•CHAPTER 38•

176 35 29
                                    

Ha ni dia, abang-abang warior kita😍kecuali Niki lah, dia bukan abang tapi adik, adik warrior 🙊❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ha ni dia, abang-abang warior kita😍kecuali Niki lah, dia bukan abang tapi adik, adik warrior 🙊❤

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN ❤

•••

"Eo, Heeseung? Kamu dah balik? Lama hyung tunggu kamu", Lee Taeyong anak lelaki sulung Tuan Lee menuruni anak tangga bersama senyuman manis membuat kan Heeseung terdiam dan kaku—

Sudah 4 tahun lamanya lelaki 34 tahun itu menetap di UK kerana pelajaran tanpa pernah sekali pulang ke tanah air.

Dan hari ni, lelaki itu berada di rumah. Sudah pasti itu memberi kejutan besar untuk Hesseung.

Hesseung menunduk tatkala Taeyong melabuhkan punggung tepat di depannya. Dan dia sedikit tidak selesa dengan pandangan abang nya itu. Menjeling setajam pisau!

"Heeseung, tak nak sapa hyung kamu? Dia baru saja balik petang tadi", Tuan Lee tersenyum gembira.

Senang hati kerana kedua-dua anaknya ada di rumah lagipun Krismas semakin dekat.

Heeseung menoleh memandang Tuan Lee disisi, dia menguntum senyum tipis.

Dia mahu menyapa walau sedikit kekok tapi lidah nya kelu setiap kali melihat pandangan penuh benci dari Taeyong.

"Heeseung, Taeyong akan ada di rumah sampai habis musim sejuk", Heeseung terkedu.

Apa?

Taeyong di situ selama 3 bulan? Wah, tampaknya hidup nya akan sedikit sulit sepanjang keberadaan lelaki itu di rumah.

Heeseung sempat menjeling dari ekor mata, kelihatan Taeyong tersenyum lebar tapi senyum manis dari abangnya itu sedikit membuat nya terasa seram.

"Erm, kamu berdua berbual lah dahulu ya? Appa nak jemput omma kamu takut nanti dia lupa nak balik", Tuan Lee bingkas bangun dan beredar, ke jiran sebelah.

Sekarang hanya tinggal Heeseung dan Taeyong di rumah. Mereka sekadar berdiam, Taeyong merenung adik nya dan Heeseung kekal menunduk.

Taeyong berdecit halus seraya menguak rambut lebat bewarna merah itu kebelakang. Bibir diketap geram, ini lah sebab dia tidak mahu pulang, perasaan marah dan benci nya pada Heeseung akan kembali.

"Aku dengar kau menghidap barah hati, betul ke?"

Heeseung diam. Suara Taeyong jelas kedengaran seperti suka akan kenyataan itu.

"Heeseung naik dulu", Heeseung bersuara perlahan.

Baru sahaja dia mahu mendaki anak tangga menuju ke bilik, langkah nya mati tatkala Taeyong kembali bersuara.

"Tch, kenapa lah kau tak berhenti susahkan appa dengan omma... kalau dah tenat itu kenapa tak nak mati terus, kan senang hidup aku kalau kau tiada", Heeseung mengetap bibir, menahan diri dari menangis.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now