ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN♡
•••
Heebin mengeluh lemah. Minda nya dipenuhi bayangan Jay, si suami ego Yoon Heebin. Sudah tiga hari lelaki itu tidak pulang ke rumah. Jangankan pulang, menelefon Heebin juga tidak ada.
Takkan lah Jay juga mahu mengulangi ulah Heeseung yang menghilang tanpa khabar lima tahun lalu?
Jika ya, dia hanya mampu berharap itu sekadar mimpi buruk. Dia tidak mahu ditinggalkan dalam keadaan sedang berbadan dua. Bagaimana nasib bayinya kelak?
Sekian kali, Heebin mengeluh berat. Fail hitam yang terbuka separuh ditutup lalu disimpan ke sisi. Dia malas mahu membaca dokumen buat masa ini.
Lama dia termenung merenung pintu bilik sebelum bayangan seseorang menerpa ruang fikiran. Perlahan senyuman lebar mula meleret di bibir mungil itu.
"Betul tu! Jungwon mesti tahu dia dekat mana", beg tangan nya diraih lalu disangkut pada bahu.
Dengan hati yang kian berbunga, dia melangkah keluar dari kamar kerja.
"Pengarah? Nak kemana? Sekejap lagi ada meeting dengan kumpulan rekaan", Hendery menyapa aneh setelah melihat majikannya itu keluar bersama beg tangan. Siap menyanyi lagi!
Heebin menoleh lalu menghadiahkan senyum manis. "Keluar. Tangguhkan semua meeting hari ni, saya ada hal lagi penting. Dan awak pula, kalau nak balik pun, asilakan balik"
Sempat Heebin melambai ke arah Hendery sebelum kembali menyambung langkah, keluar dari bangunan tinggi pencakar langit itu. Dia sudah terlalu teruja mahu bertemu Jay. Harap saja lelaki itu ada bersama Jungwon.
Hendery sekadar memerhati kepergian gadis itu. Perlahan senyum kecil terbit menghiasi wajah tampan Hendery.
"Kenapa lah Taeyong beria sangat nak hancur kan rumah tangga awak?"
•••
Heebin melangkah masuk ke dalam lobi syarikat. Dan serentak itu banyak mata yang melirik ke arah Heebin yang menapak ke kaunter pertanyaan. Tentu saja mereka kenal Heebin! Siapa saja tidak kenal setelah gambar perkahwinan mereka tersebar luas?
Ada juga yang menunduk hormat pada gadis itu. Maklum lah dia isteri kepada presiden syarikat mereka.
"Selamat tengah hari Puan Park. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?", sapa seorang pekerja wanita seraya menunduk hormat. Senyum manis dihadiahkan pada wanita itu.
"Err, suami saya ada-"
"Eo? Heebin?"
Heebin langsung berpaling tatkala suara seseorang menyapa nya dari jarak yang agak dekat. Serentak itu, terpancar raut gembira di wajah gadis itu.
Kelihatan Jungwon menapak ke arah nya bersama senyuman manis. Senang dapat bertemu kakak ipar.
"Buat apa dekat sini?", Jungwon mengerling ke arah beberapa pekerja di kaunter. Memberi isyarat agar mengabaikan mereka dan meneruskan kerja.
"Saya cari Jay, dia ada?"
Jungwon tersentak mendengar kan pertanyaan Heebin. Dia terdiam buat seketika. Tiba-tiba saja dia diserang rasa gelisah. Apa harus dia jawab? Patutkah dia menipu untuk kali ini?
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...