HAPPY READING♡~
"Ne, terima kasih detektif Park", Niki tersenyum manis seraya mengambil satu dokumen putih yang diminta nya dua hari lalu.
Detektif Park sekadar tersenyum sebelum menyambung kembali pekerjaan nya. Manakala Niki, terus membelek dokumen yang baru saja tiba di tangannya.
Lelaki itu asyik dengan pembacaan nya tanpa peduli suasana riuh rendah di balai polis. Meskipun sudah pukul 6 petang, namun suasana tetap sibuk.
Truttt... Truttt...
Pembacaan nya terhenti di saat telefon pintar yang disimpan di dalam briefcase bergetar kuat. Dokumen putih itu diletakkan di atas meja kerja detektif Park sebelum tangan menyeluk masuk, mencari keberadaan telefon nya.
Mata Niki bersinar tatkala nama bakal isteri nya menjelma di paparan skrin. Laju saja butang hijau diseret ke sisi.
"Yes baby Mijin?"
"Yah! Saya dah katakan jangan panggil saya baby!", Niki tertawa kecil tatkala suara lantang Mijin menjerit geram bergema kuat di hujung talian. Nasib saja tinny speaker diletak jauh dari telinga. Jika tidak, memang boleh tuli Niki jadinya.
"Alah, jangan lah marah, lagipun tak salah kan panggil awak baby? Awak kan baby besar saya Jung Mijin? Kan baby Mijin?", usik Niki. Jujur, dia rindukan perangai Mijin yang tidak suka diusik.
Sudah hampir seminggu mereka tidak bersua muka dan itu membuatkan Niki seperti hampir hilang nafas hanya kerana merindui. Itu salah satu alasan dia mahu segera menikah.
"Ish! Tak apa lah, saya letak tele—"
"ANDWAE!", jerkah Niki kuat.
Suasana yang riuh menjadi senyap tiba-tiba. Segala tindak tanduk manusia di dalam balai itu terhenti sebaik saja mendengar jerkahan kuat dari seorang peguam bela terkenal. Dan sudah pasti nya semua mata tertumpu kepada Niki.
Lelaki itu menoleh dan tersenyum kekok, malu. Pantas dokumen yang ia letak kan di atas meja digapai sebelum langkah besar dibuka, keluar dari balai.
Gila ke apa kalau masih berlama di situ?
Tiba saja di luar balai, lelaki itu mencuri pandang ke dalam melalui pintu kaca. Semua nya sudah kembali kepada asal dan lelaki itu langsung melepas nafas lega.
Telefon dilekap kembali pada telinga. Dan bersamaan itu, dapat Niki dengar bunyi kekehan seseorang sedang tertawa dihujung talian.
Niki mendengus perlahan. Sudahlah dia menjerit secara tiba-tiba di dalam balai kerana wanita itu mengugut untuk memutuskan talian sehingga dia dapat malu tapi sekarang? Mijin malah mentertawakan dia dan bukannya merasa bersalah.
"Awak marah ke?", Niki mencebik. Soalan jenis apa ni?
"Cuba pandang belakang", pinta Mijin lembut.
"Kena—", ayat Niki tergantung tatkala terasa ada satu tangan kecil melingkar kemas di pinggang nya. Serentak itu, tubuhnya terasa begitu hangat.
"Sebab saya ada di sini Nishimura Riki", Niki bagaikan disumpah, membatu di situ. Mungkin terkejut dengan kehadiran Mijin yang tiba-tiba saja muncul. Bukan selalu Mijin datang bertemunya dahulu.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...