"Eh, pengantin baru dah sampai?", Puan Park datang menghampiri bersama senyuman lebar. Menyambut kedatangan anak dan menantu nya dengan perasaan yang bahagia.
Heebin tersenyum kecil bersama Jay di sisi nya yang tersenyum bangga. Dia masih bangga memiliki Yoon Heebin sebagai isteri. "Marilah masuk, omma dengan appa kamu ada di dalam, papa dengan Jungwon pun ada sekali, sepupu kamu pula ada kat bilik", mereka membontoti langkah Puan Park ke ruang tamu.
Untuk dua hari ini, mereka akan tidur di rumah Heebin sebelum berpindah masuk ke rumah Jay di bandaraya.
"Eo? Menantu cantik papa dah sampai", Tuan Park tersenyum lebar tatkala melihat Heebin yang berdiri di sisi sofa. Gadis itu tersenyum. Yelahkan, takkan nak tunjuk muka masam depan mertua. Nanti apa pula kata orang?
Manakala Jay, lelaki itu berlalu ke dapur bersama ibunya, katanya mahu minum.
"Herm, papa, omma, appa, Heebin naik dulu, nak tukar baju, nak rehat kejap", Heebin lantas menutur langkah, mahu naik ke bilik. Seharian memakai gaun pengantin betul-betul melelahkan.
Namun,baru saja kaki nya mahu menginjak tangga, lengan nya ditahan. Dia menoleh. Jay, suami nya itu memandang nya dengan kerutan di dahi.
"Kau nak kemana?", Heebin mengguling bebola mata nya, menyampah. Pergi ke bilik sendiri juga mahu disoal, bukannya lari pun.
"Nak tukar baju, nak rehat, by the way bilik I pintu coklat, jangan salah masuk bilik Suno pula, sepupu I tu sensitif", pesan Heebin. Lengan nya ditarik sebelum langkah nya disambung menuju ke bilik.
Jay hanya melihat kosong isteri nya naik ke bilik. "Jay, kenapa berdiri kat situ? Marilah duduk sini?", jejaka itu menoleh ke arah sekumpulan manusia di ruang tamu. Dia tersenyum sebelum melangkah mendekati mereka.
•
•
•Heebin lantas baring sebaik saja tiba di bilik. Lelangit bilik nya dipandang kosong. Sebenarnya, sejak tadi fikiran nya hanya tentang Heeseung...Lee Heeseung, bekas kekasih nya.
Sejak bila lelaki itu ada di Korea? Dan bagaimana lelaki itu boleh mendapat kad jemputan perkahwinan nya? Setahunya, dia tidak melihat mana-mana kad yang tertulis dengan nama lelaki itu.
Namun lamunan nya mati tatkala wajah seseorang muncul di benak fikirannya.
Dia langsung duduk. "Takkan lah— aniya, bukan dia", dia menggeleng laju, cuba menafikan perkara yang sedang dia fikiran. Tak mungkin dia.
"Think positive Yoon Heebin", hujung bibir nya digigit sebelum dia menggeleng lagi. Entah kenapa firasat nya kuat mengatakan orang yang sedang dia fikirkan adalah dalang kemunculan Heeseung.
Dia memukul kepala nya perlahan. "Heebin, Heebin... kau ni negatif lah... haish, better aku mandi", dia mula berjalan menuju ke bilik air. Mandi ketika sedang bingung adalah sesuatu yang melegakan.
•••
"So, macam mana? Dia datang tak tadi?", Niki menghenyak punggung bersebelahan Jake. Lelaki itu merenung ke luar tingkap, melihat indahnya Menara Namsan di malam hari yang boleh terlihat jelas dari apartmen nya di tingkat 12.
Dia menoleh. Perlahan bibirnya menarik senyum sinis. "Erm, dia datang... lelaki tak guna tu datang macam apa yang dijangka"
Dan ya, Jake Shim, lelaki itu dalang kehadiran Heeseung hari ini. Dia membuat kad lain melalui contoh kad yang Heebin beri kepadanya di hari mereka keluar makan sehari sebelum perkahwinan nya. Dia menghantar nya kepada Heeseung tanpa nama pengirim. Niat nya cuma satu, mahu memastikan satu perkara.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...