Abaikan typo
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY❤
•••
Klerk
Pintu dikatup kembali sebelum Suno yang berbaring menghadap laptop didekati.
Tubuh dibaringkan tepat di sebelah lelaki 24 tahun itu.
"Mana fans kau tu?"
Heebin mencebik. Dah lah baru mahu berehat setelah lelah bertekak dengan Jake dan Jay yang bagaikan kanak-kanak namun kini ditanya kan kembali hal dua lelaki kacak itu.
"Dekat bawah, tengah gusti bantal"
"Tch, macam budak-budak je lah... Menyesal pula minta Jake datang", keluh Suno tanpa sedar dia sudah terlepas kata.
Serentak itu, Heebin segera bangun dengan mata yang membulat.
"MWO? kamu yang suruh Jake datang?", terhinjut bahu Suno, terkejut mendengar jerkahan kuat dari Heebin.
Bibir diketap sebelum dia berpaling ke arah Heebin yang merenung nya tajam. Menanti penjelasan.
"Okay, aku mengaku aku salah sebab dah undang bencana... tapi aku tahu Heebin yang kau rindu Jake, am I?"
Terdiam Heebin. Ya, jujur dari hati, dia memang sedang merindui jejaka Aussie itu cuma hasrat nya yang mahu bertemu Jake disimpan jauh.
Bukan apa, dia sedar diri bahawa dia milik orang. Lagi pula jika dia memang mahu bertemu Jake, dia tidak akan membawa lelaki itu bersemuka dengan si suami.
Kerana lihat lah apa yang terjadi sekarang. Bergaduh memanjang.
Tapi, dengan sengaja nya Suno mengundang Jake ke rumah demi Heebin. Boleh percaya ke dengan kata-kata Suno?
Heebin kembali berbaring tanpa membalas pertanyaan Suno.
"Jake tak kerja ke hari ni? Selalu nya sibuk"
Heebin hanya angkat bahu, tidak tahu. Dia juga terkejut bila Jake langsung tidak berganjak dari rumahnya malahan bergaduh dengan Jay hanya untuk bersama dia.
"Suno... Kamu masih tak suka pada Hayeon? Dah dua tahun dia suka kamu lagipun dia full package"
Kali ini, Kim Suno pula yang terdiam.
Entah jawapan apa yang dia harus berikan.
Dia juga tidak tahu. Hatinya kosong bila bersama anak gadis pengerusi Seo itu.
Dia tidak membenci atau menyukai, tapi sering saja gadis itu ditolak tanpa pernah memberi peluang. Aneh.
"Maaflah kalau kamu tersinggung dengan soalan tadi"
Suno hanya tersenyum nipis sebelum kembali menonton variety show kumpulan Enhypen.
Manakala Heebin mencuba untuk tidur. Kepala nya terasa pening.
"ARGHHH", Heebin dan Suno saling berpandangan tatkala suara jeritan seseorang bergema hingga ke bilik Suno.
"Jake!", lantas mereka bangun dan berlari keluar untuk melihat apa yang terjadi-
•••
Heeseung berpeluk tubuh dengan kaki yang disilang sambil menikmati suasana pagi di Han River. Tidak ramai orang, hanya ada majoriti yang datang untuk bersiar dan berjogging.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...