"Sayang, you okay tak ni? Dari tadi you termenung, makanan pun you tak sentuh... You pikir apa sayang?", Jake bertanya perlahan, memandangkan ada ramai orang yang berada di restoran untuk sarapan pagi.
Heebin yang dari tadi termenung bersama garfu di tangan segera mendongak. Bibir nya menghadiahkan senyum nipis.
"I pikir pasal wedding esok, cepat betul masa berlalu... Patut tak I ubah pikiran masa last minute macam ni?", air muka Jake Sim langsung berubah. Pinggan kaca langsung ditolak nya ke tepi sebelum tangan Heebin digapai dan digenggam nya erat.
"Sayang listen.. I pernah cakap kan, biarlah you jadi milik orang asalkan hati I tak pernah berubah... Jangan malukan family you sayang, air muka appa you penting, everyone knows him... Walau lepas you kahwin, kita still boleh jumpa.. itupun kalau husband you tak kisah", Jake melakar senyum pahit, dia agak terasa hati sebenarnya saat pertama kali tahu bahawa wanita yang ibarat nyawa kedua nya itu bakal berkahwin dengan jejaka lain.
Tapi sekarang... dia baik-baik saja. Lagipun bukan semua yang kita sayang harus dimiliki.
"I kecewa dengan appa I yang tak pernah sedar betapa baik nya hati you Jake", Jake Sim, jejaka kaya dan muda itu hanya mampu melakar senyum pasrah di hadapan Heebin. Dalam diam, dia mengikhlaskan gadis itu pergi—
•••
Jungwon, jejaka itu baru selesai menghantar kad jemputan kepada para pengarah syarikat mengikut perintah Jay Park.
Pagi-pagi lagi, dia sudah disuruh berjalan ke hulu ke hilir oleh kawan baik sendiri. Nasib Jay Park itu boss di tempat kerja. Jika tidak, mahu saja dia membiarkan kad itu dihantar sendiri oleh Jay.
Kaki nya diatur masuk ke dalam bangunan setinggi 100 tingkat itu. Niatnya, mahu bertemu dengan Jay Park.
"Selamat pagi Pengarah Yang", Jungwon mengangguk kecil saat dua orang gadis di kaunter pertanyaan menunduk hormat kepadanya. Maklum lah, dia salah seorang dari orang tertinggi dalam jawatankuasa syarikat.
"Maaf, Jay ada tak?", baru saja jejaka itu mahu melangkah ke arah lift, dia berhenti. Suara itu seperti sering didengar nya.
"Cik ada buat appointment dengan ketua pengarah ke?", lantas saja Jungwon menoleh ke belakang. Mata nya terbeliak luas tatkala gadis bergaun merah hati paras lutut menyapa pandangan nya.
"Oh my gaid! Sejak bila pula Haeun ada kat Korea? Gawat ni", dia segera berpaling dan berjalan laju ke arah lift di saat Haeun menoleh ke arah nya. Hampir saja dia tertangkap.
Dia harus segera memberitahu Jay soal Haeun. Butang 92 ditekan. Yang Jungwon mengigit kuku nya gelisah. Dia harus cepat sampai sebelum Haeun terlebih dahulu bertemu Jay.
Ting!
Belum lagi pintu lift itu terbuka sepenuhnya, dia terlebih dahulu berlari ke arah pejabat Jay yang hanya selang beberapa pintu dari pejabat milik Yang Jungwon.
Tanpa ketukan, jejaka itu menerjah masuk. Jay, ketua pengarah Park's Group itu mendongak. Wajah nya beku. Dia baru saja mahu menurunkan tandatangan untuk projek baru namun kehadiran Jungwon mengejutkan dirinya.
"Asal kau masuk tak ketuk pintu? Ni office, aku masih lagi orang atasan kau", Jay menjeling tajam ke arah Jungwon yang masih di pintu mencari nafas.
"I don't care who you are now... Yang penting sekarang ni, kau kena prepare untuk jumpa someone", Jungwon menarik nafas dalam sebelum mendekati Jay yang kelihatan agak keliru.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...