•CHAPTER 41•

170 34 14
                                    

HANDSOME EN ABE SUNGHOON? 🙈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANDSOME EN ABE SUNGHOON? 🙈

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN❤

•••

"Heeseung, macam mana?", wajah risau Tuan Lee dipandang kosong. Tanpa membalas apa-apa, langkah disusun keluar dari pintu utama hospital. Mengabaikan panggilan dari sang ayah.

Bersama langkah lemah, dia terus berjalan kaki dari hospital menuju ke Han River.

Jaraknya tidak begitu jauh, kira-kira 8 KM dari hospital. Dan mungkin mengambil masa 40 minit kalau berjalan kaki.

Tubuh disandarkan di kerusi kosong. Sudah masuk tengah hari namun cuaca begitu baik sehingga tidak terasa begitu panas mahupun sejuk.

Malahan tidak ramai orang yang ada di situ meski esok adalah hari Krismas. Semua orang sibuk bekerja, mengejar kemewahan duniawi.

Heeseung menghela nafas lelah. Dipandang sayu gambar ultra bunyi hati sebelum dia mengambil keputusan untuk merenyuk gambar itu menjadi gumpalan dan dibuang jauh.

Makin dilihat nanti, semakin dia merasa sedih dengan hidup sendiri.

Baru saja dia mahu melelapkan mata, paha nya dicuit. Segera Heeseung memandang ke arah kanak-kanak lelaki yang berdiri di hadapan nya bersama senyuman.

Heeseung tersenyum kecil. Comel.

"Ya, adik nak apa?"

"Pakcik... Pakcik nak tak jadi papa Youngha? Kesian mama kena besarkan Youngha seorang diri", Heeseung tergelak kecil mendengar permintaan anak kecil di depan nya itu. Tambahan dia memanggil Heeseung dengan panggilan 'pakcik'.

Sebegitu tua kah Heeseung di mata anak kecil itu?

Anak kecil itu diangkat dan di dudukan di atas riba. Kepala nya diusap lembut.

"Jadi papa Youngha?", Youngha mengangguk laju. Dia sibuk meneliti wajah Heeseung.

"Tapi pakcik tak kenal dengan mama Youngha—"

"YAH CHA YOUNGHA!", Heeseung menoleh. Melihat seorang gadis cantik yang berjalan ke arah mereka sambil bercekak pinggang.

Segera Youngha turun dari riba Heeseung dan berlari ke arah wanita muda itu. "Youngha, kan mama dah cakap jangan jalan jauh-jauh, kalau sesat nanti macam mana?", dia mencebik seraya tubuh kecil itu didukung.

Youngha tersengih sebelum dia menoleh memandang Heeseung yang sudah berdiri di hadapan mereka berdua. "Pakcik inilah mama Youngha, dia cantik kan?", leher si ibu dipeluk erat.

Heeseung dan dia saling berpandangan sebelum dia memberi senyum kekok. "Err... maafkan anak saya, dia tak pernah pun macam ni, minta orang sebarangan jadi papa dia"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now