• adakalanya Tuhan pertemukan kita hanya sebagai kawan •
•••
Heebin, gadis itu dari tadi mundar-mandir di dalam bilik. Perasaan berbelah bagi menyelubungi diri. Segala ugutan Tuan Yoon petang tadi bermain di fikiran nya.
[Flash black]
"No!", Heebin memekik kuat, menolak lamaran Jay. Semua orang yang berada di situ agak terkejut. Namun hanya Jay masih memaparkan riak tenang. Dia tahu, lambat laun Yoon Heebin pasti menjadi isteri nya. Bukan Jake shim atau Lee Heesung, tapi dia, Park Jongseong.
Dengan pantas, kaki nya dibawa naik ke bilik atas. Makin lama di situ, makin keruh keadaan nanti. Sudah lah Tuan Yoon bangkit mahu menentang, mujur saja dia lantas bertindak dengan melarikan diri.
Bbang!
Pintu bilik nya dihempas sekuat hati. Sengaja membiarkan seisi rumah mendengar tahap marah nya yang semakin memuncak. Jay Park, lelaki itu umpama memancing jerung dengan belut.
Nafas nya dihembus kasar, rambut dikuak ke belakang beberapa kali. Kalau ikut kan hati, mahu saja dia lari dari semua ini. Seandainya Jake ada, jangan harap dia ada di rumah ini lagi.
Baru saja mahu bertenang, bilik nya diketuk kuat. "YOON HEEBIN! APPA NAK BERCAKAP DENGAN KAMU!", Tuan Yoon mengetuk lagi kuat pintu bilik Heebin apabila anak gadis nya itu tidak menyahut, bagai mahu pecah pintu itu jadinya.
Dengan berani nya Heebin bangkit dan membuka pintu kasar. Kalau tunggu lagi lama, memang tak ada pintu lah bilik nya. Wajah bengis Tuan Yoon terpapar jelas di muka pintu.
Tak kurang nya Heebin, wajah nya juga turut diketatkan. Tuan Yoon masuk dan berdiri tepat di depan Heebin. Wajah anak perempuan nya dipandang bagai mahu disembelih.
Heebin hanya berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain. "Cakap lah cepat", pinta Heebin, tidak mahu berlama. Tuan Yoon merengus, dasar anak kurang ajar!
"Appa tak kira, kamu kena kawin juga!", Heebin berpaling ke arah wajah lelaki tua yang merenung nya setajam pisau. Dia agak terkejut sebenarnya, bagaimana ayah nya bersetuju mengahwinkan anak gadis sendiri dengan lelaki yang dia langsung tak kenal?
Heebin berdecit. "Appa nak Heebin kawin dengan lelaki yang Heebin langsung tak kenal? Bukan kah itu tak tumpah macam tuang minyak pada api", Heebin bersuara datar. Dada nya naik turun menahan marah. Mudahnya ayah nya menerima lamaran keluarga Jay. Bagaimana dengan Jake?
"Kamu fikir appa suka-suka ke nak terima lamaran keluarga Jay kalau appa tak cukup kenal keluarga Park?", Tuan Yoon membalas dingin. Tidak mahu kalah dengan anak perempuan nya sendiri.
Rahang nya diketap, dia cuba untuk bersabar dengan sikap degil Heebin. Degil nya mengalahkan tinggi langit.
Disebalik pintu, Kim Suno, lelaki itu hanya sekadar memerhati perdebatan dua beranak. Malas mahu masuk campur. Bukan urusan dia.
"Bagus sangat ke dia sampai appa nak dia jadi menantu?!", Tuan Yoon tersenyum sinis. Boleh pula Heebin bertanya begitu.
"Kalau macam tu, Jake Sim tu bagus sangat ke untuk jadi suami kamu?", Tuan Yoon membalas pedas membuatkan Heebin terdiam. Hati nya semakin hilang sabar. Jelas sangat di wajah ayah nya kalau Jake bukan jenis yang mereka idamkan.
"Apa kurang nya Jake sampai appa dengan omma tak pernah suka dia?", suara nya diturun kan, agak sayu. Jujur di hatinya, dia agak sedih bila orang yang dia sayang bukan pilihan keluarga sendiri.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfic©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...