•CHAPTER 4•

247 51 12
                                    

Pulang saja Suno dari universiti, kelibat Heebin adalah perkara pertama yang jejaka itu cari. Satu rumah sudah diserbu. Namun nihil. Nampaknya Heebin belum pulang.

Tuan Yoon yang baru keluar dari bilik itu didekati. "Samchun, boleh tak Suno nak pijam kereta, Heebin minta saya datang jemput, kereta rosak", lelaki tua itu mengangguk sebelum masuk kembali untuk mengambil kunci kereta. Tak sangka penipuan nya berjaya. Ada ciri-ciri penipu sikit.

Tapi tak salah kan kalau untuk kebaikan? Dia cuma takut kalau-kalau Heesung hilang akal dan pergi bertemu Heebin. Bukan nya boleh harap sangat lelaki itu.

Tangan nya laju menyambut huluran kunci kereta sebaik sahaja pakcik nya kembali. "Gomawoyo, nanti Suno pulangkan", pakcik nya hanya mengangguk perlahan. Dia percaya akan Kim Suno sepenuhnya.

"Hati-hati memandu"

•••

Punggung yang lelah duduk seharian menghadap fail-fail kerja, diregangkan. Melegakan segala urat saraf yang sudah mahu terputus.

Jam di telefon dikerling. Pukul 5:30 petang. Jam balik rumah. Heebin memang akan pulang 30 minit awal dari pekerja lain. Itulah kelebihan nya sebagai pekerja atasan.

Barang-barang disusun kemas, bersiap untuk pulang. Beg tangan diambil sebelum langkah dibuka. Meja Mijin menjadi destinasi wanita muda itu.

"Mijin, saya balik dulu", gadis itu hanya menunduk tanpa banyak bicara. Tanpa berlengah Heebin menyambung langkah, menuju ke lobi syarikat.

Baru sahaja dia mahu melepasi tempat scan masuk syarikat, langkah nya mati.

Satu susuk tubuh yang membelakangi nya menarik perhatian nya. Lelaki itu berdiri tidak jauh dari nya, di kaunter pertanyaan.

Dengan baju kemeja petak-petak bersama seluar jeans denim, membuat kan perasaan nya berkeras berkata jika itu salah seorang kenalan nya. Dia seperti sungguh mengenali figura itu. Seperti sudah terbiasa dengan pandangan belakang itu.

"YOON HEEBIN!"

Satu teriakan yang memanggil nama nya mematikan langkah yang baru sahaja mahu dibuat. Niat nya serta merta terbatal tatkala melihat Suno yang berlari anak ke arah nya. Wajah Suno dipandang tajam sebaik saja berada tepat di depan nya.

"Kalau nak panggil orang tu, jangan lah sampai menjerit, malu tau tak", Heebin bersuara, menegur tindakan Suno. Sempat juga mata nya menjeling. Lelaki itu hanya mampu tersengih.

Heebin's

Suno tersengih kecil membuat kan aku merasa lebih meluat. Sepatutnya dia minta maaf bukannya tersengih.

Baru sahaja aku mahu memandang kembali ke arah tadi, Suno dengan laju memeluk bahu ku. Menghalang pandangan ku dari terus melihat ke sana. Aku memandang nya pelik, kenapa pula tiba-tiba peluk bahu aku? Lain semacam pula aku rasa.

Aku mencuba untuk melihat ke sana lagi, tapi dengan paksaan aku dibawa pergi. "Jom balik, dah lambat ni", dahi ku berkerut, kenapa Suno macam lain saja ni?

Aku hanya menurut. Mungkin dia ubah tabiat? Siapa tahu?

Aku memandang wajah Suno yang kelihatan seperti gelisah. Ada sesuatu yang terjadi tapi aku tak tahu ke?

Adakala nya, dia menoleh ke belakang. Seperti memandang sesuatu, tetapi bila aku mau pandang ke belakang, tubuh tinggi nya menghalang. Berkeras tidak mahu aku turut melihat.

Suno membawa ku ke arah kereta Audi hitam, aku tahu itu kereta appa. Pintu tempat penumpang dibuka. Aku memandang nya, pelik sungguh Kim Suno hari ini.

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now