•CHAPTER 46•

169 37 17
                                    

ABAIKAN TYPO

HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡

•••

Selesai saja makan tengah hari di restoran yang ada di pekan kecil Jeju. Heebin dan Jay mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di kawasan taman berdekatan.

Heebin menjilat aiskrim berperisa coklat yang baru saja dia buka. Dia memandang ke arah Jay dan buat seketika mereka saling berbalas pandangan. Tawa kecil terlepas sebelum pelukan di lengan si suami makin dieratkan.

Bahagia. Satu kata yang terungkap di dalam hati. 7 huruf namun besar makna nya.

Mereka terus berjalan, mengikut saja kemana laluan pejalan kaki itu akan membawa langkah kecil mereka.

Bersama tiupan angin lembut yang menemani mereka, terasa seperti mereka berada di alam drama romantis.

Mereka hanya berdiam. Saling melayani perasaan masing-masing.

Lengan sasa Jay dilepaskan sebelum Heebin berjalan menghadap Jay. Kedua belah tangan lelaki itu digapai lalu digenggam erat. Lelaki 27 tahun itu sedikit kaget namun cepat-cepat wajah nya dihiasi senyum lebar.

Heebin, isterinya itu semakin berani bertindak.

"Sayang, saya tahu lah saya handsome tapi jalan itu tengok lah depan. Jatuh nanti macam mana?"

Wajah manis itu tidak lekang dari senyuman yang terukir dari erti keikhlasan. Kepala digeleng perlahan.

"Saya takkan jatuh, ada mata tengok kan jalan depan"

"Mata? Sayang ada mata dekat belakang juga ke?"

Sekali lagi, Heebin menggeleng kecil. "Awak lah. Awak boleh tengok kan jalan untuk saya, saya yakin awak akan cakap jika ada sesuatu di depan. Awak takkan biarkan saya jatuh, bukan?"

Jay berdecit perlahan.

Tiba-tiba saja langkah Jay terhenti, membuat kan Heebin turut sama berhenti.

Heebin mengerut kecil. Baru saja dia mahu menoleh melihat ke depan, suara Jay menghentikan nya.

"Awak percaya pada takdir?"

Heebin terdiam. Wajah Jay ditatap lama sebelum bahu nya diangkat kecil. Tidak pasti.

"Awak pula? Awak percaya tak pada takdir?"

Jay tersenyum lalu mengangguk. "Saya boleh buktikan apa yang saya katakan semalam"

Perlahan Heebin berpaling ke arah yang sama dilihat oleh Jay.

Patutlah lelaki itu berhenti, rupanya mereka tiba di sebuah persimpangan. Raut penuh senyuman Jay dipandang kembali.

Faham apa yang lelaki itu mahu sampaikan.

"Awak ikut kanan, saya ikut kiri, saya akan tunggu di penghujung", arah Jay sebelum genggaman mereka terlerai. Serentak itu, tangan Heebin menjadi sejuk. Kehangatan dari Jay menghilang bagai dibawa tiupan angin lembut.

Heebin hanya memerhati bayangan Jay yang semakin menjauh dan menghilang. Dia tersenyum tawar.

"Macam mana kalau saya tidak akan pernah kembali Jay? Apa awak akan buat?"

•••

"Weh, betul ke apa aku dengar?"

"Apa dia?"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now