Kalau ada typo mohon abaikan, saya malas nak baca balik. Thank you and happy reading♡~
Heeseung meneguk air liur kesat manakala anak mata tidak teralih dari susuk tubuh Choi Yeonjun yang memang sudah tidak bernyawa.
Jejaka itu meringis kesakitan tatkala tersedar tapak tangan sudah mengalirkan cecair merah akibat luka tertekan kaca.
Tubuh Haeun yang masih menggeleter itu dipandang. Bahu gadis itu dipaut, kasar.
"Haeun, kau percaya aku kan?", Haeun mengangguk lemah. Air mata Haeun dilap.
Kepala gadis itu didonggak, memandang sepasang anak mata coklat keperangan milik Heeseung.
"Kalau macam tu, kau kena dengar cakap aku. Kau duduk saja macam ni, aku akan telefon polis dan bila polis datang dan tanya kenapa kau bunuh dia, cakap saja dia cuba rogol kau"
Haeun menggeleng. Agak sukar mempercayai apa yang lelaki itu arahkan. Apa? Mengaku diri membunuh? Gila!
"Ikut saja cakap aku. Kau takkan dipenjarakan, aku akan minta tolong appa aku untuk tutup kes", perlahan Haeun mengangguk tanda faham.
Dia sedikit ragu mahu mengakui kesalahan nya namun dia percaya akan Heeseung, lelaki itu anak dari keluarga berpengaruh, sama seperti dirinya.
Baru saja Heeseung mahu bangkit dan menelefon pihak polis untuk memberitakan hal ini, tangan Haeun mengapai hujung kot hitam lelaki itu.
Lantas dia menoleh. Memandang Haeun yang sedang mengawal nafas, wanita itu tampak seperti mahu berbicara sesuatu membuatkan Heeseung hanya diam dan menanti.
"M-macam mana dengan keluarga Choi?", terketar Haeun bersuara. Dia takut jika memikirkan bahawa dia telah menghapus nafas anak tunggal keluarga Choi dan lebih berat lagi, jejaka yang pernah menjadi kekasih gelap nya itu adalah seorang pewaris tunggal.
"Jangan risau. Anak tak guna mereka yang buat jenayah dulu, lagipun siapa mereka nak saman keluarga Son", usai bersuara Heeseung terus menuju ke muka pintu dapur.
Telefon pintar yang tersimpan di dalam poket bahagian dalam kot diambil. Segera nombor detektif kenalan nya didail.
Kedengaran bunyi riuh rendah di hujung talian sebaik saja panggilan mereka bersambung. Maklumlah balai polis memang jarang tidak riuh.
Manusia zaman sekarang terlalu banyak membuat jenayah sesuka hati hingga balai polis tidak pernah lekang dari manusia yang keluar masuk balai.
"Eo? Soobin arh aku ada benda nak cakap"
"Kenapa? Apa dia? Aku sibuk ni urus kes cabul cikgu sekolah tinggi", suara Soobin sedikit meninggi memandangkan suasana agak bising.
"Aku nak kau urus kes bunuh", Heeseung bernada tenang sambil mata meliar ke arah Haeun yang memeluk lutut dan memandang ke arah tubuh Yeonjun di bawah meja.
"Kau merepek apa ni? Siapa pula nak membunuh? Kau? Sunghoon? Ke Haeun? Jangan nak prank aku lah", kedengaran suara tawa Soobin di hujung talian. Menganggap hal ini sebagai gurauan.
"Betul tu, Haeun yang bunuh. Dia bunuh Choi Yeonjun, pewaris The Choi's", langsung mati suara tawa dari Soobin tatkala suara Heeseung tiada kedengaran seperti mengajak nya bergurau. Terkejut mungkin?
"MWO?!", suara jejaka berpangkat kan pegawai polis itu bergema begitu kuat.
•••
Heebin tersenyum suka tatkala istana pasir nya bersama Jay berdiri teguh. Sudah lima kali mencuba, dan kali ke enam istana mereka berjaya berdiri. Awalnya, dia berfikiran bahawa membina istana pasir adalah hal yang mudah, ternyata tidak.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...