•CHAPTER 48•

190 35 11
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A GOOD DAY YEOREOBUN♡

•••

Heebin melangkah ke arah dapur sebaik saja keluar dari bilik tidur. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan tuala kecil di tangan.

Bibir nya menarik senyum kecil sebaik saja belakang tubuh Jay menyapa pandangan. Segera langkah disusun menuju ke arah si suami sebelum tubuh tinggi itu dipeluk dari belakang.

Jika sebelum ini Jay yang sering memeluknya dulu, biar kali ini dia pula mengantikan posisi lelaki itu.

Jay yang sedikit terkejut dengan kehadiran Heebin yang datang-datang terus memeluknya itu segera menoleh sekilas ke belakang.

Terpaksa dia menunduk sedikit untuk melihat wajah Heebin yang jelas sekali bawah dari nya. Terus saja Jay menghadiahkan senyum manis. Isteri kecil nya itu benar-benar comel dengan dress merah jambu paras lutut.

"Awal awak bangun?", perli Jay yang masih fokus membuat sarapan.

Heebin mencebik. Bukan niat dia mahu lewat semalam, tapi dia begitu penat kerana perjalanan mereka yang begitu jauh.

"Awak ni, bangun lewat salah, bangun awal pun salah. Tak faham lah macam ni!", pelukan pada pinggang Jay terlepas. Dia menghadap sisi tubuh Jay yang boleh dilihat jika lelaki itu tersenyum mereng. Lantas tangan nya naik memeluk tubuh.

"Merajuk lah tu. Herm perempuan, faham sangat"

Heebin mendengus. Jay seperti tidak peduli langsung soal dirinya.

"Dari awak merajuk, apa kata awak pergi duduk, kita sarapan", pinta Jay lembut tapi kedengaran begitu memerli.

Tanpa banyak bicara, Heebin melangkah ke arah meja makan. Salah satu kerusi ditarik dan punggung dihenyak sedikit geram.

Ditatap nya belakang tubuh Jay bersama cebikan. Dia mahu bermanja, tetapi lelaki itu sudah memusnahkan mood nya dari awal.

Belum sampai 10 minit, Jay melangkah mendekati Heebin yang masih dengan wajah masam nya bersama dua pinggan kaca yang diisi sandwic dan salad buah.

Satu diletakkan perlahan di hadapan Heebin manakala satu lagi, diletak berhadapan gadis itu. Jay melangkah pula ke arah kabinet. Dua cawan kaca diambil sebelum dia berjalan ke arah peti sejuk untuk mengambil susu Good Day. Susu kegemaran Park Heebin.

Jay kembali ke meja, dia mengambil tempat tepat di hadapan Heebin. Tanpa berkata apa, segera lelaki itu memakan sarapan nya. Tidak menghiraukan Heebin yang masih menatap nya bersama cebikan.

"Saya tengah merajuk ni, awak tak nak pujuk isteri awak ni ke?"

Jay mendongak sebelum tergelak kecil. Heebin benar-benar comel. Bersama bibir yang memuncung dan mata yang bersinar penuh harapan, gadis itu terlihat seperti anak kecil.

"Merajuk? Ada ke orang merajuk beritahu kalau dia sedang merajuk? Itu makna nya kamu tak benar-benar merajuk"

Jay menggeleng bersama sengihan nya. Dia kembali menyuap salad buah ke dalam mulut tanpa merasa bersalah langsung.

Heebin yang mendengarkan itu langsung menunduk. Sebelah tangan yang memegang garfu mula bermain-main dengan makanan di dalam pinggan.

Jay menghela nafas panjang melihat Heebin yang benar-benar merajuk. Dia sangkakan gadis itu hanya main-main dan cuma mahukan perhatian.

"Awak janganlah merajuk... pujuk ya? Baiklah, nanti saya pujuk", Jay bernada pasrah.

Laju saja Heebin mendongak bersama senyuman lebar yang mula terukir di bibir mungil itu. Memandang Jay dengan wajah yang begitu teruja.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now