•CHAPTER 67•

169 28 20
                                    

loves this edit🙂💗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

loves this edit🙂💗

•••

ABAIKAN TYPO AND HAPPY READING YEOREOBUN ❤️

•••

"Heebin? Are you okay?", Heebin menoleh sebaik saja Jake memanggil dan bertanyakan soalan singkat. Sempat lelaki itu menjeling ke arah Heebin dalam fokus pemanduannya.

Heebin tersenyum nipis. "Saya okay lah, awak janganlah risau sangat"

Jake berdecit kesal. Bagaimana Heebin terfikir mahu menipunya padahal lelaki itu tahu sepenuhnya tentang segala isi hati Heebin? Mereka sudah lama berkenal rapat, pasti saja Jake sudah hafal ekspresi Heebin disaat membohongi nya.

"Awak boleh tipu jay tapi bukan saya Heebin, awak sedang hamil dan wajarlah saya risau... Dari tadi awak diam, saya tahu ada sesuatu yang menganggu awak, cakap lah, jangan pendam", ujar Jake sedikit tegas namun terselit kerisauan di balik bicara lelaki hampir 28 tahun itu.

Dia sedikit bengang dengan Heebin yang mahu menipu dirinya.

Heebin terdiam untuk seketika sebelum keluhan kecil terbit di belahan bibir merah muda itu.

"Heeseung...", sebaris nama yang meniti di bibir mungil itu berjaya menyentap perasaan Jake sepenuhnya. Dalam kegelapan dinihari, raut wajah Jake berubah drastik.

Perasaan risau nya membuak-buak. Bagaimana dia tidak resah jika dia sudah berusaha menyembunyikan perihal Lee Heeseung dengan sehabis baik? Namun akhirnya nama itu tetap terbit pada bibir lelaki itu.

"K-kenapa dengan dia?"

Keadaan tiba-tiba bungkam. Heebin terdiam sepi disamping Jake yang dihimpit perasaan resah dan ingin tahu yang kian menggunung tinggi.

Apa yang ada fikiran Heebin?

"Saya rasa saya dah gila, saya... lebih rindu Heeseung berbanding Jay", Heebin bersuara perlahan, kepalanya menunduk. Jari-jemari nya dimainkan.

Dia sudah bersedia mahu menerima segala kata-kata yang kurang menyenangkan dari Jake. Namun nihil, lelaki itu malah berdiam.

"A-awak tak marah?", Heebin menyoal perlahan melihatkan Jake yang tiba-tiba sunyi tanpa sebarang suara. Lelaki itu menoleh sekilas. Dapat Heebin lihat di balik samarnya lampu jalan yang menerobos melalui tingkap kereta yang sedikit gelap bahawa Jake Shim sedang tersenyum nipis.

"Kenapa pula saya nak marah? Dah hati awak rindu dia, takkan saya nak halang perasaan awak? Lagipun wajarlah awak rindu dia, Heeseung kan pernah ada tempat di hati awak...", Jake membalas lembut.

Dia tidak mahu mengguris hati Heebin biarpun hatinya begitu tersinggung. Itu bermakna Heebin memikirkan Heeseung sepanjang makan malam mereka. Patut saja gadis itu terlihat tidak fokus.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now