"Hi Jake, kenapa tiba-tiba you nak jumpa I ni?", tempat dihadapan Jake diambil sebelum dia tersenyum manis. Sudah 2 hari dia tidak bertemu dengan Jake Shim, dan jujur dia merindui lelaki aussie itu.
"Saja... Kenapa? Tak boleh jumpa you dah ke? Suami you tak bagi?", Heebin tersenyum paksa. Jay tak bagi? Tch! Itu mustahil, perjanjian mereka sendiri berkata dia boleh bertemu Jake Shim.
Jika sekalipun lelaki itu melarang, dia tetap akan pergi walau tulang kakinya dipatah-patah.
Heebin menggeleng kecil. "Mana ada, you boleh jumpa I bila-bila you nak... Pasal Jay, nope! Dia tak marah pun", senyuman dimaniskan semanis mungkin, cuba menutup segala kebohongan di balik kata-kata nya.
Jay, suami nya itu tidak tahu dia keluar. Lelaki itu sedang lena tidur dan bukankah itu satu kesempatan bagus?
Jake mengangguk perlahan. Wajah Heebin direnung lama sebelum hujung bibirnya diketap. Patut ke dia berterus terang?
"Jake?", dahi berkerut tatkala wajah Jake seperti ragu-ragu. Jelas sekali wajah nya dibelenggu sesuatu.
"You wanna say something?", teka Heebin namun dibalas dengan gelengan. Heebin berdecit perlahan.
"Tch, don't lie to me Jake Shim.. I know you well, just tell me what do you wanna to say"
Jake mengeluh kecil. Mahu tidak mahu dia harus berterus terang. Terkilan atau tidak, itu belakang cerita.
"I just wanna ask for something, it's about... Heeseung Lee? Are you okay with it?", air muka Heebin langsung berubah namun cepat-cepat wajah nya dimaniskan kembali dengan senyuman.
Heebin mengangguk. "Sure... Let's me know what is it?"
"You couple dengan dia dah lima tahun bukan?", Heebin mengangguk.
"You tahu latar belakang family dia?", kali ini Heebin mengangguk ragu. Dia tidak pasti jika sepenuhnya dia mengenali keluarga bekas kekasih nya itu.
"Omma dia suri rumah, appa dia pula, dia cuma kata kerja biasa-biasa saja, tapi tak tahulah pula kerja apa... Dia anak tunggal dan dia ada sepupu perempuan dari keluarga berpengaruh", jelas Heebin. Raut wajah nya sudah berkerut, cuba mengingat kembali soal peribadi Heeseung.
Jake terkedu. "S-sepupu perempuan?", Heebin mengangguk yakin. Dia masih ingat lagi saat Heeseung membatalkan temu janji mereka hanya kerana sepupu perempuan nya pulang ke Korea.
"Siapa nama dia? You pernah jumpa dia?", Heebin menggeleng laju.
"Tak, Heeseung tak pernah bawa I jumpa mana-mana ahli keluarga dia... Nama omma dengan appa dia juga I tak tahu", Jake terkelu. Tak sangka begitu dalam Heeseung menyimpan status keluarga Lee.
Sampai Heebin, wanita yang dia cinta sendiri juga tidak pernah tahu bahawa lelaki itu anak tunggal pada seorang ahli politik berpengaruh.
Jake tersenyum nipis. Tekaan nya benar, Heebin tidak tahu siapa ayah kepada Lee Heeseung.
"Why you looks so interested about my ex-boyfriend?", kening dijingkit garang.
Jake menguak rambut lebat nya ke belakang. Dia diserang rasa bersalah, namun dia harus menipu demi kebaikan Heebin.
"Nothing, I'm just asking... I just want to know him as well as you are", bibir memberi senyum manis meski hati semakin lama semakin dihimpit pelbagai perasaan negatif.
Dia hanya mahu melindungi wanita yang dia sayang dan itu tidak salah bukan?
•••
YOU ARE READING
[JAY PARK]DESTINY:THE WORST
Fiksi Penggemar©lynnmpark [ENHYPEN'S FANFICTION] RATED 17+ Old title : love is weird Orang kata hidup itu macam roda. Ya memang pun macam roda. Berpusing selalu. Tapi, Hidup pun macam benang. Kalau tidak disimpan elok pasti berbelit! Ia bukan tentang harta mahupun...