•CHAPTER 29•

196 34 65
                                    

#TUTUPMATABERJEMAAH  UNTUK CHAPTER NI🙊😂 nak baca atau tak nak itu pilihan diri sendiri 😉tak jadi lah buat hashtag banyak² utk chapter ni sbb permulaan dia tak sesuai, next chapter maybe?

Anyway, abaikan typo.

•••

"EHERMM", gelak tawa dua insan itu segera mati, Heebin dan Calvin menoleh serentak ke arah belakang tatkala mendengar bunyi seseorang berdehem kuat.

Jay Park.

Dari jauh lagi, dapat Heebin lihat wajah tampan Jay tampak begitu tegang dan kelat.

'Apa pula tak kena kali ni?', monolog hati Heebin. Melihat wajah masam mencuka si suami buat hatinya kurang senang.

Pasti ada saja kelakuan kurang matang yang akan lelaki itu tunjukkan.

Dia mendekati dua manusia yang kelihatan sedikit bingung. Laju saja dia melangkah. Panas sungguh hati nya melihat betapa dekatnya Calvin dengan Heebin.

"May I sit?", pinya Jay bersama senyuman tidak ikhlas yang ditujukan kepada Calvin yang hanya mengangguk.

Tanpa amaran, Jay langsung melabuhkan punggung dengan agak kasar di antara dua makhluk itu. Ruangan yang terlalu kecil untuk lelaki dewasa seperti Jay membuatkan Calvin yang duduk di hujung bangku, jatuh terjelupuk ke pasir pantai.

Terkejut Heebin dibuatnya tatkala mendengar Calvin meringis sakit. Riak tak bersalah Jay ditatap kesal. Betul ke ni suami Park Heebin?

"Apa awak buat ni?", soal Heebin sedikit geram. Geram dengan sikap tak matang Jay yang agak tiba-tiba.

Jay menoleh bersama riak kosong di wajah nya. "Awak tak nampak saya sedang duduk?"

Heebin mengetap bibir geram sebelum berjalan ke arah Calvin yang menepis-nepis pasir yang melekat di baju nya memandangkan lelaki Perancis itu baru pulang dari mandi pantai.

"Calvin, are you okay?"

Jejaka itu tersenyum manis melihat raut risau yang terpapar jelas di wajah Heebin. "I'm okay Heebin"

Jay yang hanya memerhati tajam dua makhluk Tuhan berlainan jantina itu , tersenyum sinis. Adegan romantik abad ke berapa pula ni?!

Heebin ni macam tak sedar diri ada suami!

Baru saja Heebin mahu membantu Calvin membuang pasir yang masih terlekat di baju t-shirt hitamnya, Jay lantas bangun dan menyambar kasar pergelangan tangan Heebin.

Dibawa nya pulang ke bilik mereka.

Jika makin lama dibiarkan, takut perasaan nya pula tidak dapat dibendung dari terus menumbuk wajah hitam manis jejaka Perancis itu. Lagipun dia tidak mahu merosakkan suasana bulan madu mereka.

"Jay sakitlah!", rungut Heebin seraya meronta-ronta mahu meloloskan diri dari pegangan Jay. Namun, semakin kuat wanita itu meronta, semakin kuat genggaman Jay.

Sampai saja di bilik, tubuh mungil Heebin ditolak kasar ke atas katil. Tidak lupa juga untuk Jay mengunci pintu bilik mereka.

Baju t-shirt putih yang tersarung ditubuh, diruntun kasar dan dicampak ke bawah. Dia merangkak ke arah Heebin yang semakin lama semakin mengundur ke belakang.

Jujur, Heebin sungguh takut saat ini. Yang berdepan dengannya kini bukan Jay yang suka mengusik namun Jay yang penuh amarah dan dikuasai perasaan cemburu.

Heebin menelan air liur kelat tatkala tersedar dia berada di pengujung katil. Satu langkah lagi dan dia pasti jatuh tersembam ke bawah.

Baru saja wanita itu mahu bangkit dari katil dan lari jauh dari Jay, suaminya itu terlebih dahulu bertindak dengan menarik kasar kaki Heebin sehingga dia berada tepat di bawah Jay.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now