•CHAPTER 69•

103 23 7
                                    

"Heebin?!"

Begitu terkejutnya Jake sehingga suara nya bergema di seluruh ruang kafe. Melihat wajah manis yang sedang tersenyum gembira membuatkan dia seakan-akan sedang berhalusinasi.

Melihatkan Jake yang menggosok matanya banyak kali membuatkan Heebin mengerutkan kening, hairan.

"Jake awak kenapa?"

Mendengar kan suara Heebin, lelaki itu seakan-akan terpukul dengan realiti. Kepala didonggak lalu Jake bingkas bangun dan berdiri tepat di hadapan Heebin.

Heebin mengerdipkan matanya banyak kali tatkala Jake merenung nya dari atas hingga bawah seolah-olah lelaki itu berasa sangsi akan dirinya.

"A-awak kenapa?"

Bahu gadis itu dipegang erat oleh Jake. Matanya dikecilkan bagaikan wajah Heebin tidak terlalu jelas dilihat.

"Bila saya lahir?", tanya Jake tiba-tiba.

Dahi Heebin mengerut, hairan. "Err 15 November?"

"Saya lahir di mana?"

Heebin terkekeh kecil apabila tersedar akan raut wajah Jake yang terlihat lucu. "Jake, kenapa awak tiba-tiba tanya saya soalan pelik?"

"Awak jawablah soalan saya", Jake sedikit mendesak.

"Australia...sudah, jangan terlalu kasar, awak lupa saya sedang hamil?"

Perlahan, genggaman pada bahu Heebin dilepaskan. Dia baru teringat kenyataan bahawa gadis itu sedang berbadan dua.

"Wae? Awak masih tak percaya saya ni Heebin?"

Jake menggeleng kecil seraya berjalan kembali ke arah tempat duduknya. Raut sangsi nya langsung menghilang, mengembalikan raut ceria yang sempat menghilang beberapa detik lalu.

"Kenapa tak cakap yang awak akan datang?"

Heebin menarik perlahan kerusi dihadapan Jake sebelum punggung nya dilabuhkan dengan penuh berhati-hati.

"Saya ada mesej awak, takkan awak tak baca?"

Kening tebal milik Jake bertaut, aneh. Jika Heebin menghantar pesanan bagaimana tiada notifikasi yang terpapar pada skrin utama?

"Awak ada hantar mesej?"

Melihat Heebin yang membalas dengan anggukan kecil membuatkan Jake lantas menggapai telefon dan membuka aplikasi Line.

Serentak itu, raut wajah ceria itu kembali berubah kelam apabila melihat paparan nama Heebin di barisan kedua.

:Heebin💗
Jake, mari jumpa di kafe. Kita keluar jalan-jalan memandang kan saya ambil cuti

•••

Jay dan Haeun.

Pasangan itu sedang membeli-belah keperluan dapur.

Wajah Haeun tampak bahagia dengan tangan yang memeluk lengan Jay erat membuatkan lelaki yang bergelar suami orang itu mengeluh rimas dalam diam.

"Babe, I rasa macam kita dah kahwin kan?", Haeun bernada teruja.

Jay yang membawa troli itu hanya tersenyum nipis. Hatinya tidak begitu gembira seperti detik nya bersama Heebin.

Dia terasa seperti terpaksa melayani gadis cantik bertubuh tinggi dan langsing itu.

"Jay, bila you ceraikan Heebin?"

[JAY PARK]DESTINY:THE WORSTWhere stories live. Discover now