"Mari.. kita bercerai", mata Jay terbuntang luas tatkala ayat itu menyelusup masuk ke pendengaran dengan jelas meski bunyi hujan lebih kuat. Dia terkaku—
Jay merenung dalam anak mata Heebin sebelum menggeleng, banyak kali. Lidah menolak-nolak pipi kanan, bengang dengan keputusan terburu-buru Heebin.
Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Sedaya upaya dia menahan sabar dari terus naik angin pada isteri sendiri.
"Cuba bagi tau saya, kenapa awak nak bercerai? Sebab tadi? Atau sebab nak kahwin dengan Jake?", Park Heebin menunduk. Kepala digeleng perlahan.
"Aniya... Saya cuma tak nak terus jadi isteri derhaka, cukup lah saya kurang ajar dengan omma dan appa... Saya tak nak tambah dosa, that's why saya rasa better kita bercerai", sekian kali, Jay menghela nafas berat. Sempit juga fikiran Heebin.
"Awak sedar tak awak cakap apa? Semalam kita kahwin, hari ni nak bercerai? Awak tengah cuba nak malukan semua orang ke ni?"
Heebin mencebik. Bukan itu niatnya.
"Awak ingat ni... bercerai atau tidak itu keputusan saya... I'm your husband, awak tak boleh buat apa-apa kalau saya tak izinkan"
"Ta—"
"Saya akan pura-pura tak dengar", Jay langsung bangun dan berjalan menuju ke arah katil. Meninggalkan Heebin yang mula dihimpit perasaan tidak puas hati.
Sempat juga telinga nya menangkap bunyi keluhan kasar. Mungkin Jay sedang marah?
Heebin hanya merenung belakang tubuh Jay yang dilitupi selimut tebal dengan pandangan kosong sebelum dia mengeluh kecil.
Nampaknya, dia akan terus terikat dengan hubungan ini.
•••
"Good morning", menantu Tuan Yoon itu tersenyum ramah seraya menarik kerusi dan duduk bersebelahan Kim Suno. Seolah-olah semua nya baik-baik sahaja.
"Good morning Jay", senyum Tuan Yoon.
"Heebin mana? Selalu nya dia awal bangun", semua terdiam tatkala mendengar soalan dari Suno. Lelaki itu masih tidak tahu akan kejadian semalam. Jika Suno tahu, pasti senyuman nya tidak seindah selalu.
Jay menoleh bersama senyuman kelat. "Dia tengah berkemas, flight kan pukul 3 nanti"
Suno memandang bersama kerutan nipis di dahi dan mengangguk perlahan. "Eo geurae? Kalau macam tu, Suno pergi jumpa Heebin", secawan teh di ambil sebelum langkah dibuka besar menuju ke bilik Heebin.
Pintu bilik sepupu nya itu sedikit terbuka, niat nya mahu mengetuk terdahulu namun sebab tabiat, dia langsung masuk ke dalam.
Heebin menoleh sebaik terdengar bunyi derapan tapak kaki datang menghampiri nya yang duduk bersila depan almari baju.
Bibir langsung menguntum senyuman manis tatkala Suno datang menghampiri.
Cawan diletak ke atas meja solek bersebelahan almari sebelum duduk di birai katil sepupunya itu.
"Busy sangat ke kemas baju sampai tak turun sarapan?", Heebin hanya tersenyum nipis. Tangan kembali memilih pakaian di dalam almari.
"Heebin?", panggil Suno lembut apabila Heebin tidak menjawab apa-apa. Itu aneh, sangat aneh bila Heebin tiba-tiba tidak bersuara.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...