ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN!
•••
Bunyi pintu yang dikuak mengejutkan seorang ibu hamil yang sedang tertidur lena dalam gulungan selimut tebal yang hangat nan selesa. Membuatnya terasa tidak mahu bangun walau hanya sebentar untuk ke tandas.
Kelopak mata itu perlahan terbuka dan menangkap sebuah sosok tampan yang baru melangkah masuk dengan nampan di tangan. Jangan lupakan wajah cerah dan ceria miliknya.
"Good morning angel", sapanya lembut.
Mendekat ke arah Heebin yang masih setia berbaring miring. Menyebak selimut tebal itu lalu mengangkat tubuh Heebin agar bersandar pada sandaran katil setelah dia meletakkan nampan yang dibawanya ke atas meja kecil di sisi katil Heebin.
Heebin mencebik. Dia masih ingin tidur. Semalam dia berbual panjang dengan dua makhluk aneh di rumah yang mengoceh tanpa henti.
"Saya nak tidur", rungut Heebin dengan bibir nya dicebik panjang.
"Sekarang dah pukul 10 Yoon, makan sarapan dulu baru boleh tidur balik", dia melirik ke arah jam dinding sebelum kembali menatap Heebin.
"Tapi saya nak tidur—"
"But you're pregnant"
Lagi dan lagi, Heebin terdiam. Suara nya lembut sahaja disaat menegur tapi mengapa kedengaran begitu mutlak? Terasa seperti disihir.
Jari panjang dan kurus itu terangkat, mengusap perut yang sudah memboyot ke depan. Tersenyum kecil disaat merasakan tendangan halus dari dalam.
Bayinya bergerak dan Heebin tahu itu.
"Baby lapar?", tanya nya walau tahu itu tidak akan terjawab. Hanya dibalas tendangan dari dalam yang membuatnya tersenyum kecil.
"Saya suap?"
Heebin mengangguk. Dia masih terlalu malas untuk bergerak. Niatnya cuma mahu bergelut dengan selimut sepanjang hari ibarat beruang kutub yang sedang berhibernasi.
Membuka lebar mulut nya disaat satu suapan melayang. Memakan penuh nikmat masakan yang disediakan oleh figura di depannya ini. Sedap dan memuaskan seperti biasa.
Hening. Tidak ada yang mahu memulakan perbualan. Masing-masing terlarut di dalam perasaan.
Heebin menatap lembut ke arah sosok di samping nya ini. Tersenyum kecil setelahnya.
"Heeseung-ah...", Heebin memanggil lembut sebuah nama yang sering menemani nya kebelakangan ini baik tidur atau bangunnya. Sosok yang dulunya sempat menghilang tanpa khabar dan jejak namun kini kembali ke pangkuannya lagi.
Bolehkah Yoon Heebin jujur pada dirinya bahawa dia begitu bahagia boleh bertemu Lee Heeseung lagi?
Lee Heeseung, lelaki tampan nan tinggi itu hanya membalas dengan gumaman tanpa menatap Heebin. Masih mengaduk bubur ayam di tangannya.
"Terima kasih sebab selalu ada untuk saya dan terima kasih sebab kembali"
Heeseung mendongak, menatap Heebin. Alisnya bertaut, bingung kenapa Heebin mengucapkan ucapan itu secara tiba-tiba namun setelahnya tersenyum lembut.
Meletakkan mangkuk bubur itu ke atas nampan lalu membenarkan kedudukan nya, berhadapan tepat dengan Heebin.
Menggeleng kecil sambil menggenggam jemari mungil milik wanita yang masih setia bertakhta di hatinya.
"Saya tak perlukan ucapan terima kasih, cukup awak selalu ada di sini dah buat saya rasa sangat bersyukur. Sebaliknya saya yang patut ucap terima kasih sebab awak mahu terima kehadiran saya lagi... Thank you so much my beautiful angel"
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...