ABAIKAN TYPO
HAPPY READING AND HAVE A NICE DAY YEOREOBUN ❤️
•••
Jake duduk termenung di ruang tamu. Pemandangan malam kota Seoul yang tersergam indah menjadi tatapan.
Kaki disilang sambil sebelah tangan nya mengangkat anggun gelas kaca yang diisi wain merah mahal yang ditempah dari Francis.
Perlahan keluhan kecil meniti di bibir merah itu. Wain diteguk sedikit, menghangatkan tubuh di malam hari yang begitu dingin.
Sudah tiga hari berlalu sejak kejadian dimana seharusnya dia bertemu dengan orang yang sering menghantar pesanan pada nya namun malah Heebin yang menjejakkan kaki di situ.
Jake bingung. Terlalu banyak soalan dan hal aneh yang menyapa ruang fikirannya. Mahu dinafikan dia hanya bermimpi namun dia benar-benar merasakan semua hal lalu adalah nyata.
Sekali lagi, Jake menghela nafas panjang. Wain ditangan diteguk lagi apabila tubuhnya sedikit menggigil kesejukan.
"Kau kenapa? Sejak keluar hari tu dah macam orang kemurungan aku lihat kau, diam semacam!", Niki mendekati bersama sepinggan buah epal dan nenas yang sudah dipotong kemas.
Punggung dihempas bersebelahan lelaki itu tanpa dipinta. Dari sisi, dengan jelas dia boleh melihat raut runsing Jake Shim.
"Heebin"
Dahi Niki mengerut, aneh. Garfu nya mencucuk sepotong buah epal lalu disuap penuh gaya sebelum kembali bersuara seakan suasana mereka beriklan dulu.
"Kenapa dengan dia?"
Hening.
Jake tidak menjawab apa-apa, dia hanya diam seolah-olah fikiran nya sedang kosong. Niki mengeluh kecil.
Nampak nya, dia harus menasihati sepupunya itu soal cinta memandangkan dia sudah punya seorang tunang dan menganggap dirinya sebahagian dari profesional.
Pinggan diletak ke atas meja lalu sudut bibir dilap dengan kusyen sofa berwarna ungu sebelum tubuh dipaling ke arah Jake yang masih lagi dengan wajah runsing nya, hanyut dengan fikiran sendiri.
"Jake, hidup ni mudah jangan nak rumitkan. Kalau rindu, call. Kalau nak jumpa, ajak. Kalau mahu difahami, cakap baik-baik. Kalau ada soalan, tanya. Kalau sayang, cakap. Tak susah kan? Ada mulut gunalah kelebihan yang Tuhan dah beri, jangan pendamkan dalam hati. Manusia bukannya ada kelebihan nak dengar kata hati orang lain"
Niki membebel, memberi nasihat pada Jake. Dari dulu lagi, dia sudah muak mahu melihat Jake yang tidak mahu berlaku jujur pada diri sendiri.
Ha sekarang tengoklah, kan dah rugi.
"Okay"
Dengusan halus kedengaran apabila Jake hanya membalas singkat.
Tanpa ambil peduli akan Niki yang tidak puas dengan jawapan nya, Jake meletak gelas kaca ke atas dulang kecil di atas meja bersebelahan pinggan Niki.
Dahi lelaki Jepun itu mengerut tatkala Jake mula bangkit dan mahu melangkah pergi.
"Mahu kemana?"
Pertanyaan Niki menghentikan langkah Jake. Kepala Jake menoleh tanpa sedikit pun tubuhnya berpusing, memandang Niki yang masih lagi dalam lingkungan 5 meter darinya.
"Kau cakap jangan rumitkan hidup kan? So, aku nak call Heebin"
Niki mencebik, melihat Jake yang langsung pergi seusai berbicara.
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fanfiction©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...