabtu.Besok pagi 11 Zulkaedah,kita sampai di muara Sungai Johor.” “Kata orang,di sekitar Selat Teberau ada banyak lanun,”Bujang cuba mengorek rahsia. “Ya,perampok laut atau lanun,mereka memang gemar mengganas tanpa menghitung sore atau malam,”jawab Daeng Gondrong tanpa menunjukkan rasa takut atau gerun.”Siapa yang cuba melawan,tidak diampun lagi.” “Daeng tidak gentar pada mereka?”Bujang cuba memancing lagi. “Tidak,”balas Daeng Gondrong dengan megah. “Khabarnya ketua lanun itu bernama Awang Kerambit,”tambah Bujang lagi.”Orangnya gagah perkasa lagi handal.Kulitnya kebal,tidak lut dek sebarang senjata.” Daeng Gondrong menghunus sebilah senjata panjang menyerupai keris tetapi bermata lurus dan tajam.”Kalau Awang Kerambit berani ganggu,hamba akan tetas kepalanya dengan sundang ini,”katanya sombong sambil melibas-libas senjata itu di udara.”Hamba tak nampak pun Panglima membawa senjata.” Sebagai jawapan,Bujang mengeluarkan keris pendeknya dari dalam kampit dan menunjukkan kepada Daeng Gondrong. “Akatutuko!Hati-hati!”Daeng Gondrong berteriak sebaik sahaja melihat keris pendek itu di tangan Bujang.”Dari mana Panglima dapat keris Nagosatro itu?” “Nagosatro?”Bujang tidah mengerti. “Nagosatro keris keramat,digunakan raja-raja Bugis dahulukala,”Daeng Gondrong menerangkan pada Bujang yang masih bingung.”Sudah lama hilang.Sekarang jadi buruan dan rebutan karena siapa yang memiliki Nagosatro,dialah raja Bugis.Betulkah Panglima bukan orang Bugis?” “Ayah hamba orang Johor,ibu hamba dari Acheh,”Bujang menceritakan asal-usul dirinya secara ringkas.”Hamba anak Bentan tetapi dibesarkan di Kedah.” “Ramai orang Bentan berasal dari Bugis,”Daeng Gondrong.”Hati-hati jangan sampai keris Nagosatro itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung-jawab.Keramatnya terlalu tinggi.” “Keris tetap keris,hanya manusia yang suka mengkeramatkannya,”sindir Bujang. Daeng Gondrong menyarungkan kembali sundangnya.”Setiap manusia punya pendapat sendiri,”balasnya.”Kalau Panglima mahu tidur,turunlah ke bawah.Tempat sudah sedia.” “Di sini sudah memadai,”Bujang juga menyimpan kerisnya.”Kalau lanun datang,hamba boleh nampak.

Tengku Alang Iskandar StoryWhere stories live. Discover now